Home » » Tips Lembutkan Hati

Tips Lembutkan Hati


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum



Sebelum asar tadi, tengok rancangan خواطر شاب di Tv Al Hijrah dan kali ni tentang cara nak melembutkan hati. Orang yang tidak pernah menangis ialah orang yang jauh dari Allah kerana hatinya keras. Mungkin tips ini tak sesuai dengan semua orang dan mungkin juga hanya beberapa cara sahaja yang sesuai. Antara tips untuk melembutkan hati ialah :


  • Dengar ayat suci Al-Quran
Cuba cari ayat Al-Quran yang dibaca oleh Qari yang kita minati atau yang bersuara merdu dan kita dengarnya pada waktu malam secara berseorangan. Hayati bacaannya. InsyaAllah hati kita akan lembut. Orang yang beriman, bila disebut nama Allah..maka akan bergetarlah hatinya. Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut.

  • Baca riwayat hidup Rasulullah s.a.w
Di samping dapat menambahkan kecintaan kita kepada baginda, kita juga dapat merasakan keperitan, kesusahan dan ketabahan baginda dalam menyebarkan Islam. Bagaimana baginda diseksa, dihina. Sebagai seorang manusia, pasti kita akan berasa sedih kan? 

  • Ingat mati
Selalu ingat akan mati, ingat kepada mati juga akan menghilangkan rasa nikmat kepada dunia. Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat kepada kematian sebabnya mereka sentiasa bersedia dan timbul rasa insaf dalam diri. Salah satu cara ialah menziarahi kubur. Kita semua suatu hari nanti pasti akan ke sana.

  • Menziarahi orang sakit
Melawat orang sakit juga salah satu cara untuk melembutkan hati supaya kita sentiasa tidak lupa nikmat sihat yang kita dapat. Kita masih mampu melakukan perkara yang kita nak dan tak terbatas seperti mereka yang sakit. 

  • Cerita tauladan
Mungkin juga ada sesetengah orang yang mudah insaf bila menonton kisah atau pun cerita yang terkandung tauladan serta pengajaran dalam cerita tu. Boleh tonton filem macam ni. Contohnya macam cerita "The Message" iaitu filem berkaitan sirah dakwah Rasulullah sewaktu permulaan Islam. Kita dapat lihat bagaimana umat Islam diseksa dan sebagainya.

  • Lihat kesengsaraan orang lain
Tengok je dalam berita, saudara kita di Palestine..di Syria dan di tempat lain. Sengsara dan terseksa. Selain daripada dapat tahu isu semasa, kalau kita lihat semua ni..akan melahirkan rasa syukur dalam diri kerana kita tidak begitu dan akan rasa sedih bila melihat mereka sengsara. Manusia yang normal pasti akan berasa begitu..



"Air mata yang jatuh kerana takutkan Allah adalah lebih baik daripada sedekah 1000 dinar"




P/s : Jom cuba 

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

3 luahan hati:

Unknown said...

akan saya cuba lakukan nya.. insyaallah.. terima kasih memberi info :)

Fatin said...

@Shaznina Sofia
sedang cuba untuk lembutkan hati. doakan saya. :')

Al-Faruq said...

macam mane kalau hati xtenteram? jadi jgak ker ana gne tips nih utk ht yg cmni??.. ker ade tips lain yg boleh dikongsikan utk ht yg xtenteram??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula