بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Semalam saya tengok gambar macam mana nak cek nama kita dah ada sebagai pengundi atau tak di fb, saya jumpa perkara ni pun di fb jugak. Hmm..tak perlu cakap banyak rasanya. Jom tengok..memang betul-betul tak bersih la~
Klik untuk lebih jelas |
Klik untuk lebih jelas |
Gambar kat atas tu kan..semua maklumatnya sama kecuali no ic yang akhir diubah sikit. Gambar pertama no 5 dan gambar kedua no 6. Macam mana boleh jadi macam tu ye?? Boleh tolong jelaskan? ( saya dah tau pun kenapa )
Klik laman web ni untuk cek : http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
Semalam lepas saya terbaca tentang ni kan, saya terus buat..memang betul. Gambar kat atas tu saya print screen sendiri.
Klik untuk lebih jelas |
Lepas tu bila cek ic kat atas, tak ada pulak..tak sah. Macam mana pulak tu?
Klik link ni untuk cek : http://www.jpn.gov.my/semakic/
Bersih ke? Tepuk dada, tanya iman masing-masing. Cuma saya nak ingatkan kepada kawan-kawan, politik dan agama tak dapat dipisahkan, kita juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Kalau kita tak ambil tahu pun tak boleh, kita berhak untuk melantik pemerintah yang menegakkan hukum-hukum Allah dan pemerintah yang adil..kalau kita lepas tangan dan tak ambil bahagian untuk mengundi, kemungkinan juga kita akan dapat dosa kerana tak bertanggungjawab kepada negara dan menyebabkan terlantiknya pemerintah yang zalim atau mempunyai kepentingan sendiri. Kat sekolah dulu kita pernah belajar kan tanggungjawab kepada negara dalam Pendidikan Islam =]
والسلام
6 luahan hati:
hurm.. no komen... mayb btl mayb x..
hmmm memang meragukan betul.... macam2 diorang ni...
share perkara ini di blog saya.. thanks dear for the info.. =)
salam atika..perkara ni sejak PRU lepas2 lagi...cuma orang pengotor tidak akan nampak kekotoran tu...najis dilihat mereka makanan yang layak dijamah...
trangkan, mcmana boleh berlaku???
Errr.. ad jugak mcm ni..
Post a Comment