Home » » Utusan dan Adab Songsang cari kebenaran

Utusan dan Adab Songsang cari kebenaran


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak update blog kan. Semua ni disebabkan musim exam, tapi sekarang ni saya nak update jugak sekejap walaupun esok ada paper lagi. hehe. Ok la, straight to the point ok, seperti mana yang kita tahu..surat khabar berfungsi untuk menyampaikan berita kepada masyarakat. Dulu waktu sekolah, cikgu selalu suruh baca surat khabar. Ambil tau cerita-cerita semasa.


Surat Khabar, Newspaper, Paper Malaysia


Kalau tak baca, kita akan ketinggalan. Betul juga tu...tapi, kadang-kadang malas nak baca sebab berita-berita yang ada dalam akhbar tu tak semestinya betul terutamanya bab POLITIK. Kalau baca pun, buat macam angin lalu je...banyak betul fitnah. Kadang-kadang terfikir jugak..diorang ni tak takut ke sebarkan fitnah? bila masa la nak bertaubat? Orang Islam ni asyik bergaduh je...cuba lah bersatu. Sama-sama tadbir negara..

Utusan Malysia, Akhbar Utusan Malaysia, Surat Khabar, Newspaper


Ok, cukup tentang semua tu. Kalau baca pun, baca tentang hidup rakyat lagi bagus..sekurang-kurangnya berita tu benar. Tadi ada terbaca tentang tajuk ni Utusan dan Adab Songsang cari kebenaran di Malaysia Kini. Berita ni tentang sesebuah akhbar menyalurkan berita terkini dengan cara yang salah. Hhmmm...sebelum nak sampaikan sesuatu tu fikir le dulu baik-baik. Tak pasal-pasal nanti dapat dosa plak, sebab takut jadi fitnah. Orang sekarang ni dosa macam di ambil ringan je...mudah-mudahan kita di jauhkan daripada semua ni. 


Copy cket berita tu...jom baca

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

NONEAdab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.

Sambungan di sini..

P/s : Jangan sentiasa melihat keburukan orang lain, mungkin diri kita lebih jahat dan buruk daripada orang tersebut.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

5 luahan hati:

KAMIHIDUP said...

betul tu. :)

FD. said...

dunia sekarang menakutkan.

Alan Rizque said...

Biasalah bila mengampu lebih utama dari kebenaran..

Anonymous said...

betul3. good luck exam! ^_^

xazryx said...

betul jgk ckp ko .pejadahla org islam gadoh sesama sendiri .lepak kedai mamak pekene teh tarik same² ;agi bagus .zz .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula