Home » » Pernah dengar tentang Fadhilat-fadhilat tarawih? Jom baca kebenarannya.

Pernah dengar tentang Fadhilat-fadhilat tarawih? Jom baca kebenarannya.


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Kawan-kawan pernah baca atau terdengar tentang fadhilat-fadhilat tarawih mengikut malam tak? Mesti pernah kan..sebab perkara ni dah tersebar luas, setiap kali datang bulan Ramadhan, mesti akan ada pihak yang menyebarkannya. Sebenarnya perkara tersebut tak dapat ditentukan kesahihannya dan dikatakan bahawa ia merupakan hadith maudu' (palsu). Sumber

Hadith, Hadith Palsu, Kelebihan Terawih, Fadhilat Terawih, Hadith Sahih, Hadith Hassan

Kalau kita belajar tentang hadith, kita akan dapati pelbagai jenis hadith..namun, hadith yang perlu kita jadikan pegangan ialah hadith sohih dan hasan sahaja. Hadith maudu'' atau pun hadith palsu sama sekali kita tak boleh jadikan pegangan mahu pun hujah. Ada juga yang berpendapat bahawa hadith palsu sama sekali tak boleh dilabelkan sebagai hadith kerana pengertian hadith ialah setiap ucapan dan perbuatan yang bersandarkan kepada baginda Rasulullah s.a.w . Oleh itu, hadith palsu sama sekali bukan yang dituturkan oleh baginda ataupun perkara yang didasarkan kepada baginda s.a.w. Justeru, tak layak untuk kita menggelarkannya sebagai hadith.

Untuk mengetahui hadith tersebut merupakan hadith yang sohih..ia akan diriwayatkan oleh Sunan Sittah (Sohih Buhari, Sohih Muslim, Sunan Nasa'i, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmizi dan Sunan Ibn Majah). Seelok-eloknya beli buku tentang hadith yang diiktiraf yang dijual dipasaran. Contohnya buku macam yang saya beli ni :

Hadith, Hadith Sahih, Hadith 40, Buku Hadith, Buku Hadith Sahih, Hadith Ustaz Zahazan

Untuk baca tentang jenis-jenis hadith, klik sini >TEKAN<


P/s : Kadang-kadang kita cakap bahawa kita hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah ( hadith ), tapi kadang-kadang juga ada sesetengah manusia yang langsung tak mengenal sunnah nabi. Lebih kurang macam cakap tak serupa bikin la kan. Kalau betul kita cintakan Nabi Muhammad s.a.w..kita kena belajar dan amalkan apa yang baginda ajarkan. Semoga di akhirat kelak kita mendapat syafaat daripada baginda. Amin.


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

5 luahan hati:

Sya said...

gud info ;D thnks tau ;)sye kene lebih berhati2 lps ni

kerisperak said...

sy pun masih tercari2 buku yg mengandungi hadith sahih. Nak compare kan dengan hadith2 yg terdapt di internet yg sy tak yakin ianya sahih ataupun palsu..

Unknown said...

eh..jadi yang fadhilat solat terawih mengikut malam tu dari sumber tak sahih??biar betul???

Nazihah@Jiha said...

ya,kena hati2..pernah trkena baru2 ni =_=' sahabat tegur..

terima kasih utk info ni atikah,atikah beli buku hadis40 tu berapa RM?

Nazihah@Jiha said...

ya,kena hati2..pernah trkena baru2 ni =_=' sahabat tegur..

terima kasih utk info ni atikah,atikah beli buku hadis40 tu berapa RM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula