بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Betul ke umur tu hanya angka je? Kadang-kadang orang menilai kita mengikut umur kita berapa kan? Tapi, bagi saya, umur tu tak dapat menilai diri kita yang sebenar. Umur itu hanya lah angka semata-mata. Kematangan diri seseorang tak dapat dinilai berdasarkan umur mereka. Ada juga sesetengah orang yang suka memandang rendah kepada mereka yang lebih muda daripadanya...orang tersebut beranggapan bahawa orang muda ni hanya lah budak hingusan dan tak tahu apa-apa. Saya rasa perspektif macam tu salah sama sekali..
Bagi saya kan, kalau kita nak menilai seseorang..mestilah berdasarkan ilmu yang mereka miliki dan tahap kematangan nya. Tak semestinya orang dewasa lebih matang berbanding budak belasan tahun. Selalu kita nampak tindakan orang dewasa kadang-kadang kurang matang, mereka umpama berada di jasad orang dewasa tetapi memiliki akal fikiran budak sekolah tadika. Kasar ke perkataan ni? Rasanya tak, sebab ni hakikat kehidupan.
Mungkin orang yang lebih tua, mereka memiliki lebih pengalaman, orang kata" mereka yang makan garam dulu". Tapi hanya berbekalkan pengalaman sahaja tak menjamin bahawa mereka itu lebih matang dan lebih bijak. Biasanya anak muda sekarang dibekalkan dengan ilmu, mungkin ilmu yang lebih berbanding orang yang lebih tua daripada mereka dan mereka juga kurang berpengalaman dalam hidup disebabkan umur yang masih muda, tetapi tak mustahil mereka akan lebih matang berbanding orang yang lebih dewasa dari setiap tindak tanduk seperti perbuatan, percakapan, sikap dan lain-lain. Hakikatnya, semua perkara ni bergantung kepada diri masing-masing.
Orang kata " pengalaman itu merupakan guru yang terbaik" tapi kalau hanya berbekalkan pengalaman, hidup kita tetap juga tak bermakna sekiranya kita tak ada ilmu. Gabungan antara ilmu dan pengalaman akan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam setiap tindak tanduknya. Jadi, tak semua orang muda itu " budak hingusan" semata dan tak semua orang yang dewasa itu bersikap matang dalam semua perkara. Boleh jadi mungkin mereka yang lebih muda itu lebih banyak ilmu dan pengalaman berbanding orang-orang yang lebih tua dari dirinya.
P/s : Kesimpulan yang dapat kita ambil..jangan mudah untuk memperlekehkan orang lain dan belajar untuk menghormati orang lain, tak kira lah sama ada mereka lebih muda atau lebih tua daripada kita kan.
والسلام
1 luahan hati:
pengalmn memainkan peranan :)
Post a Comment