بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Hasil daripada pembacaan saya dalam sebuah buku, maka sy rasa eloklah jika saya berkongsi sedikit apa yg sy baca di blog ini. Fitrah bermaksud semulajadi. Oleh itu, menutup aurat sama ada lelaki dan wanita itu adalah satu perkara yang semulajadi. Ia juga menjadi kayu ukur keimanan, pembeza antara hamba yang taat dengan insan yang derhaka. Namun tidak kurang juga yang menyangkal dan membangkang, membawa hujah bahawa keimanan letaknya dalam dada, bukan pada penampilan luaran yang boleh dinilai oleh mata.
Bagi mereka yang berpegang teguh kepada hak asasi manusia dan kebebasan membuat pilihan, ketetapan menutup aurat sebagaimana yg dikehendaki oleh Islam, khususnya dalam kalangan wanita ditakrifkan sebagai satu bentuk diskriminasi yang harus ditentang habis-habisan. Kelompok yang mendabik dada, menjulang diri mereka kononnya sebagai "pejuang hak asasi wanita" ini menyeru agar wanita Islam untuk membuang hijab dan mendedahkan aurat sebagai satu langkah berani, lambang pembebasan diri daripada cengkaman penindasan golongan lelaki selama ini.
Apabila seorang wanita itu menutup aurat dengan betul, maka dirinya akan rasa selamat, terpelihara, dan merdeka apabila berhijab, satu suasana dan perasaan yang tidak hadir sebelum itu. Perkara ini membawa satu kesimpulan bahawa menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam ini adalah satu keperluan fitrah yang wajar dipatuhi demi menyuburkan satu persekitaran interaksi yang harmoni, saling menghormati, selamat dan sihat. Apabila sebelah pihak serius memelihara dan menjaga aurat serta tingkah lakunya, mahu tidak mahu, pihak yang satu lagi (golongan lelaki) akan terdorong menunjukkan sikap yang lebih menghormati dan santun dalam interaksi mereka.
Analogi :
Ibarat bonggol di jalan dan di lorong yang bertujuan mengurangkan speed (kelajuan kenderaan). Bonggol jalan yang mendapat jolokan "polis tidur" kerana kewujudannya menyebabkan semua kenderaan yang melaluinya terpaksa mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan kerosakan atau ketidakselesaan pemandu. Akhirnya, tingkah laku dan sikap pemandu dapat diseragamkan dan menghasilkan suasana yang selamat kepada semua pengguna jalan raya.
Maksud analogi :
Boleh dikatakan bahawa penutupan aurat sebagai pengatur (regulator), bertujuan untuk menjadikan interaksi sesama manusia berjalan dengan baik dan sejahtera. Dalam konteks yang sama, jika satu pihak sengaja mendedahkan aurat tanpa segan silu, kemungkinan besar sebelah pihak lagi yang berinteraksi dengannya juga akan hilang rasa segan dan malu, serta mungkin cenderung melakukan sesuatu yang kurang sopan kepada individu tersebut.
Oleh itu, apakah yang menyebabkan banyak masalah jenayah atau gangguan seksual yang timbul pada masa kini? Adakah disebabkan oleh wanita yang tidak pandai menjaga diri atau golongan lelaki yang semakin liar? Jom kita fikirkan sama-sama..
Fenomena masa kini :
Pendedahan aurat menjadi kebanggaan, dipromosikan malah diberikan pengiktirafan. Semakin berani seseorang mendedahkan auratnya untuk ditatap oleh pandangan umum, semakin tinggilah penghargaan diri dan tahap keyakinannya.
Mungkin sekarang sudah akhir zaman, semua yang berlaku bertentangan dengan fitrah manusia...
Bagi mereka yang sudah menutup aurat pula, jangan riyak dan sombong. Jangan menganggap pula bahawa penampilan mereka menjadi satu ukuran terhadap keimanan yang tinggi dan mantap dalam dada. Jangan juga mencemuh orang lain yang sedang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna..yang paling penting, taqwa kita kepadaNya. Menutup aurat dan menjaga akhlak serta tingkah laku.
P/s : Sedikit tambahan dan pengubahsuaian dengan ayat saya sendiri, diambil daripada penulisan Dr. Harlina . Semoga bermanfaat~
والسلام
5 luahan hati:
Moga mereka dapat memahami dengan mendalam kenapa aurat itu penting dan perlu dijaga dengan baik...
;)
Betul tu.Sebenarnya Islam tidak mengongkong tetapi melindungi dan memelihara.
amin..trima kasih ats peringatan:)
suka analogi tu... bonggol di jalan... tapi masih ada "pemandu yang tidak memperlahankan kenderaan walaupon melaui bonggol"... pemandu2 macam ni la yg boleh menimbulkan fitnah... hehehe
Sharing yang sangat baik dan bermakna.... terima kasih atas ingatannya
Post a Comment