Home » , » Kenapa tak letak gambar?

Kenapa tak letak gambar?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum



Kenapa tak nak letak gambar langsung? 

Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa tak nak letak gambar sama ada di facebook atau belog walaupun dia boleh letak..bukan sebab muka tak cantik atau tak hensem. Masing-masing punyai alasan tersendiri. Dulu saya tak berapa kisah dan ambil berat tentang ni, saya sendiri pun letak gambar di fb or belog tapi kecik-kecik je. Gambar tu pun bukanlah posing mana, biasa je. Tapi, tak lama lepas tu saya dah tak letak langsung.
Kenapa?

Antara sebabnya ialah :

- Dinasihati oleh seorang rakan tentang bahaya letak gambar di internet. Mula- mula dulu memang la tak nak terima, tapi bila dah baca macam-macam kes, ada yang disihir, ada yang dibogelkan dan macam-macam lagi..saya memang dah tak nak letak gambar. Orang dalam dunia ni, macam-macam perangai..kita sendiri tak dapat nak menjangkakan apa yang akan berlaku. 

- Saya seorang wanita. Wanita mudah menimbulkan fitnah disebabkan dirinya sendiri, jadi kena jaga diri baik-baik. Kita tak tahu apa perasaan orang yang melihat gambar kita terutamanya lelaki. Mungkin bagi kita biasa, tetapi bagi dia mungkin gambar tu boleh menaikkan syahwatnya atau yang lain-lain. Jadi, jaga diri.


- Nasihat ustaz. Tengok video pendapat ustaz tentang hukum letak gambar di fb, kebanyakan ustaz kurang bersetuju perempuan sebarkan gambar-gambar privacy di laman sosial terutamanya gambar yang posing-posing. 

- Memang dah bernekad tak nak letak gambar. Biarlah orang lain kenal saya melalui penulisan saya je, bukan disebabkan rupa paras. Walaupun tak secantik wanita lain, saya bersyukur kerana diciptakan sebagai seorang yang sempurna. Yang mana dah kenal saya, tak pe la. Yang masih tak kenal, saya mahu dikenali kerana hasil penulisan saya di belog je.

Bila dah ramai sangat yang tengok, maka akan pudarlah kecantikan itu ~
- Sifat malu yang perlu ada dalam diri setiap wanita. Malu nak sebarkan gambar posing-posing maut dan tunjuk kepada semua orang. 

Wanita @ perempuan memang suka dipuji sebab tu kebanyakannya akan share gambar-gambar yang comel-comel di  belog or facebook. Kalau tak comel pun, edit dulu baru share. Apa faedah yang kita dapat? 



Antara soalan yang ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus dalam video ni :

1. Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambarnya dalam fb, twitter dan sebagainya?
2. Apa hukum wanita tak tutup aurat masukkan gambar ke dalam fb atau seumpamanya?
3. Hukum orang yang ambil gambar orang lain yang tidak menutup aurat..

Contoh gambar yang dimanipulasi..jumpa di fb pada 7/2/2012


P/s : Kalau saya tak jaga diri saya , siapa lagi yang nak jaga ??

 والسلام






Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

9 luahan hati:

aiEz said...

Memang setuju sangat apa yang dikatakan oleh Ustaz tu..sekarang ni pun dah bermacam kes,bila orang manupulasikan gambar tu..

For The Rest Of My Life said...

alhamdulillah, saya dah semakin berubah ...

amirahyusoff said...

saya akan mencuba :)

cx's said...

Alhamdulillah :)

Amirah Fisra said...

setuju sangat.

"Kalau saya tak jaga diri saya , siapa lagi yang nak jaga ??"

hehe, ^_^

a i m z said...

ermm..betol tuu..fitnah. itu yang sy takut..
sy pon dah tekad xnak letak gambar, sampaikan sy delete acount fb dan buat yang baru.
sy baru ja baca tentang hukum letak gambar nih.syukur sangat Allah bukakan mata nih..

^^eKaTiKaH^^ said...

betul betul. setuju sangat sangat. :)

Isma Haneefa said...

saya letak gambar ramai2 je..

Ad-Dien said...

salam ziarah ke laman atikah ini...
agak lama tidak ke sini...tak mengapa, mendoakan yang terbaik buat enti..

jemput menimba ilmu dari qalam kabarul ulama' jika berminat dan berkesempatan,

Allahu yubarikufik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula