Home » » Ramadhan bakal tiba

Ramadhan bakal tiba


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je kita bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan..bulan yang sepatutnya di tunggu-tunggu oleh umat Islam. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur..kita akan bertemu juga dengan bulan Ramadhan pada tahun ni yang bakal menjelma tak lama lagi. Macam mana persiapan kita nak menyambut penghulu segala bulan ni? Mudah-mudahan kita semua dapat menjadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya kan.

Bagi saya, yang paling seronok ialah waktu bulan puasa dan nak menunggu raya. Bila dah raya, saya rasa dah kurang seronoknya..sebab dah takde apa yang nak di tunggu kan. Tapi seronok jugak, sebab dapat menziarahi saudara mara..tapi yang paling nikmat ialah waktu bulan Ramadhan. 

InsyaAllah tahun ni, saya dapat berpuasa penuh sebulan di rumah..kalau tahun-tahun yang lepas, puasa di kolej. Rasanya kurang seronok sebab bila berpuasa di kolej dan ada kuliah macam biasa, tak rasa sangat bulan Ramadhan, tahun ni sebab cuti sampai pertengahan bulan 9..jadi dapat lah berpuasa sebulan di rumah. Memang dah lama tak dapat puasa sebulan kat rumah, dulu pun rasanya waktu kecik-kecik je. Bila dah sekolah, kadang -kadang bulan puasa jatuh hari bersekolah..tapi tu ok lagi, sebab dapat berbuka kat rumah. Bila masuk u, kena puasa dan berbuka kat sana je. Kadang -kadang je balik..memang kurang seronok la rasanya kan.hehe.

Perkara yang paling rasa seronok bila bulan puasa ialah bazar ramadhan, semua orang suka pergi kan.


Lepas tu, solat tarawih..waktu bulan Ramadhan je la dapat buat solat tarawikh kan, pahala jugak di gandakan bila kita buat amal kebajikan, yang penting niat ikhlas kerana Allah.


Kemudian, shopping beli baju n barang-barang untuk raya nanti. 


Berbuka puasa dengan family pun seronok jugak kan...tapi, kita juga disunatkan untuk mulakan berbuka puasa dengan kurma.


Lagi satu, buat kuih raya, ketupat, dodol dan lain-lain..yang mana nak buat la, yang mana tak buat..cari kat kedai je. 


Sebab tu saya cakap yang paling seronok ialah bulan Ramadhan..perkara ni boleh buat waktu bulan Ramadhan je, bulan-bulan yang lain jarang dan mungkin kurang seronok kalau kita buat pun. Tapi, kita kena ingat juga..kalau nak shopping dan bersuka-suka boleh, tapi berpada-pada kan. Nikmat-nikmat ni Allah beri kepada mereka yang berpuasa je..tak rugi pun kalau kita berpuasa. :)


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, 
agar dapat ku lalui dengan sempurna..."


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

4 luahan hati:

Syarifah Dyana Balqis said...

wahhh! tak sabar nak puasa! :DD

Hans said...

saya pun suka bulan puasa sebab bagi saya bulan tu sangat mendamaikan
:-)

Juvana Episod 12

fieha said...

betul2..bulan yg ditunggu-tunggu..semoga kita diberi peluang untuk merasai ramadan pd hn ni..amin..

Pustaka NurIman said...

Seorang ustaz menganjurkan utk buat persediaan awal raya spt tempah langsir, baju raya dsbnya kemudian sepanjang ramadan fokus pada ibadah terutamanya pada akhir2 ramadan...bkn spt yg berlaku skrg...nak ujung2 ramadan lagi sibuk persiapan raya tp ibadah dikesampingkan. fikir & renung2kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula