Home » » Blogging : Saham pahala atau saham dosa

Blogging : Saham pahala atau saham dosa


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Mungkin ada yang kata berblogging atau ada belog ni buang masa je kan..mungkin juga ada yang tak tau apa faedahnya ada belog sendiri ni? Kepada mereka yang tak minat menulis, mungkin tak kan rasa nikmat menulis ni. Lebih kurang la.hehe. Walaupun bukan menulis secara formal dan tidak terlalu ilmiah, tapi sebenarnya rasa puas bila dapat share something dengan orang ramai terutamanya share sesuatu yang bermanfaat.

Betul ke dengan berblogging kita mudah dapat pahala dan mudah dapat dosa?


Yela..sebagai manusia, siapa la kita nak tentukan dia dapat dosa dan dia dapat pahala. Tapi dalam Al-Quran dah digariskan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu berbuat kebaikan atau berbuat kejahatan kan. Jadi, itu menjadi kayu pengukur kita untuk menentukan sesuatu perbuatan baik atau buruk. Habis tu, apa kaitan dengan belog?

Memang ada kaitan..setiap perbuatan yang kita lakukan, mesti perbuatan tersebut sama ada baik atau buruk. Bagi saya, blogging tu memang baik sebab dapat kongsi maklumat dengan semua orang, satu dunia boleh baca. Selain tu, dapat asah kemahiran menulis, mengarang, mencipta idea dan mengembangkan idea yang ada. Tapi..tanpa kita sedar, mungkin dalam masa yang sama kita menulis sesuatu yang :
  • Membuka aib orang lain
  • Memfitnah orang lain
  • Memburuk-burukkan orang lain
Selain tu, ada juga yang letak gambar-gambar personal atau orang lain atau artis yang tak menutup aurat. Bila orang lain masuk blog tu mesti akan terlihat gambar tersebut, tak pasal-pasal buat saham dosa la pulak. Ni juga salah satu sebab saya buang Nuffnang. Sorry to say. Macam tu juga dengan tulis tentang perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, bila dah sampai tahap kita menjatuhkan seseorang dengan penulisan kita, bila sampai dia difitnah dengan hasil penulisan kita, selagi itu la saham dosa kita akan berjalan. 

Kalau kita meninggal dan tak sempat nak padam, macam mana? Sama kes juga dengan facebook..

Saya rasa ramai dah maklum pasal ni, jadi tak perlu nak cerita banyak-banyak sangat kan. Nanti jemu pulak. Abes tu, yang jadi saham pahala macam mana pulak eh? Bila kita menulis sesuatu yang :

  • Bermanfaat untuk diri, agama, masyarakat amnya.
Maksud kat atas tu memang luas, semua tu termasuklah dapat menginsafkan diri seseorang, dapat mengubah diri menjadi baik, dapat menyebarkan agama Allah dan lain-lain. Selagi ada yang membaca dan menyebarkan apa yang kita tulis, insyaAllah selagi itu juga saham pahala kita akan bertambah meskipun kita sudah tiada. Mudah-mudahan. Sama juga kes nya macam jadi guru, selagi ilmu yang kita ajar dekat seseorang itu digunakan dan diajarkan kepada orang lain..selagi itu jugalah pahala akan terus mengalir kepada kita.

Best kan? Jadi, pilih lah..nak saham yang mana ;)


Semoga pahala yang kita buat walaupun kecil, tetapi berat timbangannya di akhirat kelak. Amin...


P/s : Nak buat baik memang susah kan, sebab perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus. Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu bukanlah sukar...


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

9 luahan hati:

a i m z said...

betul jugak kan..
kekadang sy pon tersasul, terlanjur menulis benda benda yang tak patut.
muhasabah diri~

Sya said...

trima ksih slalu igtkn yse yg alpa ni ;)

amirahyusoff said...

Syukran kak atikaah :)
banyak yang betulnya..
lepas ini saya akan sedaya upaya untuk menjaga penulisan..

sitiezahim said...

salam kenal dari germany...mmm betul saya sokong..zaman skarang benda yg betul pon akan dipandang serong sbb ramai yg tak buka mata hati unt menilai...

NorFarahin@aien said...

Salam alayk ...

Di blog shaja kita dpt luahkan apa yg ptut kan.. ag pun bkn di blog shaja untuk kita b'dakwah ... smua ada cara masing2 k .... bkn ke dlm islam kita perlulah sling m'gingati ...

"Berpesan-pesanlah kepada KEBAIKAN, walau tak kesemuanya engkau perbuat. Dan berpesan-pesanlah untuk menjauhi KEMUNGKARAN walau tak kesemuanya dapat engkau jauhi."

jangan malu untuk kebaikan k...let's empower each other... ^^

*nice belog..np la bau skunk jumpe belog kamo..ne way..done pollow belog ni..t free singgah lar my belog jugak..slm ukhuwwah ^^

zakira afina said...

salam akak. suke dengan blog akak.semoga akak teruskan ye. InsyaAllah, akan update prkmbngn blog akak.

Unknown said...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah bisa berkunjung lagi kerumah sahabat, terimakasih ilmunya, salam ukhuwah sahabat.

Widad Mustafa said...

Allahu rabbi :) sesungguhnya hati ini terasa bersyukur kerana dipertemukan dengan wadah spt blog saudari.teruskan.moga sama-sama beroleh rahmat-Nya.ameen

Fatin Nur said...

Assalamualaikum. Entry punya baik laaa, boleh reblog ni? tapi xda butang reblog pula. boleh copy? tehee \w/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula