Bersihkan yang Kotor di Blog masing-masing


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Jom kita bersihkan blog kita daripada unsur-unsur atau anasir yang kotor yang boleh mendatangkan saham dosa kepada diri kita. Seperti mana yang kita tahu, ramai pelawat yang datang ke blog kita untuk membaca apa yang kita tulis, terutamanya blog yang mempunyai jumlah traffik yang tinggi. Sedar tak kita bahawa secara tidak langsung, kita turut mendapat saham dosa kerana isi kandungan atau gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog atau website kita?

Mungkin ada mereka yang pandang sebelah mata dan menganggap perkara seperti ini remeh temeh dan tidak kisah, yang penting..duit masuk. Tapi, berapa ramai manusia yang sedar bahawa keberkatan dalam duit yang kita dapat itu paling penting. Bukan sahaja perlu berkat, tapi perlu betul-betul HALAL dan bukannya termasuk dalam kategori tak halal a.k.a HARAM. Hal ini disebabkan daripada duit yang kita dapat, kita gunakan untuk makan, minum, dan lain-lain secara tak langsung akan menjadi darah daging kita. 

Umat akhir zaman ni ramai tak yang mengambil kira tentang HALAL atau HARAM nya hasil duit yang kita terima? Antara perkara-perkara yang perlu dibersihkan di blog/website antaranya :
  • Unsur-unsur tulisan yang mencaci,memfitnah yang dapat menjatuhkan orang lain dan yang dapat mengaibkan orang lain
  • Video-video yang lucah serta yang mengandungi perkara yang lagha dan sebagainya
  • Gambar-gambar yang tidak sopan dan menutup aurat
Sekiranya ada, minta dibuang dan bersihkan blog serta website kita daripada kekotoran ni, kita tak boleh menyamakan blog dengan televisyen..blog ialah milik kita, jadi kita dapat kawal 100% isi kandungannya manakala tv pula di luar kawalan kita, apa yang boleh kita kawal..kita perlu kawal. Mungkin juga secara tak sedar, selama 24 jam kita dalam keadaan berdosa, perlu tanggung dosa kita sendiri dan dosa orang yang melihat gambar/video dan membaca apa yang kita tulis itu. 

Begitu juga, iklan-iklan yang kita letakkan di blog masing-masing..pastikan ianya bersih. Namun, sejauhmana tahap kebersihan iklan yang dipaparkan di blog kita?? Cuba kita fikirkan, memang kita boleh pilih, hanya iklan arak dan rokok sahaja yang tidak dipaparkan di blog, tapi boleh tak kita pilih iklan wanita yang tidak menutup aurat di blog untuk dipaparkan di blog kita? Dulu saya remove Nuffnang pun atas sebab ni, terdetik hati saya apabila membaca tentang hukum pengiklanan di blog Ustaz Zaharuddin. Dah banyak pendapat saya baca, dah banyak ustaz yang keluarkan pendapat tentang perkara ni  dan kini saya lebih yakin dan berpegang kepada pendapat Ustaz Zaharuddin. 

Petikan daripada blog Ustaz Zaharuddin, klik untuk lebih jelas

Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir kan? Terpulang lah kepada diri masing-masing untuk membuat keputusan, tapi ingat..setiap apa juga keputusan kita mesti disandarkan kepada sebab atau satu pegangan dan jangan jadi seorang yang taqlid buta. Antara entri menarik yang saya dapat kongsikan disini tentang Nuffnang ialah daripada blog wootwoot : Masuk Neraka kerana Nuffnang dan Advertlets dan Jamal Rafaie : Bersihkan blog dari yang Haram (iklan Nuffnang)


Sekian

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Umur itu hanyalah angka


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Betul ke umur tu hanya angka je? Kadang-kadang orang menilai kita mengikut umur kita berapa kan? Tapi, bagi saya, umur tu tak dapat menilai diri kita yang sebenar. Umur itu hanya lah angka semata-mata. Kematangan diri seseorang tak dapat dinilai berdasarkan umur mereka. Ada juga sesetengah orang yang suka memandang rendah kepada mereka yang lebih muda daripadanya...orang tersebut beranggapan bahawa orang muda ni hanya lah budak hingusan dan tak tahu apa-apa. Saya rasa perspektif macam tu salah sama sekali..


Bagi saya kan, kalau kita nak menilai seseorang..mestilah berdasarkan ilmu yang mereka miliki dan tahap kematangan nya. Tak semestinya orang dewasa lebih matang berbanding budak belasan tahun. Selalu kita nampak tindakan orang dewasa kadang-kadang kurang matang, mereka umpama berada di jasad orang dewasa tetapi memiliki akal fikiran budak sekolah tadika. Kasar ke perkataan ni? Rasanya tak, sebab ni hakikat kehidupan. 

Mungkin orang yang lebih tua, mereka memiliki lebih pengalaman, orang kata" mereka yang makan garam dulu". Tapi hanya berbekalkan pengalaman sahaja tak menjamin bahawa mereka itu lebih matang dan lebih bijak. Biasanya anak muda sekarang dibekalkan dengan ilmu, mungkin ilmu yang lebih berbanding orang yang lebih tua daripada mereka dan mereka juga kurang berpengalaman dalam hidup disebabkan umur yang masih muda, tetapi tak mustahil mereka akan lebih matang berbanding orang yang lebih dewasa dari setiap tindak tanduk seperti perbuatan, percakapan, sikap dan lain-lain. Hakikatnya, semua perkara ni bergantung kepada diri masing-masing. 


Orang kata " pengalaman itu merupakan guru yang terbaik" tapi kalau hanya berbekalkan pengalaman,   hidup kita tetap juga tak bermakna sekiranya kita tak ada ilmu. Gabungan antara ilmu dan pengalaman akan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam setiap tindak tanduknya. Jadi, tak semua orang muda itu " budak hingusan" semata dan tak semua orang yang dewasa itu bersikap matang dalam semua perkara. Boleh jadi mungkin mereka yang lebih muda itu lebih banyak ilmu dan pengalaman berbanding orang-orang yang lebih tua dari dirinya.


P/s : Kesimpulan yang dapat kita ambil..jangan mudah untuk memperlekehkan orang lain dan belajar untuk menghormati orang lain, tak kira lah sama ada mereka lebih muda atau lebih tua daripada kita kan. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula