Home » » Pelik Tapi Benar.

Pelik Tapi Benar.


بسم الله الرحمن الرحيم

Tanda Soal, Soalan, Pelik, Question Mark, Question
Agak-agak kita sekarang berada di jalan yang mana?

Assalamualaikum

Kadang-kadang saya pelik..pelik dengan manusia, dengan ragam manusia yang pelbagai. Macam-macam. Ada yang seperti lembu dicucuk hidung, ada yang suka mengampu dan lain-lain. Mungkin mereka memikirkan kehidupan di dunia ni segala-galanya sampai tak ingat tujuan asal kita diciptakan. 

Ada yang kata..kita sekarang dalam keadaan yang aman. Tapi saya terfikir, kalau benar aman..kenapa jenayah makin meningkat dan kita semakin rasa tak selamat eh bila keluar rumah. Duduk dalam rumah pun rasa kurang selamat jugak. Apa yang dimaksudkan AMAN tu agaknya eh? Saya pun kurang pasti..bagi saya, kita akan benar-benar aman bila kita rasa selamat walaupun kita berada di mana-mana je. 

Cuba waktu sekarang ni, contohnya seorang anak dara keluar malam sorang-sorang..agak-agak dia boleh balik rumah dengan keadaan yang baik tak? Kedai emas yang dibiarkan tanpa perlu dikunci..agak-agak ada orang curi tak? Hmm..nak cakap lebih-lebih pun agak susah, saya harap orang yang membaca ni dapat memahami. Kadang-kadang kita gagal untuk berfikir menggunakan mata hati..sebab tu tak nampak.

Bila hukum Allah tak lagi digunakan dan diketepikan..bila manusia sombong dengan Tuhan, bala yang akan datang menimpa kita. Bukan sahaja di ketepikan, bahkan dipermainkan dan dijadikan bahan gurauan mungkin. Bagi yang tak tahu, boleh baca tentang isu Karikatur yang menghina Islam. Kadang-kadang saya terfikir, saya rasa hairan..kenapa manusia masih lagi sombong dan angkuh dengan Allah? Kenapa masih lagi tidak ada kesedaran dalam diri? Saya sendiri rasa takut..saya selalu terfikir kenapa dan kenapa?

Mungkin juga di akhir zaman, orang yang benar selalu ditindas..orang yang zalim diagung-agungkan. Para ulama' tak lagi diminta untuk memberikan nasihat tentang agama dan mulalah orang yang tidak layak dan jahil akan membicarakan dan mengelurkan hukum agama, ternyata mereka itu lah orang yang sesat lagi menyesatkan. 

Bila ditegur, tiada respons..mungkin boleh diterima lagi. Ditegur dan masih tiada respons, mungkin masih lagi boleh diterima. Akhirnya, mungkin cara kekerasan juga perlu digunakan untuk menegur. Barangkali mungkin...sama juga seperti menyuruh anak sembahyang, pada umur 7 tahun..mereka disuruh dahulu untuk melakukan solat dan masih diberi masa hingga 10 tahun, jika masih lagi tidak solat..dibenarkan untuk memukul mereka..memukul bukan untuk mendera, bahkan untuk mendidik, untuk kebaikan dan manfaat bersama kelak. Saya rasa tentu kawan boleh faham apa yang saya ingin sampaikan..

Setiap orang ada pandangan masing-masing kan..terpulang lah untuk menilai. Yang penting, berfikir dengan menggunakan mata hati dan bukan nafsu. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

7 luahan hati:

shiema sufian said...

shiema suke ini :)

ainthegorgeous said...

insyaAllah faham. ain pon tkt. tkt dgn dr sendiri. tkt dgn ape yg ade disekeliling. ain hrp ain bkn di jln yg salah.

EZAN IDMA said...

good entry :) ape2 pon kite sebg hambanya haruslah sentiasa mmperbaiki dri ke arahnya :) dan sentiasa menasihati satu sama lain kan? :)

Fi-Nurul Soosica said...

terbaik entry akak ni ;) penjenayah ade dimane-mane je, baru je hari tu depan rumah jiran sblh fiqah ade org kena ragut, cina bwk basikal prmpuan kena ragut ngan lelaki bwk motor,.. ksian dia~ dia x kejar laki tu guna basikal dia sbb dia terkejur, dngr citer dari ibu fiqah la~

karimi said...

memg benar apa dipandangan saudari, bila manusia tidak menjadikan hukum tuhan sebagai pegangan, tidak mengamalkan cara hidup islam seperti nabi dan sahabat, maka ini merupakan bala yang t5uhan turunkan agar manusia berfikir tentang kekuasaan tuhan dan sebab sebenar manusia diciptakan... hadia yg saudari sebutkan juga betul n benar2 terjadi pada hari ini... sama2lah kita teruskan berusaha untuk menyedarkan manusia... ttapi ingat, pesan nabi, cara yang terbaik untuk menyelamatkan ummat, adalah dengan cara kerja nabi...sama2 kita berkongsi ilmu dan mengamalkan... ameen...

nadzirah said...

setuju...sebab tu la bnyk jenayah semakin mnjd2...hukum Allah tulah yang terbaik.

Elie Lily said...

credit untuk post ini! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula