Home » » Hujan Asid kesan daripada Kebocoran Loji Nuklear di Jepun

Hujan Asid kesan daripada Kebocoran Loji Nuklear di Jepun


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..

Sekarang ni saya rasa semua dah tau di Jepun berlakunya Tsunami kan..di samping tu, tempat kuasa Nuklear di Jepun pun dah bocor. Memang tersangat-sangat bahaya. Semua tau nuklear kan..boleh memberi kesan yang sangat bahaya kepada hidupan kerana ada bahan radio aktif. 


Hujan, Hujan Asid, Bahaya Hujan Asid, Kesan Hujan Asid, Kesan Hujan Asid Kepada Manusia Tumbuhan dan Haiwan, Loji Nuklear, Loji Nuklear Bocor, Loji Nuklear Jepun, Kesan Kebocoran Loji Nuklear

Sekarang ni musim hujan..jadi, kemungkinan hujan yang turun merupakan hujan asid. Jadi, jangan main hujan ye kawan-kawan. Sangat sangat lah berbahaya. Orang kata hujan tu satu rahmat..tapi, waktu sekarang ni hujan juga satu bencana alam kepada kita. Baca berita di bharian online >TEKAN<

Tadi saya tengah buat assigment, tiba-tiba dapat mesej dari kawan. Mesejnya macam ni :


‎"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 am today. If it rains tomorrow or later, don't go outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair, or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know"

Saya pun apa lagi, terus mesej orang-orang yang saya sayang (family saya) nak ingatkan mereka supaya sentiasa peka. Walaupun mungkin mereka dah tau, tak salah saya rasa ingat kan lagi.

Jom baca sedikit tentang hujan asid :

Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan.

Kesihatan
  • Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema.
  • Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.
  • Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak.
  • Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)
Terhadap tanah dan tumbuhan
  • Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini.
  • Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah.
  • Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.
  • Memusnahkan fungsi daun.
  • Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.
Ekosistem akuatik
  • Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.
  • Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini.
  • Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ.
Bangunan dan peralatan bangunan
  • Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi.
  • Meluntur dan merosakkan cat kereta.
  • Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.


Bencana yang datang mungkin satu ujian, atau mungkin satu bala kepada kita. Kita sendiri yang dapat menentukannya. Oleh itu, sentiasa bermuhasabah diri. Sedarlah bahawa kita hanya seorang makhluk Allah yang kerdil..Wallahua'lam.


P/s : Esok kalau hujan pagi, macam mana nak pergi kuliah? Takut pulak rasanya :s


والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

10 luahan hati:

Ain Tralala said...

saya pun dpt msg mcm tue.... hoho... takut....

Nisa' Pasir Gudang said...

Tq tikah..kite kongsi sikit maklumat tikah ni kat blog kite ye... take care. jgn main hujan

Unknown said...

ish..takutnya..time kasih krn berkongsi..kna pesan kt sume org nih..

Atika Aula said...

@Nisa' Pasir Gudang
ok~ sile kan :)

Atika Aula said...

@Ain Tralala
yela~ rase takut kan. 2 la manusia..hamba yang kerdil.

Atika Aula said...

@Ummi Ummairsama2..sila2. bg tau semua~

Cik Yana said...

Nice sharing. Mintak-mintak la dijauhkan :)

YanaAbell said...

salam..
thanks 4 de info.. but, mnde ni smua ta btol pn :) if ta cye, moley jerk bce at surat khabr.. mesej tuh cume untk takoddkn org2 malaysia..

iftitah_ihsan said...

hik3 .
i da tade kuliah lagik .
so selamat la ckit .
btw tc :)

-SYAZA-

ulfa said...

boleh bagi sumber berkenaan hujan asid kat malaysia? saya dah click link yang awak bg, tp just paper berita harian..xde pasal hujan asid pun...

bukan ape..
saya nk sebarkan pada kawan2 lain, nanti diorang tnye sumber pulak..
ape saya nk jwab...

ape pun, time kasih infomation ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula