Home » » Awak yang salah !!

Awak yang salah !!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kita selalu rasa diri kita betul kan..kita selalu rasa kita je yang tak pernah buat silap. Kalau ditimpa sesuatu masalah atau musibah, kita sering je menuding jari kepada orang lain. Kenapa manusia seringkali macam tu? Semua tu disebabkan sifat ego yang ada dalam diri, sifat ego yang sering digunakan pada tempat yang salah. Meskipun itu bukan kesilapan diri sendiri, bukan ke lebih baik kita sama-sama perbetulkan dan jangan mudah menuding jari ke arah seseorang. Hakikatnya bila kita tuding jari ke arah orang lain, 1 jari kita tunjuk dekat orang lain dan 4 jari mengarah pada diri sendiri..itu la hakikatnya.


Kalau dalam masalah apa sekalipun meskipun dalam hidup bekeluarga, bermasyarakat atau bernegara..pasti akan wujud juga masalah macam ni. Kenapa mesti salah kan orang lain? Contohnya dalam masalah atau isu murtad di negara ni. Kenapa mesti saling mempersalahkan pihak lain? Pernah tak kita muhasabah diri sendiri, kita sebagai umat Islam..yang mengaku diri ini Islam, ada tak kita jalankan kerja-kerja Dakwah dan Islah. Pernah kah kita berfikir? Bila timbul je isu murtad, isu lesbian, homoseks dan lain-lain..kita salahkan orang Kristian, betul ke diorang yang salah? Hakikatnya masing-masing menjalankan tugas tersendiri. Mereka percaya bahawa agama mereka dapat menyelamatkan diri di hari kemudian..dah tentu mereka akan jalankan dakyah Kristian. Kita pula..duduk diam tanpa buat kerja dan bila ada isu atau masalah yang timbul, dengan mudahnya menuding jari kepada semua orang. Sedar tak bahawa kita yang tak buat kerja? 



Siapa yang perlu menampaikan Islam kepada orang lain? Jawapannya SAYA!! Ia bukan hanya tugas ustaz dan ustazah mahupun tugas alim ulama' sahaja. Jangan pula nak memberikan alasan bahawa saya bukan orang dakwah la!! Menyeru kepada kebaikan merupakan tugas setiap orang, menyeru kepada Islam merupakan tugas kepada setiap manusia yang mengaku dirinya muslim. Tak kira sama ada Dakwah mahupun Islah.

Untuk mengelakkan diri daripada suka menuding jari kepada orang lain, kita perlu muhasabah diri sentiasa. Perlu sedar diri. Contohnya dalam isu murtad yang berlaku, tak perlu kita salahkan pihak lain..kita yang perlu ambil tindakan untuk mengelakkan perkara ni daripada berterusan iaitu dengan cara mengukuhan AKIDAH umat Islam. Bila akidah dah kukuh, walau apa dugaan yang mendatang pun pasti tak akan goyah iman di dada. 

Umpamanya begini la..akar (akidah), ranting dan batang (ibadah) dan buah (akhlak)..akidah tunjang kehidupan.

Masalah setiap zaman adalah berbeza-beza, jadi..kita sendiri pun tak pasti cabaran dan masalah yang mengancam agama dan umat Islam pada masa depan, jadi, usaha yang kita sentiasa perlu lakukan ialah KUKUHKAN AKIDAH umat Islam itu sendiri. Jangan tuding-tuding jari kepada pihak lain terutamanya kristian, bukan bermaksud saya menyokong mereka tetapi mereka buat kerja mereka (mereka merasakan mereka berada di pihak yang benar) cuma kita sahaja yang tak buat kerja.

Perumpamaan : Walau sehebat mana ujian yang mendatang, tetapi iman yang kukuh tersemat dihati..tetap tak akan tumbang mahupun mengalah ~

P/s : Mula buat kerja dan berhenti tuding-tuding jari ke arah orang lain..


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

8 luahan hati:

Budak_taWadhuk - najwa - said...

betul. susah sgt nak mengaku kesilapan dan kelalaian sendiri.

Joe_Hans said...

itulah manusia..termasuk Hencik Johan sendiri

waalllaa! said...

orang yang mengaku kesilapan sendiri adalah orang yang tidak ego dan seringkali mengingatkan diri bahawa dirinya adalah insan yang kerdil dan tak lepas daripada melakukan kesilapan, dan sentiasa muhasabah diri adalah sesuatu yang perlu..

Matahari said...

muhasabah di setiap langkah..
Salah satu cara yang terbaik..
Entry yang menarik..^^

Bidadari Besi said...

masya-Allah, entry yang sangat menarik!

dayah SnoW Heuka said...

susah org y ta leyh trima kesalahan.. :( ape ntah lagi na tego

Siti Zulaikha said...

betul...akk ad sedara yg murtad cuma akk doakan agar dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...

Bulan Syurga Firdaus said...

manusia....ummat akhir zaman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula