Home » » Maher Zain

Maher Zain


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...pe khabar? Semoga sihat-sihat hendaknya.Sebelum cite pape, saya nak tnye la..sape minat Maher Zain?? Angkat tangan.hehe. Saya mengaku, saya salah seorang diantara peminat beliau.Saya bukan la minat terlampau fanatik, bukan minat pada orangnya. Saya minat pada kesungguhan dan keazaman dirinya berdakwah. Sesiapa sahaja yang berada di jalan dakwah, saya sokong. Cara dia berdakwah dengan menggunakan lagu..sangat berkesan . Sebab semua orang minat pada muzik kan, jadi..daripada lagu-lagu dan lirik yang dia sampaikan tu sangat terkesan di hati. 

Maher Zain, Maher Zain Album, Awakening Records, InsyaAllah, Alhamdulillah, Thank You Allah, Never Forget

Dulu saya x kenal p0n siapa Maher Zain ni..saya mula kenal sejak lecterur saya (Dr. Isa) pasang vide0 lagu Open your eyes- Maher Zain dalam kuliah Falsafah Pendidikan Islam. Tujuannya supaya kami berfikir tentang lirik lagu tersebut...tu p0n waktu saya tahun 1 (2009). Lama-lama tu baru lah saya mencari lagu-lagu beliau di internet..memang best-best. Antaranya ialah InsyaAllah, Alhamdulillah ( Thank You Allah ), Hold My Hands, Never Forget, The Chosen One dan lain-lain. Saya p0n x sangka Maher Zain jadi se"glam0ur" ni..tengok je la kat Fan Page die. Dah capai lebih daripada 1 juta orang. Tahniah!! Semoga dipermudahkan jalan untuk beliau menyampaikan dakwah melalui muzik dan hiburan.  

Semalam saya terbaca di Fan Page Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)..ada satu cerita ni, yang tentang Maher Zain masuk melodi tu. Saya x tengok, sebab kat kolej. Saya dah minta izin untuk share cerita ni daripada admin page tersebut. Ok, jom la baca eh..note ni ditulis oleh admin page MZM-FC.



Terima Kasih Melodi TV3, Moga Allah Memberkati Kalian



Pesan baginda Nabi Muhammad : “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”



Salam. Moga Allah memberkati kita semua. Sedikit ulasan berkenaan Melodi TV3 (2 hb Januari 2011)



Rancangan hiburan Melodi TV3 yang bersiaran pada 2 hb Januari 2011 yang menampilkan Brother Wahid dan Brother Zizan sebagai pengacara benar-benar mencuri tumpuan penonton. Mana tidaknya, permulaan tahun baru diselitkan dengan isu-su yang cukup 'matang' dan 'bermanfaat'.

Alhamdulillah, permulaan rancangan dimulai dengan laporan Anugerah Skrin yang baru sahaja berlangsung minggu lepas. Pelbagai trend pakaian yang 'islamik' ditunjukkan oleh artis dari event berkenaan. Saya amat-amat teruja dan berterima kasih kerana memperkenalkan kepada warga Muslim Malaysia inilah artis yang layak dijadikan 'contoh' oleh remaja Islam di Malaysia.

Kemudian, diselitkan pula kisah pemergian Allahyarham Faizal Yusof, seorang pelakon yang berbakat, juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Pengolahan dari kisah ini benar-benar membuatkan penonton seperti kami cukup terkesan dan mengharapkan pemergian beliau ini menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup. Juga menjadi iktibar kepada semua artis baik penyanyi, pelakon dan wartawan hiburan (terutama wartawan Melodi) yang mati itu bukan atas faktor muda atau tua, sihat atau sakit, tetapi atas faktor ajal.

Seusai laporan mengenai Allahyarham Faizal Yusoff, terlitlah pula kisah Brother Maher Zain. Melalui wawancara yang dikeluarkan, dapat diringkaskan yang wartawan Melodi memulakan slot Sensasi Melodi dengan perkara ini :

1- Intro tag dengan satu persoalan adakah Maher Zain seorang yang tidak berdisiplin
2- Kemudian, menyatakan Maher Zain tidak ke Rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 26hb Disember atas sebab bangun lambat
3- Seterusnya, wartawan Melodi bertanyakan adakah Maher Zain ke Malaysia untuk keuntungan semata-mata atau untuk dakwah
4- Dan slot Sensasi Melodi ini dirumuskan dengan kata-kata : "Betul atau tidak apa yang dikatakan Maher Zain, itu antara dia dan Allah"

WOW! Cukup 'hebat' soalan-soalan ini. Ini benar-benar satu 'perubahan' baru dari rancangan hiburan Melodi TV3. Amat-amat tepat dengan tagline Melodi : "Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi", dan wartawan Melodi menterjemahkan ia dalam bentuk bentuk laporan berita untuk Slot Sensasi.

Saya mewakili teman-teman Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) amat-amat 'berterima kasih' kepada pihak Melodi TV3 atas liputan yang cukup bernas berkenaan. Semoga segala kekurangan Maher Zain menjadi kekuatannya satu hari nanti. Maaflah jika Maher Zain terlalu lama bersolat subuh berjemaah di Masjid Besar Shah Alam menyebabkan beliau keletihan, 'tidur semula' dan 'lewat' untuk bangun tidur kemudiannya. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

Semoga tahun baru 2011, Melodi TV3 terus sukses dan menjadikan para artis semakin selesa ditemubual, yang hampir-hampir bercerai akan semakin akrab dan berbaik semula dengan pasangannya, mereka yang sudah bercerai akan rujuk semula, mereka yang suka mengumpat akan insaf dengan perbuatan mereka, artis yang berpakaian sendat akan terus berjubah, artis yang minum arak akan bertaubat dan minum air milo ais, artis yang berposing di kolam renang akan berposing di kolam wuduk masjid, dan artis yang suka bangun 'lambat' dan tidak solat Subuh bangun awal serta bersolat Subuh berjemaah di masjid.

Nota :

Maher Zain tidak mengecewakan peminatnya. Buktinya, beliau telah hadir ke rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada hari semalam (1 Januari 2011) dan meminta maaf akan ketidakhadirannya ke rancangan berkenaan pada 26 Disember 2010. Dan beliau juga telah menyatakan berlaku miss communication yang menyebabkan beliau tidak hadir pada tarikh berkenaan. Lain kali, kalau nak bikin isu macam ni, sila tanya dulu kepada pihak pengurusan Nasi Lemak Kopi O, juga kepada pihak KMG Globalzone. Bukan terus terjah Maher Zain dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Nasib baiklah rancangan di televisyen bercorak 1 hala sahaja, paparkan isu tanpa ada ruang untuk dijawab secara terus oleh mana-mana pihak. Kalau rancangan melodi TV3 persis laman sosial facebook, ada pro dan kontra, alamatnya tutup la fanpage kalian. Akan jadi seperti kes penayangan Iklan Aidilfitri versi Krismas yang lepas.

Nota tambahan :

Benar, publisiti untuk Maher Zain perlu di media, namun ia persis percikan bunga api. Nampak cantik bukan, tetapi percikannya menyakitkan..

Ikhlas dari :

Akhi Fairuz | Admin MZM-FC



P/s : Berfikir dahulu sebelum bertindak/membuat keputusan. Jangan terburu-buru menghakimi orang lain..sebab x pasal-pasal nanti kita memfitnah dia. Islam itu indah..jangan burukkannya dengan perbuatan kita sendiri. Wallahua'alam~


Open ur eyes, ur hearts and  minds


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

21 luahan hati:

shahjiehan said...

SJ pon minat maher zain~ heee

Notami said...

salam..hmm..perenggan2 yg trawal tu perli @ menyatakan spt mana yg dikatakan?

Atika Aula said...

@shahjiehan
same le~

Atika Aula said...

@Notami
perenggan yg sy tulis or admin fan page 2?? kalau yg d tulis oleh admin fan page, tgk je tnda " kita dah tau la perli kan~ ;)

kindergartenlibrary said...

minat dia

=)

apdm said...

salam


wah syira suka gila lagu ni e:D

~boy_Mr.K~ said...

So far, saya pun suka dengar lagu dia... syahdu..

Atika Natasha said...

maher zain pnye lagu mcm ade aura jer..best k0t wl0pun lbih kurang sama je ngan pnyanyi nasyid s0l0 msia mcm amar dll..huhu

6 Gemilang said...

woww, artikel yg penuh dgn sindiran. huhu. btw, im a big fan of maher zain. his songs were superb!

Cik Cahaya said...

saye pn suke maher zain..jom g konsert maher zain cik atika aula ^_~

dewimalam said...

ramai yg minat maher zain....

Lufti said...

budak kampus suke lagu OPEN UR EYE
tahun maher zain ni dari member..huhu

shahjiehan said...

http://shahjiehan.blogspot.com/2011/01/maher-zain-nyanyi-lagu-melayu-dan.html

shahjiehan said...

@Cik Cahaya http://shahjiehan.blogspot.com/2011/01/maher-zain-nyanyi-lagu-melayu-dan.html

neyza mokhtar said...

biasa la tu..sapa xkenal melodi?Yg xde diada2kan..tp suara maher zain mmg sodap!hehe..

shahjiehan said...

ye ke nk dtg ukm???grrr... asal la time SJ praktikal baru die nak dtg... alahai...melepas la SJ

Unknown said...

Bru tagu! TQ share

Raji and Yeen said...

huhu kadang2 soalan yg ditujukan sgt2lah panas..
smpaikan bnder yg ditanya pun tidak dirujuk dgn betul main terjah jer
last2 senang2 dpt dosa
nauzubillah

aku suka lagu dia Barak Allah ;D

MIRA :) said...

ya allah minat sgt ngn maher zain

Unknown said...

selalu jugak dengar lagu dia...
lagi-lagi masa cuti ari tu
nak tidokan anak buah mesti kena pasang lagu dia....
baru lena anak buah tido:)
antara lagu yg selalu dengar for the rest of my life,insyaAllah n barakallah:)

lady-D said...

dla pun minat gak lagu2 beliau..mmg penuh makna..maher zain mmg best laaaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula