بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul..
Kita ingat Rasulullah s.a.w hanya pada hari-hari tertentu je ke ataupun kita sering mengingati baginda setiap masa..
Kita sayang dan cinta Nabi sekadar di mulut sahaja ke atau pun kita sanggup berkorban nyawa untuk meneruskan tugas baginda..
Kita mengaku sebagai umatnya, adakah kita berkelakuan seperti apa yang di ajarkan kepada kita..
Kadang-kadang apa yang kita cakap tak sama seperti apa yang kita lakukan.
Apa maksud cinta rasul..adakah hanya melafazkannya tanpa menunjukkan bukti?
Tanda kita cinta Rasulullah ialah kita sering mengingati baginda dengan cara berselawat kepadanya. Tanda yang lain pula ialah kita cinta pada hadith, ilmu hadith, ambil berat tentang setiap apa yang baginda ajar. Begitu juga, kita sebagai penyambung tugas baginda iaitu menyampaikan Islam dan berkongsi Islam dengan semua manusia. Yang paling penting, tanda cinta kepada Rasulullah ialah kita ikut sunnahnya dalam setiap perbuatan dan tingkah laku seharian dalam hidup kita.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran Surah ke 3 ayat 31 :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ada satu rancangan di Tv Al-Hijrah yang sangat bagus untuk kita tonton..tajuknya فاتبعوني (Fattabiouni). Rancangan ni adalah bertujuan untuk menghidupkan sunnah Nabi dalam perbuatan kita seharian. Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besarnya. Kawan-kawan boleh download video di u tube >TEKAN<. Apa maksud fattabiouni? Cuba cari maksudnya berdasarkan ayat diatas..
Andai Rasulullah bersama kita. Apa yang kita nak cakap kepada baginda?
Ramai yang akan menjawab supaya Rasulullah memulihkan kembali keadaan umat yang sudah semakin teruk, berpecah belah seolah-olah kembali kepada zaman Jahiliyah. Namun, jawapannya ada pada hadith di bawah.
Rasulullah s.a.w bersabda :
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulNya."
Spread the solawat ;)
P/s : Maksud fattabiouni ialah "maka ikutilah aku". Mudah-mudahan kita dapat mengikuti sunnah Nabi dan mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Ameen. Andai kata saya dapat bertemu dengan Rasulullah..saya akan berasa teramat malu kerana saya menginginkan syafaat daripadanya dan mengaku sebagai umatnya sedangkan diri ini masih lagi tidak mengikuti sunnahnya :'(
Boleh juga baca entri ni >TEKAN<
والسلام
0 luahan hati:
Post a Comment