بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Sebelum tu, saya nak kongsikan dengan kawan-kawan satu ayat Al-Quran yang bermaksud :
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". - Ar Rum 41
Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kita sebuah alam yang sangat indah dan sempurna, seimbang dari segi ekosistemnya dan lain-lain. Akan tetapi, manusia itu sendiri yang gagal untuk menjalankan tanggungjawab yang Allah telah berikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini menyebabkan Allah s.w.t membalas perbuatan tersebut dengan menurunkan bala bencana kepada manusia supaya manusia sedar dan insaf akan kesilapannya. Tugas kita untuk memelihara alam adalah WAJIB dan BERDOSA sekiranya kita tidak menjalankan amanah tersebut dengan baik.
Sebagai contoh kita dapat lihat kebocoran Loji Nuklear di Jepun..mungkin dari satu sudut, nuklear membawa kebaikan akan tetapi, keburukan daripadanya adalah lebih banyak dan besar berbanding kebaikannya. Atas kelalaian dan kecuaian manusia menyebabkan kesan buruk itu kembali kepada manusia semula.Hari Isnin (semalam) baru je lepas mengajar dalam Makro Teaching tentang adab memelihara alam. (Tingkatan 5).
Selain daripada kelalaian dan kecuaian manusia, namun kita perlu ingat bahawa ada satu lagi perkara penting iaitu HARI KIAMAT. Waktu di sekolah dulu, kita semua pernah belajar tanda-tanda kiamat kan. Terbahagi kepada 2 iaitu kecil dan besar.Cuba kita berfikir sejenak, merenung kembali..cuba kita semak semula tanda-tanda tersebut, mungkin ada yang telah berlaku~
Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:
1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.
Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.
Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.
Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.
Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.
Setiap yang bernyawa, setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t pasti ada permulaan dan pengakhirannya. Bumi tempat kita menetap ini pun sama, termasuklah diri kita sendiri. Semua makhluk pasti akan mati. Kullu nafsin zaiqatul maut~ Oleh itu, kita perlu sentiasa beringat-ingat bahawa hidup di dunia ini merupakan satu persinggahan sementara, tempat yang abadi di akhirat kelak. Jangan letakkan dunia di dalam hatimu, tetapi letakkan sahaja di tapak tanganmu supaya kamu tidak terleka dengan tipu daya dunia.
P/s : Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dari semasa ke semasa. Hidup di dunia bukan untuk bersuka ria, akan tetapi kita telah dipertanggungjawabkan sebagai seorang Hamba Allah dan Khalifah di muka bumi sebalum meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya (Alam Kubur). Upgrade iman sentiasa~
Wallahua'alam
والسلام
9 luahan hati:
sangat khusyuk saya baca ni wallahualam..kebanyakkan nya dah pun ada!..erm bertaubat lah..untuk diri sendiri juga nih :)
entry nie buat kita terfikir lepas terleka seketika... thanks... kita jumpa url awak dari sahabat blogger. salam perkenalan
Hurmm terpana..
nice info utk kita sama2 kita muhasabah diri. cari kkurangn diri n dekatkn diri kpd Allah :)
Entry yg sgt baek!semoge kite semua nih taubat!
salam...
sangat betul..dunia sekarang ini dah terlalu sarat dengan maksiat, dan bermacam2 lagi yg lari drp nilai2 agama...
insaf.....
salam
menakutkan...zaman penuh fitnah, mohon perlindungan maha pencipta amin
sungguh menarik^^
pengisisan yg baik .keep it up .
tengs for sharing d info ~
menginsafkan setelah membaca n3 ini. Sering lalai dgn hal-hal keduniaan, sehingga lupa rupa2nya hari akhirat hampir menjelang tiba...masih byk amalan yg blm dilaksanakan, sempat ke???Allahualam.
Post a Comment