بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Kenapa tiba-tiba je saya ajak jaga tepi kain orang lain eh? Mesti ada yang akan cakap.."nak buat ape aku jaga tepi kain orang, jaga diri sendiri je la. Hidup dia, dia punya pasal..hidup aku..aku punya pasal. Kubur kan lain-lain." Lebih kurang camtu la agaknya kan atau pun ada respon yang lain..bila cakap je pasal jaga tepi kain orang, mesti akan fikir yang negatif kan. Cuba kita fikir yang positif, dalam erti kata lain ialah peduli dan ambil berat tentang orang lain. Sebab apa kita fikir negatif, sebab kita dah set dalam minda..tak perlu jaga tepi kain orang lain, tak perlu sibuk-sibuk hal orang lain kan.
Dalam sedar tak sedar rupanya kita dah mengenepikan konsep dakwah yang disuruh oleh Islam, asas untuk berdakwah ialah sikap kepedulian yang wujud dalam diri seseorang. Jaga tepi kain orang yang saya maksudkan ialah kita ambil tahu hal orang lain dan cuba untuk membantu mereka keluar daripada kesesatan ataupun kemungkaran, bukan nya jaga tepi kain orang yang biasa kita maksudkan iaitu ambil tahu hal orang lain dan sebarkan kepada semua tentang keaiban dirinya..macam mami jarum tu la.
Urusan dakwah ni bukan urusan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pak haji, tok iman je..bahkan setiap individu muslim ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk berdakwah iaitu amar ma'ruf nahi mungkar. Tak ada istilah pengecualian..jika dah bergelar muslim, maka tanggungjawab itu turut perlu kita terima. Seperti mana yang saya tulis dulu, menuntut ilmu itu satu keperluan. Oleh itu, tak dapat tidak untuk kita lari daripada amanah ini.
Wasiat Luqman kepada anaknya :
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan-urusan yang diwajibkan."
(Surah Luqman 31:17)
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan-urusan yang diwajibkan."
(Surah Luqman 31:17)
- Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita dengan Allah iaitu solat
- Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita sesama manusia iaitu amar ma'ruf nahi mungkar
- Dalam ayat ini juga bukan sahaja menyebut tentang suruhan berdakwah, tetapi realiti dakwah itu sendiri iaitu " ...dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu."
Dakwah itu sasarannya manusia. Halangannya ialah nafsu dan syaitan. Dakwah itu suatu tugas. Upahnya ialah ujian yang mendatang. Dakwah bukan jalan yang senang, pendakwah pasti teruji.
والسلام
2 luahan hati:
assalamualaikum, sy setuju. bahkan keadaan ni same la juga dengan tegur-menegur.. kadang2 org salah faham dengan konsp sibuk jaga tepi kain orang atau konsep tegur menegur.. contoh situasi A, kite nmpk si polan wat salah, bukan ke tnggungjawab kite utk tegur si polan. nk memastikan si polan tak leka dalam kesalahan yg dilakukan.. bukanlah sibuk jaga tepi kain orang, tp ini mengamalkan seperti apa yang telah ditetapkan dalam islam, tegur menegur antara satu sama lain demi mengelakkan umat itu terleka dan hanyut dalam kesalahan yang mereka lakukan. salam. kalau salah sile betulkan. sekian.
-ChaY-
Melangkah itu mudah, namun mencari arh itu terkadang payah, mencari jalan itu mudah namun memahami destinasi itu susah, menyusuri susur itu mudah namun menuju noktah itu pasti mendatngkan lelah, dan dalam semua ini menjadi ISTIQOMAH itu paling susah, namun DIA amat faham, bagi hambaNya DIA tidak meminta hambaNya menjdi yg terbaik, hanya perlu melakukan yang terbaik!
Meletkkan sndaran dan kyakinan penuh kpdNya lants nescaya DIA akan
menguruskn yang selebihnya agr yang trbaik itu mnjdi milik kita..=)
Moga trus berjiwa daie..
Syukran sudi follow blog sy tak sberapa tu..
Asif jiddan wa syukran kathir ala kulli hal..
Post a Comment