Home » , » Tudung Labuh

Tudung Labuh


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Ramai yang berpandangan "sinis" kepada mereka yang bertudung labuh atau bertudung besar kan..ada yang kata kolot, ada yang kata tak cantik, ada yang kata out to date, macam orang tua, jadi ustazah la dan macam-macam lagi. Manusia memang suka bekata-kata walaupun tiada kaitan dengan dirinya. 

Namun, tudung labuh dan tudung besar saya rasa lebih sesuai dan memenuhi tuntutan syariat..berbanding fesyen-fesysn tudung yang ada di pasaran. Saya berniat nak pakai tudung labuh, mudah-mudahan suatu hari saya dapat isitqamah. Ameen ..





Ada orang kata.. "jangan nak bangga sangat dengan tudung labuh atau besar, tudung labuh/ besar..tak semestinya baik ! "

Jawapan saya :

Bertudung labuh bukan untuk mengatakan diri bahawa "aku lebih baik dari orang yang bertudung pendek" atau pun " aku lebih banyak ilmu dari orang lain". 

Kadang-kadang dengan tudung yang labuh & besar boleh menyebabkan diri kita "sedar" supaya tak terjebak denganperkara yang tidak baik dan dapat juga mengawal diri menjadi lebih baik disebabkan bertudung labuh atau besar.

Sama juga kisahnya seperti orang berkopiah..kadang-kadang bukan disebabkan diri lebih banyak ilmu atau diri lebih baik, tapi dengan kopiah atas kepala..dapat menyedarkan diri daripada buat perkara tak baik dan sekaligus dapat menjaga iman.

Pakai lah apa pun, yang penting menutup aurat. Yang pasti..setiap orang nak buat yang paling terbaik kan? :)


Manusia memang tak sempurna, manusia tak kan boleh jadi sempurna tapi manusia boleh jadi yang paling terbaik. Kalau boleh, akhlak itu secantik penampilan diri. 

Biasanya saya lihat mereka yang bertudung labuh ni ada pakej tau :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan 

Ni adalah kebiasaan..mungkin kalau korang nampak akhlak yang kurang baik, itu mungkin kes yang terpencil..bukan nak kata bertudung tak labuh atau tak besar itu yang sebaliknya, tapi sekarang saya cuma nak cerita tentang si pemakai tudung labuh je ~


P/s : Sentiasa nak buat yang terbaik ..insyaAllah 

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

10 luahan hati:

roji said...

assalamualaikum..
walaupon sy x bertudung labuh, sy suke tengok org yg pakai tudung labuh, nampak sgt tenang ^__^
tengok budak2 sekolah agama pakai tudung labuh, nampak sgt comel..
x nampak kat mne yg org kte x berfesyen tu..

Qira said...

assalamualaikum.
saya setuju! :) sy juga berniat nk pakai tudung labuh. dan saya harap saya istiqamah sbb pengalaman hidup menemukan saya dgn individu2 pakai buang; kejap tudung labuh, kejap tudung biasa. memang betul, asalkn menutup aurat tapi mungkin dsebabkan stigma masyarakat yg berpndapat seorang wanita yg memakai tudung labuh adalah wanita yg disanjung mbuatkan saya takut sekiranya saya hanya hangat-hangat tahi ayam :(
jom kita sama-sama tarbiah diri! :) seronok sebenarnya tengok org pakai tudung labuh ni. sejuk je hati nengok. hehe

#salam perkenalan :)

JumpZeera said...

peduli apa kata orang.
setidak-tidaknya kita berusaha mencari 'baik' tu :)

semoga Allah meredhai usaha kecil ini.
kerana dari yang kecil ni mungkin membawa perubahan yang besar dari sisi pandangNya, insyaAllah.. ^^

nabila azmi said...

awk2..suke entry yg ni...sy pun teringin nak pakai tudung labuh....

tpi tkut xdpt nk istiqamah lagi....

=)insyaallh..one day nnti=)

Salina Mat Isa said...

mmg susah nk istiqamah pakai tudung labuh..

'ArifahBazilah' said...

saya suka sgt2 kak . . akk telah bg semangat ntk terus bertudung labuh . . .

Cikgu Nani said...

assalamualaikum wbt.
salam ukhwah...sy ske sgt entry nie.
sy bru beberapa pakai tdg labuh...alhamdulillah, rse selesa sgt2...moga2 sy dpt istiqamah memakainya...
mmg btul, kdg2 sy jgk rse rendah diri dgn wanita yg memakai tdg labuh n beraliran agama, sdgkan sy hanya perempuan biasa yg bkn beraliran agama...
kdg2 sy rse tidak layak utk bertudung labuh....

Isyraf Imrani said...

tudung labuh itu wajib! telah termaktub dalam Quran.

Syazwani Khirizan said...

Em, saya berharap suatu hari nanti saya akan bertudung labuh. Insyaallah. Saya suka sangat dengan blog akak! Post yang sangat menenangkan hati :)

zazzy said...

i used to wear tudung labuh/besar dekat sekolah. Kemudian bila di universiti, pakai tudung biasa.9 tahun selepas meninggalkan sekolah, saya berumahtangga. Husband bukan ustaz tapi alhamdulillah, dia menjaga saya. Tak pernah memaksa tapi dalam kata kata dia menggalakkan saya memakai tudung besar dan stoking.

Mula-mulanya, saya reject dengan alasan tidak yakin akan dapat beristiqamah. Tetapi pada satu hari, Allah datangkn ilham. Istiqamah itu adalah datang dari diri. Siapa kita utk menilai kemampuan diri kita. Yakin, benda yg baik ini, Allah akan bantu. Was was kan datang dari syaitan.. Agama dan hidayah perlu didekati dan dicari bukan dinanti.

Saya singkirkan tudung2 singkat dan penuhkan rak dengan tudung2 labuh. Ganti high heels dengan kasut bertutup penuh. Alhamdulillah, setakat ini masih mampu beristiqamah. Moga Allah pelihara saya dan saudari saudari semua dari bisikan syaitan dan fitnah.

Dont wait until tomorrow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula