بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Akhirnya update jugak blog ni..dalam masa tak update tu, banyak sangat perkara yang berlaku. Semua tu jadi pengajaran dan tambah pengalaman dalam hidup..pengalaman yang tak dapat dijual beli dengan duit. Rasanya setiap detik dan saat yang berlalu sangat-sangat berharga. Semoga setiap ilmu yang saya belajar, saya dapat aplikasikan dalam kehidupan kelak.
Kadang-kadang terfikir juga..selama 22 tahun hidup dekat dunia ni, apa yang saya dah buat untuk Islam? Dari kecik sampai la sekarang..saya belajar je, tapi apa yang saya dah lakukan untuk Islam? nama je penganut agama Islam..tapi apa pengorbanan saya untuk agama yang suci ni? Lepas habis belajar..insyaAllah dapat kerja jadi guru. Masuk pukul 7 balik pukul 2, lebih kurang la kan..lepas tu, duduk-duduk dekat rumah, pergi jalan-jalan dan berterusan sampai akhir hayat.
Agak-agak dengan apa yang kita buat tu..mampu ke kita dapat syurga Allah kat akhirat nanti? Para sahabat nabi sanggup berkorban apa saja untuk Islam..harta, masa mahu pun nyawa untuk tegakkan Islam. Nabi kita sendiri pun masih lagi solat malam hingga bengkak kaki untuk menunjukkan tanda syukur kepada Allah walaupun baginda telah dijamin syurga. Kita pula, apa yang kita buat? Solat 5 waktu, puasa 30 hari, zakat, haji dekat Mekah tiap-tiap tahun (dah jadi trend sekarang ni), sedekah anak yatim. Agak-agak dengan apa yang kita buat tu dapat MENJAMIN kita masuk ke syurga Allah ke?
Mungkin juga amalan kita dicemari dengan sikap riyak, 'ujub, takabbur, dan lain-lain. Ntah-ntah amalan kita langsung tak bernilai di sisi Allah..kita tak tau. Barangkali di pandang tinggi di sisi manusia, tapi di sisi Allah..tak ada nilai langsung di sebabkan sifat mazmumah yang kita ada waktu buat kebajikan. Pernah tak terfikir pasal ni? Kalau jadi guru..jangan la jadi guru 7 hingga 2 je. Skop dakwah kita sangat luas, kita perlu bermasyarakat..perlu bergaul dengan manusia lain.
Bila nak buat kebaikan..jangan pernah rasa cukup dan puas sebab amalan kebaikan tersebut kita takut-takut dicemari dengan perkara yang tak baik dan kemungkinan juga tidak diterima. Apa yang perlu kita buat ialah sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan..tanpa mengharapkan balasan melainkan daripada Allah s.w.t..
P/s : Dengan rahmat dan kasih sayang Nya jualah kita dapat menikmati syurga Allah..kita hamba yang hina ~
والسلام
8 luahan hati:
hmm betul2 :')
timbul keinsafan dlm dri ni .
betul2, thanx for info..Smoga kita dapat berlumba-lumba melakukan kebaikan.. :)
SINGGAH & KOMEN : Ciri-Ciri Lelaki Bajet Handsome
Terima kasih di atas artikel berguna ini! :)
nice sharing..syukran.^_^
“Sesungguhnya seorang hamba benar-benar telah beramal dengan amalan ahli neraka padahal sesungguhnya ia termasuk ahli surga, dan beramal dengan amalan ahli surga padahal ia termasuk ahli neraka. Dan sesungguhnya amal-amal itu tergantung pada penutupannya.” (HR. Al- Bukhari dari Sahl bin Muadz)
wallahua'lam
sentap.. muhasabah diri..
Hm, kita ni hambaNya yang penuh dengan dosa. Kelemahan diri perlu diperbaiki bukan diratapi. Rasa insaf perlu wujud dalam diri. Amin. :)
jdi guru pegi pkul 7 blik pkul 2? mgkin blik lg lewat... jarang je blk pkul 2... bkan sekadar seorng guru, jdila seorang murabbi
Post a Comment