Home » » Cara-cara untuk mengelakkan ANONYMOUS komen di blog

Cara-cara untuk mengelakkan ANONYMOUS komen di blog


بسم الله الرحمن الرحيم


Anonymous, Siapa Anonymous, Anonymous, Anon


Assalamualaikum

Tengok tajuk pun dah tau kan saya nak cerita pasal apa dalam entri ni...ramai blogger yang tak suka dekat ANONYMOUS atau lebih dikenali sebagai ANON sebab mereka ni selalu beri komen yang mungkin kurang sedap dibaca contohnya marah-marah, menghina dan sebagainya. Tapi tak semua Anon macam tu..dan selalunya akan wujudnya anon ni dan mereka akan beri komen yang "pedas-pedas" di blog personal/peribadi..iaitu blog mereka yang lebih gemar untuk bercerita tentang kehidupan, letak gambar banyak-banyak dan sebagainya. Mungkin mereka kurang gemar baca atau lihat atau ada sebab yang tersendiri. Blogger juga kebanyakannya tak suka Anon ni sebab mereka akan beri komen yang agak menyakitkan hati tapi tak tunjukkan siapa sebenarnya diri mereka..jadi, tak tau la siapa sebenarnya yang komen sebab takda backlink. Ada juga yang menganggap diorang ni pengecut dan sebagainya. Bagus juga Anon ni menegur..cuma pendekatan mereka salah sebab mereka menegur dengan cara memaki, marah dan lain-lain. Mesti la tuan blog tu akan lebih sakit hati kan...

Sekarang ni saya nak ajar cara-cara untuk mengelakkan Anon komen di blog kawan-kawan, mungkin ada sesetengah blogger dah tau..takpe la..saya saja nak share, mungkin ada lagi yang belum tau kan. Jom baca..

1. Ubah setting di bahagian komen (siapa yang boleh komen)

Kalau nak ubah, klik pada settings dan seterusnya comment. Jangan klik pada anyone..tapi klik pada registered users..semua yang komen akan ada backlink.
Cara mengelakkan Anonymous Komen di Blog

2. Ubah setting di bahagian komen ( comment moderation)


Ok, kali ni di bahagian yang sama..cuma tengok di bahagian bawah sekali. Akan ada macam ni..ubah jadi always ye..

Cara mengelakkan Anonymous Komen di Blog

Bila dah ubah setting macam ni..dan bila orang komen, tak terus save..tapi akan keluar macam ni ye

Cara mengelakkan Anonymous Komen di Blog
Kawan-kawan akan nampak komen tu bila buka dashboard atau bahagian comment

Cara mengelakkan Anonymous Komen di Blog
Cara mengelakkan Anonymous Komen di Blog
Bila ubah setting macam ni..kawan-kawan sorang je yang boleh baca komen tu sebelum publish, sama ada nak publish, mark as a spam atau delete..tu je. Kalau nak gabungkan yang atas dan bawah ni pun ok juga..

3. Buat private blog

Yang ni lagi mudah..takde sesiapa pun yang boleh bagi komen sebab owner blog je yang boleh baca apa yang ada dalam blog tu. Anon pun tak dapat nak komen..kalau blog kawan-kawan tu terlalu peribadi, mungkin boleh buat private..owner blog or orang tertentu je boleh baca. Boleh ubah setting..semua tu terpulang la.



Tak semua orang akan beri pendapat yang sama dengan kita..kita juga yang nak sangat orang bagi komen kan, tapi bila dapat komen yang agak " pedas" kita pula yang marah. Macam-macam..kadang -kadang bila fikirkan balik..jadi pelik la.hehe. Orang lain ada hak untuk komen sebab kawan-kawan juga yang suruh komen kan...hehe. Ye lah..kat dunia ni ada berbagai ragam manusia..kita sendiri pun tergolong dalam tu. Jadi, jangan mudah melatah ye. Apa apa pun..keputusan di tangan masing-masing..ramai yang akan tolong tunjukkan jalan, tapi kita sendiri yang akan buat keputusan. 


Sekian


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

4 luahan hati:

ain said...

sgt stju psl anon tu. b4 this ain mmg uat setting anon pon leh komen tp lepas 5 6 kali ade anon nk cari gado, ain trs tuka setting. tp sggp lagi tuh die uat acc tp gune name org laen patu dok kutuk2.. knn kwn lame kite la.. gile punye org. tah nape die xpuas ati ngn ain. ade mslh otk anon2 ni. baekla tuka dr saket ati. hehe.

Nurhani said...

tq Atika Aula... memang tertanya2 mcm mana nak wat...

EiZaRaZiErYa said...

uahahaha...suke yg no3 tu~ kuang3..wink>_<

'Aisya Salim said...

SYUKRAN kak Atika Aula :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula