Home » » Ada Apa Dengan Tahun Baru?

Ada Apa Dengan Tahun Baru?



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...dah 2.1.11 saya baru nak tulis entri tentang tahun baru. Tahun baru kali kedua, sebab tahun baru hijriah dah hampir sebulan berlalu iaitu pada 7hb Dec ( besday saya tu). Entri Ma'al Hijrah dah buat..entri Hari Lahir pon dah buat. Sekarang entri tentang tahun baru Masihi pulak. Agak kelewatan cket nak buat entri ni sebab saya dahulukan entri tutorial request daripada kawan-kawan bloggers. Bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur. Ok lah, kalau kita cakap tentang tahun baru, mesti ada kaitan dengan azam baru kan. Masuk je tahun baru, azam baru..azam tahun lepas macam mana, dah tercapai semua ke??


Tahun Baru, Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Azam Baru,Cita-cita Baru, Selamat Tinggal Tahun Lepas

Kadang-kadang kita ni pandai berazam, tapi jalan untuk menuju atau mencapai matlamat tu tak ada. Kalau ada p0n, kurang usaha nya. Tapi kalau rasa dah usaha bersungguh-sungguh, masih lagi tak dapat mencapai matlamat yang diazamkan tu. Berserah je la..pasti ada hikmah disebaliknya. Kan Dia ada, Dia Maha Mengetahui apa yang kita perlukan. Jangan kecewa-kecewa, jangan tension-tension. Innallah ma'a na..(Sesungguhnya Allah itu bersama kita).


Tahun Baru, Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Azam Baru,Cita-cita Baru, Selamat Tinggal Tahun Lepas
Tahun Baru, Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Azam Baru,Cita-cita Baru, Selamat Tinggal Tahun LepasAzam tahun lepas masih banyak lagi tak tercapai, tambah lagi azam tahun baru. Antara azam yang selalu kita buat ialah azam untuk diri sendiri (dah semestinya) dan kadang kala berazam untuk orang lain juga. Kita harapkan seseorang tu berubah menjadi yang lebih baik, kita harapkan dia lebih gembira dan lain-lain lagi. Tapi, saya jarang buat azam sempena tahun baru. Sebab saya sentiasa berazam, kalau buat sesuatu tu buat dengan bersungguh-sungguh. Tak kira lah bila-bila p0n, tak perlu tunggu tahun baru, baru nak buat semuanya "perfect".

Tahun Baru, Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Azam Baru,Cita-cita Baru, Selamat Tinggal Tahun Lepas
Bila masuk je tahun baru bermakna...

- Usia kita semakin meningkat
- Tanggungjawab semakin berat ( meningkat dewasa)
- Yang paling penting, ajal semakin dekat.

Tapi...
Adakah amalan kita semakin bertambah? Atau d0sa yang semakin menggunung?
Dosa setiap masa kita buat (yang sedar + tak sedar) , pahala ( jarang sekali), taubat ( kadang-kadang). Taubat yang kita buat p0n, takut-takut tersekat dan tak diterima. Ajal pula semakin hari semakin dekat...
Muhasabah diri sentiasa itu perlu..kerana orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati.
Tahun Baru, Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Azam Baru,Cita-cita Baru, Selamat Tinggal Tahun Lepas
Perkara yang paling dekat dengan kita ialah mati.
Perkara yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu..
Bila dah berlalu, boleh ke kita kembali semula ke masa dulu??
Jawapannya mesti lah tak..bila dah berlalu, terus berlalu..

Tahun Baru, Happy New Year, Selamat Tahun Baru, Azam Baru,Cita-cita Baru, Selamat Tinggal Tahun Lepas

Oleh itu, nasihat dan peringatan untuk diri saya dan kepada rakan-rakan yang membaca ialah kita hendaklah memanfaatkan setiap saat yang kita lalui dengan perkara yang berfaedah, kerana setiap saat yang kita lalui akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jangan biarkan masa yang berlalu dipenuhi dengan perkara-perkara lagha ( sia-sia). Masa yang berlalu, terus kan berlalu, masa sekarang dan yang akan datang..gunakan dengan sebaiknya.

Sekadar renungan :
Kenangan yang manis itu ku pahatkan dibatu supaya ia kekal buat selama-lamanya
Kenangan yang pahit itu ku coretkan di tepi pantai supaya ia akan hilang bila tiba saat dan ketikanya..

Jom layan jap lagu opick ni..bila waktu telah berakhir.




والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

2 luahan hati:

Anonymous said...

Selamat menjenguk 2011..=)

Durrani Zamri said...

Happy New Year..
semoga ceria selalu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula