Home » » Pengukur Kejayaan Sesebuah Blog

Pengukur Kejayaan Sesebuah Blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Agak-agak apa tanda aras atau pengukur kejayaan sesebuah blog ye?

  • Adakah blog yang cantik dan kemas dikatakan sebagai blog yang berjaya? 
  • Adakah blog yang paling ramai followers merupakan blog yang berjaya?
  • Adakah blog yang memiliki entri yang paling banyak "like" merupakan blog yang berjaya?
  • Adakah blog yang menduduki ranking Alexa yang teratas merupakan blog yang berjaya?
  • Atau..ada lagi pilihan jawapan yang lain??

Kebanyakannya ramai yang melihat blog yang memiliki paling ramai followers merupakan blog yang paling berjaya kan..terutamanya blogger-blogger baru, sebab tu masing-masing mengejar followers sebab tu wujudnya istilah "I follow u, u follow me back..". Bagi saya, ia nya tak salah jika masing-masing ikhlas dan tidak rasa terpaksa. Sebenarnya kejayaan sesebuah blog bergantung kepada blog yang menduduki ranking Alexa yang teratas..itu pendapat saya. Ramai juga blogger yang masih tak tahu apa tu Alexa kan?

Alexa tu merupakan satu sistem yang dapat memberikan kita maklumat tentang sesuatu laman web/website/blog contohnya seperti website yang paling popular, jumlah traffik sesuatu website, SEO (Search Engine Optimization) dan lain-lain. bagi sesiapa yang masih tak tahu lagi apa maksud istilah-istilah ni. Boleh cari di Google ye..

Alexa, Ranking Alexa, Ranking Alexa di Malaysia, Maksud Alexa, Gambar Alexa

Bila sesebuah blog tu terletak diranking Alexa yang teratas..itu maksudnya blog atau website tersebut paling mudah untuk dijumpai di mana-mana search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan seumpamanya contohnya macam Facebook. Kalau tengok ranking Alexa di Malaysia, Facebook menduduki tempat pertama..menunjukkan rakyat Malaysia ni hampir keseluruhannya ada Facebook. 

Follow, Button Follow, Follow Button, Button Follow Blogspot, Followers

Dulu waktu saya mula-mula aktif berblogging..persepsi saya ialah kalau blog tu paling ramai followers, blog tu la yang paling berjaya..tapi sekarang semua tu dah berubah. Buktinya ialah..banyak je blog yang memiliki beribu-ribu followers tapi jauh kebelakang dalam ranking Alexa berbanding mereka yang jumlah followers tak samapi seribu pun, tapi ranking kat Malaysia cuma beberapa ratus je..jadi, jangan ukur mereka yang banyak followers, blog mereka yang paling hebat..


Tapi saya tak nafikan juga..ada juga mereka yang banyak followers dan terletak dalam ranking tertinggi Alexa..cuma saya nak beritahu, jangan terlalu mengejar followers..apa yang kita perlu kejar ialah pembaca setia. Pernah bayangkan tak..berapa ramai yang gunakan search engine setiap hari? Berjuta-juta orang kan..jadi, pembaca blog kita bukan sahaja terdiri daripada blogger bahkan setiap orang termasuk bukan blogger pun dapat menjadi pembaca setia blog kita. Kalau blog/website mudah dijumpai di search engine, maksudnya pembaca blog kita akan lebih ramai berbanding mereka yang memiliki belasan atau puluhan ribu followers..


Sekarang ni saya pun baru berjinak-jinak nak bermain dengan SEO..tu pun masih lagi di dalam percubaan. Tengok je la blog saya masih lagi dalam ranking yang bawah..sebab dulu yang saya tau, blogwalking je dan tak cuba aplikasikan teknik SEO. Jom la kita sama-sama cari pembaca setia dan bukan hanya follow sahaja..kan bagus kalau ada 3 ribu followers dan 3 ribu tu jugak jadi pembaca setia blog kita..betul tak? Sebab tu saya cakap tadi..tak perlu rasanya nak memaksa orang lain untuk follow blog kita..sebab nanti kita akan hanya dapat follower dan bukan pembaca setia kecuali dia ikhlas dan betul-betul tertarik dengan penulisan atau maklumat yang ada di blog kita..


Jadi..fikir-fikirkan la ye...

P/s : Kalau ada maklumat yang salah..sila betulkan ye, maklumlah saya budak baru belajar. Baru nak ambil tahu pasal benda-benda ni..:)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

12 luahan hati:

A.I.N.S.Y.A.H said...

sy setuju ;)

Alif Haris said...

heheh ..betul2 .. kdg2 ade yg follower tu sikit je tp alexa rank hebat :D

nurshaf said...

bagi saya,blog yang berjaya adelah, blog yang boleh bagi info2 yang diperlukan oleh pengunjung, sampai kekadang blog tu dijadikan blog panduan dalam jangka masa yang lama, kalau kita berkunjung por 1st tyme,
yang lain2 tu, physically j. suke nak tekan entry lama2. sekian..wink2

EnciK AxixOu said...

Bnyk info kt blog anda ea .

unknown said...

yeah!

Masa mula2 wat belog, pkir belog yg byk followerlah yg popular.. Tapi ada je blog yg byk follower smpai beribu2 tapi post lgsg takde yg comment. Mgkn dia gne follow u, follow me kowt..

Tapi, ada je yg follower cput tapi rmai je yg comment.. Pembaca setia kowt..

Skunk nie kne tentukan dgn alexa ranking..

nic entry..^^

Nuur mutiara said...

setuju! betul juga selalu terfikir benda ni.. :)

Kak Long said...

huhu.. blogger dgn prinsip mcm penulis ni lah blogger yg rare.. sokong2!!

mizz_pua said...

setuju ngn entry nie...(=

Anonymous said...

Saye setuju dgn sedari FIQ kat atas tuh. followers xpenting, yg penting pembaca. tambah lak, kalau info yg kita tulis dlm blog tu bermanfaat dan boleh diamalkan oleh sesiapa...selain dpt share ilmu, InsyaAllah dpt pahala. =)

Unknown said...

Suke n3 ni. Ada banyak perkara yang akak belajar dari n3 ni terutamanya persepsi akak terhadap sesuatu blog. Good job.

Dear bella said...

betul tu... Alexa rank blog awak pun tidak kurang hebatnya kalau nak banding dengan saya punya...^^ Apa2 pun teruskan hasil entry yang berkualiti...

nasihat said...

Tajuk dah kena tapi font blog ni yg x kena..jgn marah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula