Home » » Hidup baru

Hidup baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum


Esok..1 Ramadhan ! Ramadhan datang lagi. Semoga kita sampai kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah..hari demi hari, hidup semakin baik dan berubah sedikit demi sedikit. 




Dulu..seorang anak, kini bertambah menjadi seorang isteri.
Dulu..duduk dengan mak ayah, kini dengan suami.

Akan datang? Mungkin jadi seorang ibu pula. Hidup ibarat roda. Sentiasa berputar. Masa pula bukan berjalan laju meninggalkan kita. Tapi, masa "berlari" meninggalkan kita.

Dah hampir 9 hari habis praktikal di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Lepas nikah dua minggu dengan encik suami..terpaksa duduk berjauhan disebabkan jarak yang jauh. Kini, usia perkahwinan mencecah 5 bulan, barulah kami dapat duduk sama di mahligai impian kami.

Terima kasih encik suami..

Masih belum siap sepenuhnya..barang-barang pun beli sikit-sikit ^_^ tapi, bersyukur sebab dah ada rumah sendiri

Ramadhan pertama sebagai seorang isteri
Ramadhan pertama di rumah sendiri
Ramadhan pertama bersama dengan suami


Paling seronok, memasak sama-sama dengan encik suami. Nikmatnya hidup berumahtangga. Setiap apa yang kita lakukan, ada teman. Teman suka dan duka.



Setakat ni, masih belum ada rezeki lagi bergelar ibu. InsyaAllah, akan datang. Bila tiba masa dan ketikanya. 

Salam Ramadhan kareem buat semua !





 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

8 luahan hati:

Anonymous said...

selamat berpuasa kak. tahniah dah 5 bulan berkahwin ^_^

Kak iman said...

salam ramdhan kak..best2 semua ramadhan pertama

Cik Zeeyta said...

salam ramadhan :)

E'in said...

selamat berpuasa... dh lame xdtg sini, tibe2 tahu tuan blog dh kawen.. tahniah.. :)

aindzaya said...

selamat berpuasa, jom kita rebut bonus di bulan puasa :)

Tie HT said...

cantiknya rumah dia, moga hidup dalam keberkatan :)

Unknown said...

Alhamdulillah... keluarga bahagia..in shaa Allah

Unknown said...

alhamdulillah...bestnya baru kawen da ada mahligai sendiri:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula