Home » » Layan Macam Pelacur

Layan Macam Pelacur


بسم الله الرحمن الرحيم

Pelacur, Layar Macam Pelacur, Dr. Rohaya Mohamed, Pelacur Murahan, Pelacur Jalanan
Dr Rohaya Mohamed

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. 

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 



Apa pendapat kawan-kawan lepas baca berita ni?? Suka? Marah? Setuju? Tak setuju? Kurang setuju?
Tak rasa apa-apa?

First time saya baca artikel ni, saya rasa bercampur baur, macam-macam. Saya tau niat dr. ni baik, tapi kenapa mesti nak sama kan isteri dan pelacur. Banyak lagi perumpamaan yang lebih baik, isteri Rasulullah kan ada. Apa yang dia maksudkan, saya faham. Tapi perkataan atau perumpamaan yang dia gunakan itu kurang tepat. Pelacur kelas pertama? Apa tu? Hmmm..pelik2. Isteri tak perlu dipersalahkan kalau lelaki cari pelacur murahan, suami tu sendiri yang salah. 

Berkahwin bukan semata-mata nak kan SEKS sahaja. Saya tau, saya kurang mahir nak bercakap tentang perkara ni. Mungkin dia sebagai seorang dr. lebih mahir. Tapi, dalam artikel ni, seolah-olah isteri menjadi hamba suami..pelayan seks. Apa pulak tanggungjawab suami kepada isteri? Isteri bukan boneka, isteri juga ada hak dan kekurangan. Suami juga begitu, isteri tak boleh dipersalahkan 100% kalau lelaki tersebut carik perempuan lain. 

Saya copy kata-kata ustazah Noraslina Jusin, isteri kepada Ustaz Zaharuddin.

"Saya faham maksud yang ingin disampaikan, namun mengatasnamakan 'pelacur kelas atasan' sebagai saranan kepada kaum isteri agar beraksi hebat di ranjang bukanlah sesuatu yang wajar. 

Seorg isteri yang beriman pasti TAAT menjalankan peranannya itu dilimpahi kasih dan cinta selama ia masih di dalam sempadan syari'at, BUKAN KERANA WANG/HARTA. Lagi pula, tanggungjawab seorang isteri juga berencam bentuknya. Faham memahami dan bertolak ansur, itu resepi utama. Isteri cergas utk meneruskan 'tugasan malam'nya, suami pula...pasti tersenyum puas gembira!



Seorang lelaki/suami yang soleh, TIDAK sesekali menjadikan 'kekurangan isteri' di ranjang sebagai alasan melanggan 'perempuan murahan', sebaliknya dia menghulurkan tangan membantu isteri tercinta menambah ilmu dan pengalaman. Susah senang bersama, itulah pasangan yang bahagia.


Akhirnya, saya yakin, muslimah bertaqwa tidak perlu mencontohi pelacur untuk menjadi isteri yang hebat. Layanan kelas pertama? SAYYIDATINA KHADIJAH itulah contoh TERBAIK DAN PALING MULIA!


Ya ALLAH, jadikanlah diri ini, seorang isteri yang menjadi qurratu 'ayyun kepada suami yang dikasihi, ameen Ya Rabbal 'alameen :))"


P/s : Kawan-kawan pula macam mana?

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

12 luahan hati:

Jo Qusary said...

Statement yg sgt tersasar jauh drpd nasihat yg patut diberi kpd isteri taat... patut diberi kpd pelacur saja... berkahwin bukan utktujuan seks semata2... ianya adalah kesediaan utk memikul tanggungjawab mendirikan institusi kekeluargaan Islam yg bakal melahirkan generasi Muslim seterusnya... perkahwinan adalah satu misi mubaligh...

Alya Esprézzo said...

nie ekarastory dulu eyh? hoho..tuka link ta gtau, puas alya carik ! T_T

Alya Esprézzo said...

oke, btw alya pun dah tuka linkk..
www.alyaesprezzo.com

Salhah Suhot said...

ehem.x setuju menyamakan isteri dengan pelacur.isteri bukan hamba seks lelaki. isteri adalah kawan,kekasih dan ibu kepada anak2 suami. betul banyak juga rumah tangga yang hancur sebab kehendak batin yang tak dapat dipuaskan, tapi masalah macam ni bukan hanya masalah kaum isteri sahaja, kaum lelaki pun sama. menyamakan isteri dengan pelacur(perempuan penzina) sudah merendahkan martabat wanita yang Allah sudah angkat tinggi dalam Islam. Dr tu sepatutnya menggunakan ayat2 yang lebih baik, dan berhemah sesuai dengan status yang disandangnya, kan? siapa setuju? like!

Kembang Perawan 3288 said...

uh x setuju. aku rasa dia dh byk sgt kot wat kajian negara ni. punca keretakkan rumah tgga. dia nk tekankan sgt kot..atau dh byk kali bagi nsihat kt org2... tp rmi x ikut... huhu..aku x setuju dia ckap samakan isteri ngn pelacur..

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum, sy sgt2 suka blog Atikah ^^,makin t'sgt cantik^^, sy jadikan blog cik atikah sbgai inspirasi sy..tp,tak tiru ya..hihi

mana shoutmix atikah ya?huhu

ain revival said...

bijak sangat la kot sampai leyh samakan isteri denagn pelacur..hampeh betol laa~

bee2312 said...

mmg tak akan join la kelab ni...dh la salah tafsir tugas seorang isteri...ingat isteri ni hamba or orang gaji agaknya...
taat perintah suami tu betul, tp tugas masak, kemas rumah bukan nya boleh bg seratus peratus kat bini..
lainla kalu si isteri tu suri rumah...suri rumah pun tau penat..
zaman skang ramai yg bekerja...
bab seksual lelaki, tak semua bernafsu besar..
suami yg byk berpegang pada agama, akan menjadikan perkahwinan bukanla satu tempat melampiaskan nafsu. mgkn tujuan penubuhan kelab ini niatnya bagus, mengajar isteri taat. tp ayat tu biarla boleh diterima semua golongan.

Faris Kokoro said...

1) samada BH buat2 ayt cm gitu
2) mmg keluar dr mulut dy


ape2pon..mmg xptot gune perkataan tuh pon

~.~

Erra Kyra said...

Saya setuju...

(haha) maaf guwe wawu bikin hangat kan lagi je nih...^^

saya faham ...xbermaksud suruh jadi pelajur sebijik2 sama...nama pun (seperti) hanya kiasan...nak suruh kaum isteri melayan suami sebaik2 nya..

mana ada istilah lain lagi ..xkan nak kasi perumpamaan seperti orang gaji melayan suami?kawan pompuan layan suami..?kalo ada mungkin dah ganti kan kot kiasan tuu..

ikutkan sekrang sosial dah makin parah..perceraian makin meningkat..(sedangkan cerai disisi Allah paling dibenci n terkutuk)

thats why inisiatif ada kelab ni..

karimi said...

bile terbaca statement xbermoral 2, reaksi saya sama seperti atikah, sy xsetuju dgn istilah yg menyamakan isteri dgn pelacur... pada sy isteri xpatut digelar begitu kerana isteri terlalu tinggi martabatnya... namun, tidak menyalahkan dr yg berkata...mungkin dr 2 terlebih emosi ketika ditemubual...tp memang tidak sepatutnye seorang isteri disamakan dgn pelacur, kerna pada sy, isteri patut dimuliakan... semoga dr 2 sedar tntg kenyataan nya...

Nurdiyana Mohd Rohaizad... said...

Assalamualaikum. sekadar meluahkan pendapat. Tidak sepatutnya tugas Isteri disamakan dengan pelacur. Ini kerana, wanita & Isteri mempunyai martabat yg tingi dlm Islam. Bnyk lagi sebab2 & faktor yg mnyebabkan penceraian. kalau ia pun itu salah satu drpd faktornya, tidak perlulah tugas tersebut disamakan dgn tugas pelacur kelas pertama. Lelaki juga perlu ingat, wanita iaitu Isteri bukanlah tempat untuk mereka melampiaskan nafsu. Banyak lagi tokoh - tokoh wanita Islam yg boleh dijadikan contoh seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dll. Bukankah lebih elok, lebih baik sekiranya beliau memberi kenyataan yg menyeru para isteri mencontohi Saidatina Khadijah untk menjadi isteri yg solehah serta taat kpd Allah & suaminya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula