بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Kenapa aku sering diuji ??
Dalam hidup ni, banyak sangat ujian yang mendatang..kadang kala tak putus-putus, pernah tak tercetus soalan ni dalam kepala masing-masing? Kenapa aku sering diuji ?
Adakah kerana itu adalah sebagai balasan dosa yang kita lakukan atau itu sekadar satu ujian untuk menguji kekuatan diri kita ? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Hanya kita yang tahu jawapannya..
Ujian datang adalah untuk menyedarkan diri yang terleka, ujian juga datang adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya, ujian juga datang adalah untuk membalas dosa dan kesilapan kita di dunia.
Baik tak ujian ni ?
Bila dilihat dari satu sudut, ujian ini adalah satu masalah dan kesusahan. Tapi bila dilihat dari satu sudut, ujian ini yang menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya. Ia seolah-olah "menyedar"kan kita sebelum kita hanyut di bawa arus dunia, ia seolah-olah nak "ketuk" pintu hati kita supaya jangan jauh daripada yang Maha Esa sebab kebiasaan manusia bila susah baru nak cari Tuhan..kan ?
Tapi..
kenapa hanya aku sahaja yang selalu diuji ? bukan dia..ataupun dia ?
Ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita, hanya kita yang terpilih untuk diuji? Untung kan? Sedangkan orang lain Allah tidak hiraukan..kita beruntungkan ? Allah nak kita selalu dekat denganNya.
Contoh :
Belajar di sekolah dah 6 tahun, bolehkan kita katakan dia seorang yang pandai ?
Tak..
Selagi tidak terbukti, no reason kita labelkan dia seorang yang pandai walaupun dah belajar lama di sekolah.
Maka, sebab itu lah wujudnya UPSR untuk menguji siapa yang pandai dan siapa yang sebaliknya.
Ujian itu dapat mengenalpasti status seseorang sama ada dia dapat kuasai isi pembelajaran atau tidak.
Macam tu juga dalam kehidupan..tidaklah dia dikatakan sebagai seorang yang beriman selagi tidak diuji. Kalau dalam keadaan biasa, semua orang boleh mengaku dia orang yang beriman kepada Allah, tapi bila datangnya ujian..baru tahu siapa yang sebenarnya beriman atau tidak.
Ujian itu satu perkara yang positif..set minda supaya lihat sesuatu perkara itu ada hikmahnya.
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..
P/s : Dalam kehidupan, jika hidup ini tiada masalah..tidaklah mencabar dan rasa hambar. Masalah ni best jugak kan? Saya belajar dalam subjek Keusahawanan, minda orang usahawan ni..mereka pandang bahawa masalah ini adalah satu peluang. Tak kira la apa pun, yang penting, masalah yang datang telah mengajar diri kita menjadi lebih kuat dan hebat ;)
والسلام
8 luahan hati:
hidup x mencabar kalau x de ujian kan?cuma kite manusia kdg2 rasa diri x kuat nak hadapi tp ALLAH menguji mengikut kemampuan hambanya
sangat setuju..beruntunglah org yg diuji kerana tepilih Allah utk diuji bg mendekatkan diri kepada Nya..
Ujian memantapkan iman, menguatkan daya ketahanan, menambahkan kematangan, memberi pengajaran. :)
suke entry ni..muhasabah diri..
Alhamdulillah, Allah menguji krn sayangkan hambaNYA trmasuk kita=): Couple Lepas Kahwin Baru Syok!
: Entry Terbaru : Geng Jubah
assalamualaikum,, trima kasih krna mngingatkn dri ini.. :)
Allah uji sbb Dia sygkn kita..
ujian tu penting kan...tnda Allah syg kite=)
Post a Comment