بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Macam biasa..lepas sahur mesti bukak laptop kejap dan tengok-tengok blog dan fb. Terbaca 1 berita ni daripada My Metro..macam-macam la jenayah sekarang ni. Dah tak selamat rasanya nak pergi mana-mana. Mudah-mudahan dijauhkan semua perkara yang tak baik..ok, jom baca berita ni.
KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.
Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.
Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.
“Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.
“Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.
Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.
“Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya,” katanya.
Moral of the story :
- Kepada para wanita, kena jaga diri baik-baik dan keluar rumah jangan bersendirian
- Pelajar wanita yang tinggal menyewa di rumah sewa pastikan jangan bersendirian di rumah kalau sorang-sorang pun..sila lah kunci pintu dengan betul.
- Jangan mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali sampai nak keluar dan berjumpa
- Amalkan membaca ayat-ayat pendinding diri seperti ayat Kursi dan bila nak keluar rumah baca doa keluar rumah mudah-mudahan terhindar daripada perkara yang tidak baik.
- Wahai wanita, sila tutup aurat anda dengan sempurna.
P/s : Zaman sekarang ni banyak betul kes-kes macam ni..salah siapa? Allah dah tetapkan hukum hudud dan qisas supaya dilaksanakan dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia, tapi manusia pula sombong sebab tak nak laksanakannya. Akhirnya, jenayah tak henti-henti macam air mengalir..wanita pula suka sangat tayang-tayang aurat sampai dapat menggugat iman kaum Adam..lelaki pula masing-masing tak berusaha mempersiapkan benteng yang kukuh daripada godaan kaum Hawa. Kemanisan iman itu hanya akan dapat dicapai bila kita mendekatkan diri kepadaNya..kembali lah kepada fitrah yakni Islam.
والسلام
9 luahan hati:
manusia skrg neh kejam betul..agakny dh xde akal die 2..
tu la..kes jenayah semakin menjadi-jadi..rogol,ragut,bunuh..dh mcm kes jenayh kt luar negara..islam dh ada sume guideline..kita je xnk ikut.
laksanakan jela hukum hudud, sbb tu hukum yg sebaik2nya yg Allah tetapkan. tapi taknak jugak. akibatnya makin banyak kes2 mcm ni. Nauzubillah!
ya Allah...takutnya..:(
Ya Allah. cx fobia sb pernah berlaku kejadian sprt ni dekat apartment cx duduk. kesian budak yg jd mangsa tu.
lain yang buat...orang lain pulak yg jadi mangsa. ish2..
kejam nye!!
mohon terhindar dari perkara yg menakutkan begitu..
Seramnya.
Post a Comment