Home » » Kawan : Penentu siapa diri kita

Kawan : Penentu siapa diri kita


بسم الله الرحمن الرحيم


"Berkawan biar seribu, berkasih biar satu"

Itu adalah ungkapan atau pepatah Melayu yang biasa kita dengar kan. Kawan biar ramai, tapi kekasih biar satu je. Betul la tu kan. Tapi, kawan rapat mesti dalam bilangan yang sikit. Sorang or dua orang. Mungkin. Sebab secara fitrah, kita memang tak boleh hidup sorang-sorang. Mesti nak berkawan.  Tapi sejauh mana kawan tersebut dapat mempengaruhi hidup kita?

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Kadang-kadang cakap kawan lebih mudah kita ikut berbanding ibu bapa, ingat tak zaman sekolah dulu. Pengaruh kawan tersangatlah besar. Zaman dah tua ni pun sama jugak.hehe.

Pernah tak dengar orang cakap, nak tau perangai seseorang tu macam mana, kena lihat dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul. Tu kisah lain la pulak kan. Hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Oleh itu, untuk menjadi baik..kita perlu berkawan dengan orang yang baik sebab kita akan cenderung dan terikut dengan tingkah laku dan amalan kebaikan mereka. Perkara yang sebaliknya pula berlaku bila berkawan dengan orang yang jahat. 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Kawan yang baik itu ialah kawan yang mampu menegur kita dengan cara yang berhikmah terutamanya bila kita melakukan kesilapan, mampu untuk membuat diri kita gembira dan berkongsi masalah yang ada, mampu menolong dan tidak berkira..dan banyak lagi ciri-ciri kawan yang baik. 


P/s : Jangan tersilap langkah sampai terjumpa "musuh dalam selimut pula" :)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

10 luahan hati:

Unknown said...

salam...

pom....pom...pom...

alif datang menjenguk sambil2 jemput ke sini..

http://bloggeralif.blogspot.com/2011/12/tanya-pendapat-sweet-couple.html

Anonymous said...

berkasih hanya kepada Yang Maha Esa...

Hana said...

prnah da sowg kawan rapat mmg rapat sangat la tp dia bg sakitkan hati hana ceritakan keburukan hana kat owg lain..huhu sedih2 pas2 apa2 hal hna suka berdiam ja. dia baik.. tapi peragai dia np cm2 ek.mmg sedih. start pada hari tu hana malas nak ceritakan pa2 dah kat dia

skrang tinggal seorang ja kwn rapat tu pun duduk jauh.kdang2 ja cal. walaupun dia xsebaik kwn hana yang sakitkan hati hana tu tapi dia ja satu2 nya yang memahami hana.kdang2 dia bg nasihat hana bleh terima berbanding kwn yang tadi tu..

sowy luahkan perasaan plak :)

NurAthirah said...

Ya betul tu . Bak kate pepatah arab 'Mukmin mir'atul mukmin' :)

Yana said...

Assalamualaikum, best entry kali ni. Yang ni la yang saya tunggu tunggu. Saya tk pernh dapat kawan yang ada ciri ciri di atas :) Just untuk berkata itu sahaja. Ape ape pon, sy suke entry ni :)

Zalina Hassan Zamri said...

hampir sama n3 cikna :)
http://miszalina.blogspot.com/2011/11/sahabat-menuju-syurga.html

Keri said...

tp musuh kadang2 lebih jujur drpd seorang kawan... :)

md_saf said...

suka... tapi tak "like"...
nk share kt blog saya boleh ye....hehehe

syukran...

Syazwani Khirizan said...

Entry yang bagus. Setuju dengan pendapat akak tuh. :)

Tepoh Dock said...

omu sekarang dh tak berapa rapat dan malas nk cari kwn baek...sume org yg omu jupe adlah kwn omu...bg omu kwn tu pntg cuma lg better if famili diutamakan...masa sekolah dulu mmg asyik dgr kata member j..sampai dh tua ni omu ikot kata hati j...kwn jao sekali...sbb kwn skrg dh pandai mkn kwn...hampeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula