Home » » Periksa

Periksa


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Sekarang ni bagi student ipt kebanyakannya exam..ipta, tak tau la pulak untuk ipts kan. Oke, waktu exam..ramai yang update entri exam. Saya pun nak jugak. Takde la lambat sangat rasanya walau pun dah dua paper berlalu. Tinggal lagi 5 paper. Next paper selasa depan..sebab tu la ada masa nak menaip sikit. hehe.

Study-study jugak..tanggungjawab lain jangan lupa. Kita bukan je sebagai seorang pelajar tapi dalam konteks yang lebih besar, kita juga sebagai seorang hamba. Solat jangan lupa, buat baik jangan lupa. Oke, ni semua orang tau. Bagus la..

Saje letak gambar ni besa-besa biar korang dapat baca tulisan tu ha ..

Peperiksaan boleh juga disama ertikan dengan ujian yang kita lalui dalam hidup. Untuk melihat sejauhmana tahap diri kita..bukan hanya cakap-cakap je, tapi perlu diuji terlebih dahulu. Baru tahu siapa gred A, B atau pun C.

Apa-apa pun..biarlah semuanya ikhlas keranaNya. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan oleh cikgu, pensyarah dan tutor dapat saya aplikasikan dalam hidup. Bukan hanya me"muntah"kannya dalam exam je. Bak kata cikgu saya waktu kat sekolah dulu.

Dalam exam, jangan meniru. Kena jujur dan amanah. Orang yang meniru, orang yang tak jujur dan tak amanah tambahan lagi orang yang tak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Nampak simple je kan..tapi, besar maknanya tu. Kalau dapat result ok pun, tak berkat sebab bukan hasil daripada diri sendiri. Oke..semua orang dah tau agaknya.



Oke..doakan yang terbaik buat saya ye. Tak guna dapat 4 flat dalam exam andai sikap dan perangai tak seindah 4.0 tu. Peribadi pun kena 4.0 jugak !! :)



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

2 luahan hati:

putryteya said...

semuga berjaya dalam peperikksaann :D

Isyraf Imrani said...

bittaufiq wannajah :)

faiza azamta fatawakkal ala Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula