Home » » Pendidikan seks : Wajar / Tidak ??

Pendidikan seks : Wajar / Tidak ??


بسم الله الرحمن الرحيم





Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan "seks" bermaksud sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan iaitu wujudnya hubungan berlainan jantina antara lelaki dan perempuan. Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia.

Di dalam Islam, isu tentang pendidikan seks bukanlah sesuatu yang asing. Ia telah pun dibincangkan oleh para ilmuan Islam secara meluas berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Antaranya ialah tentang kehidupan berumah tangga, zina dan seks songsang (Kaum Nabi Lut). Daripada perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri daripada berzina merupakan orang yang mempunyai kekuatan dalaman (spiritual) dan daya tahan diri yang kuat.

Sebagaimana di dalam hadith Nabi s.a.w : Tidak akan berzina seseorang itu dalam keadaan dia beriman..(Riwayat Bukhari)

Pendidikan seks menurut Islam bermatlamatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perbincangan tersebut mestilah berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Hasil daripada perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan yang jelas untuk menggubal dasar etika dan adab yang berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduktif yang bercirikan Islam.

Di dalam Al-Quran juga terdapat tentang isu-isu seksualiti dan kekeluargaan. Antaranya:
- Maruah diri, perkahwinan dan institusi kekeluargaan
- Seks luar nikah
- Hadath
- Batas serta adab hubungan antara lelaki dan perempuan
- Hubungan kedua ibubapa dan anak-anak.

Islam juga menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada umur 10 tahun lagi, ibu bapa digesa supaya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Apabila mereka sudah baligh, arahan supaya menutup aurat dan membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan pula diwajibkan.

Begitu juga, Islam telah memberi garis panduan untuk kehidupan seksual umatnya. Penekanan yang diberikan adalah sebagai langkah pencegahan awal seperti wajib menutup aurat, melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan dalam Islam.

Menurut tokoh ilmuan Islam seperti Al-Ghazali dan Nasih 'Ulwan, objektif am Pendidikan seks menurut Al-Quran ialah :
- Untuk memastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam menangani segala permasalahan manusia.
- Untuk menambahkan lagi keinginan dan keimana pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
- Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti serta kepentingan institusi keluarga.
- Untuk memberikan maklumat yang betul dan jelas berkaitan dengan seksualiti dengan menyediakan kurikulum pendidikan seksualiti yang standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram bertepatan dengan ajaran Islam.

Islam merupakan agama yang syumul, seksualiti bukanlah suatu benda yang baru bahkan sudah ditekankan dan diajar dalam Islam sejak kecil iaitu sebelum seseorang memasuki alam persekolahan lagi. Keluarga memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak supaya mereka dapat membezakan halal dan haram sewaktu bergaul dengan rakan yang berlainan jantina.




Pada pendapat saya, guru-guru Pendidikan Islam perlu memperkuatkan usaha untuk mengajar generasi masa kini dengan ajaran Islam sepenuhnya. Al-Quran sendiri telah membincangkan tentang kekeluargaan dan seksualiti. Islam itu sudah lengkap, hanya umat Islam itu sahaja yang tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Jika Pendidikan Seks itu diajar di sekolah-sekolah, ia mestilah berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah. Hal ini supaya para pelajar dapat menginsafi diri dan takut akan azab Allah bagi sesiapa yang melanggar perintahNya. Jika tidak, seks luar nikah masih lagi akan berlaku..cuma mereka akan menggunakan cara yang selamat.



والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

14 luahan hati:

bella said...

good entry tikah..keep it up:)

Ain Zulaikha said...

tak tahu la , sebab kalau ajar lagi lah dia orang nak cuba.. betul tak?

Atika Aula said...

@bella
tQ bella :)

Atika Aula said...

@Ain Zulaikha
sebenarnya Pendidikan Islam sahaja sudah mencukupi...cuma, perlu diajar dengan lebih menyeluruh dan keluarga juga perlu memainkan peranan yg penting di rumah. Tak boleh lepas tangan n mengharapkan guru Pendidikan Islam semata-mata.

ummu uswah said...

praktikkan islam kat rumah. tu yg perlu disetlekan.

anak-anak wajib solat 5 waktu, puasa, tutup aurat, tak couple dan tak dating dgn bukan mahram.


kita tag tikah utk kempen tutup aurat.
http://anak-teladan.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html

Kembang Perawan 3288 said...

thnx~

Unknown said...

sangat analitikal dan penuh penelitian yang tajam. Tahniah. Dan saya juga menyetujui, bahawa pembelajaran agama islam yang menyeluruh adalah melebihi dari cukup :)

Ramlan said...

kena belajar dengan berperingkat. seperti di sekolah agama, murid di ajar tentang adab, akhlak, tauhid ketika darjah 1 hingga darjah 4 dahulu kemudian apabila sampai ke darjah 5 barulah mereka belajar munakahat...

*sekolah agama di johor. negeri lain saya tak pasti

:)

Atika Aula said...

@ummu uswah
sy sudah j0in ;)

Atika Aula said...

@Kembang Perawan 3288
u r welc0me ;)

Atika Aula said...

@iqbalsyarie
betul 2~

Atika Aula said...

@saya
setiap sekolah agama mempunyai kurikulum yang hampir sama...masalahnya sekarang, kita kurang mempraktikkan ilmu yang ada dan ibu bapa juga kurang memainkan peranan yang betul dalam mendidik anak-anak. wallahua'alam~

Unknown said...

saya dan adik saya tak dapat pisah tempat tidur, macam mana ttu ?? saya dah baligh, dan adik belum bailgh.. kamar tak cukup untuk bagi kami pisah.. ad solusi tak ??

Unknown said...

saya tak dapat pisah tempat tidur dari adik, karena kamar tak ada yang lebih , dan adik puntakut kalau tidur seorang diri, orang tua tak larang kami untuk tidur sama,, saya dah baligh, sedang adik belum,,

macam mana menurut atika ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula