Home » » Ibarat Tanah dan Hujan

Ibarat Tanah dan Hujan


بسم الله الرحمن الرحيم 

Hujan, Rumput, Tanah, Ibarat Tanah dan Hujan, Embun, Embun Pagi, Morning Dew

Assalamualaikum

Dalam sebuah hadith sohih (Riwayat Bukhari no.79 dan Muslim no.6093), Rasulullah telah membuat perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh baginda untuk seluruh alam-ibarat "hujan". Rasulullah telah mengumpamakan petunjuk dan ilmu sebagai " hujan" dan hati-hati manusia sebagai " tanah".

Hidayah dan ilmu = hujan yang lebat dan turun menimpa bumi
Manusia = tanah di bumi.

Lalu Rasulullah membahagikan tanah-tanah bumi yang menerima hujan kepada 3 jenis :

  • Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah diatasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak. 
Siapakah golongan ini? Mereka ialah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah swt lalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka. Malah kesan ilmu dan hidayah itu bukan sahaja untuk diri, malah mereka memanfaatkannya untuk orang lain yang berada di sekeliling mereka dengan mengajarkannya dan menyebarkannya.


  • Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tumbuhan, ia menakung air, maka dengannya Allah swt memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, dan juga bercucuk tanam.
Inilah juga golongan yang baik. Walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu kurang berkesan kepada diri mereka, namun mereka berjaya menyebarkannya dan menyampaikannya kepada orang lain. Maka dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik daripada dirinya. Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambahkan sahamnya diakhirat.

  • Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah yang gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput.
Golongan yang ketiga ini pula ialah mereka yang tidak mahu menerima ilmu, malahan dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain. 

Baginda s.a.w telah membuat kesimpulan tentang ketiga-tiga tanah tadi . Maksudnya =

"Begitulah diibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku. Dia mengetahui lalu mengajarkannya kepada orang lain. Begitu jugalah diibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang diberikan kepadaku dan tidak menerima petunjuk Allah yang diutuskan aku dengannya."

Fikirkan sejenak :

Agak-agak kita temasuk dalam jenis" tanah" yang mana?
Adakah selama ini kita memanfaatkan "hujan" itu?

P/s : Kita sememangnya berasal daripada tanah dan memang bersesuaian seperti mana yang dibicarakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

0 luahan hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula