Home » » Keperluan Mengetahui Ajaran Agama Lain

Keperluan Mengetahui Ajaran Agama Lain


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Apa perlunya untuk tahu tentang agama lain? Bukan ke untuk jadi seorang Muslim yang baik, perlu dalami sahaja ilmu agama Islam? 

Rasanya tak salah saya letak gambar ni kan . Islam satu-satunya agama yang benar dan diterima oleh Allah..tolak fahaman Pluralisme.

Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak pernah telintas pun untuk mempelajari fahaman atau ajaran agama-agama lain yang ada di dunia ni. Tak perlu pergi terlalu jauh rasanya, di Malaysia je pun dah cukup..terlalu banyak. Di samping melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Islam, kita juga disarankan untuk mempelajari, memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang ajaran agama lain. Apa pula tujuan nak belajar tentang ni? Bukan ke banyak lagi ilmu dalam Islam yang kita tak tahu..?

Pendapat saya, memang betul..di samping mendalami ilmu-ilmu Islam, kita juga perlu tahu tentang ajaran agama lain. Tak semestinya tahu mendalam pun tak apa, yang penting ada asas. Jadi, ia akan memudahkan kita untuk memahami non muslim..dan seterusnya memudahkan kita untuk mendekati dan menyampaikan dakwah kepadanya. Kita juga akan memahami psikologi dia.

Sebagai contoh, kalau kita nak mendekati seseorang..kita perlu tahu serba sedikit tentang diri dia kan. Tak kan tiba-tiba dekati dia tanpa tahu sedikit latar belakang dia, mesti lah akan jadi agak kurang mesra. Lagi-lagi kalau niat kita untuk mendekatinya dan berdakwah..sekurang-kurangnya kita tahu apa pegangan dia dan boleh tahu cara yang paling sesuai untuk sampaikan Islam kepadanya. 

Mungkin selama ni ramai yang bergaul dan berkawan dengan non muslim dan ada juga yang berkawan rapat dengan mereka, tapi pernah tak kita buka topik berbincang tentang agama? Mesti ada rasa ragu-ragu, takut dan sebagainya kan. Akhirnya, kita hanya berkawan seperti biasa dan perkara ni terus berlalu sampai bila-bila. Rasa-rasanya kan, salah tak kita sebab menyembunyikan kebenaran? Kita dah tahu Islam itu benar, tapi kita simpan..jom fikir!!


Itu la kepentingan untuk kita tahu tentang agama lain..tahu apa yang nak disampaikan, boleh susun strategi untuk berdakwah dan ada keyakinan untuk berbincang tentang agama dengan mereka. Yang penting dengan cara yang berhikmah..


P/s : Dulu saya tak terfikir tentang semua ni, tapi sekarang baru lah saya rasa tanggugjawab kita kepada non Muslim adalah sangat besar. Tugas kita untuk menyampaikan kebenaran. Kalau bukan kita, siapa lagi? (Lebih sesuai gunakan saya..kalau bukan SAYA? siapa lagi? baru ada rasa tanggungjawab individu kat situ ;)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

9 luahan hati:

AmyZana said...

selalu jgk terfikir nak berdakwah dgn dorang nih tapi masalahnya tak tahu nak gune cara mcm mne :/

Aien Not Alien said...

setuju dengan kamu...kalau bukan "saya" siapa lagi...

Khai_Sol said...

Setuju=)

Anonymous said...

Nak tanya.. yang simbol bunga 4 kelopak tu (baris paling bawah, dua dari kanan), itu simbol agama apa ya? o_0

Atika Aula said...

@AmyZana
cari persamaan dulu antara agama mereka dgn kita :)kemudian baru bincang perbezaan ~

Atika Aula said...

@Aien Not Alien
tenkiu ~

Atika Aula said...

@NauRah aLwaNi
hmmm..saya pun tak tau. sori ye :)

Atika Aula said...

@Gadis mutiara
:)

Syazwani Khirizan said...

Sekarang nih spesies macam ni hampir pupus. Even kalau saya nak tau ttg agama lain, ada segelintir kawan yang anggap kita ni macam nak masuk agama tu. Aduhai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula