Home » » Siapa kata tak boleh sebut perkataan "SALAM"..

Siapa kata tak boleh sebut perkataan "SALAM"..


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Tak Boleh Sebut Perkataan Salam, Pe Be Upon You, Sebarkan Salam, Spread A Salam


Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Kalau kawan-kawan tengok tajuk entri ni pun, kawan-kawan dah tau kan saya nak cakap pasal apa. Entri ni saya nak tulis sikit tentang "SALAM". Biasanya blogger mesti ada facebook kan, mesti penah terbaca artikel tentang tak boleh cakap "SALAM" ni..betul tak?? Bila sorang yang dapat, maka artikel ni di share sehingga semua orang dah tau tentang masalah tak boleh cakap perkataan "SALAM". Sebelum saya cakap dengan lebih lanjut...saya nak bagi tau, bahawa entri ini merupakan pendapat saya sahaja. Yang baik, boleh diambil. Yang buruk, sila tegur dengan cara yang berhemah..

Bila saya baca artikel tentang tak boleh sebut perkataan "SALAM" menggantikan lafaz Assalamualaikum..saya agak terkejut jugak dan saya ada rasa pelik..antaranya sebab nya ialah :

1. Kenapa pula perkataan salam tu maksudnya Selamat Tinggal? Selama saya belajar Bahasa Arab, saya tak pernah jumpa dan tak pernah pula ustaz dan pensyarah saya bagi tau perkataan "SALAM" bermaksud selamat tinggal. Hasil daripada apa yang saya jumpa dalam kamus, SALAM ialah selamat. 

Ini merupakan maksud SALAM berdasarkan kamus besar Dewan Bahasa dan Pustaka (Arab-Melayu) m/s 1173 :

Islam berasal dari perkataan "Aslama, Yuslimu, Islaman"

أسلام ، يسلم ، إسلاما
Maksudnya :
1. Tunduk, patuh. 2. Mematuhi agama. 3. Memeluk agama Islam. 4. Menyertai perdamaian.

Tak ada pun perkataan selamat tinggal kat situ..maksud semua baik-baik. Pe yang tak bolehnya?

2. Kenapa tak boleh sebut "SALAM" dan kenapa pula kena sebut  "AS-SALAM" ? Apa pulak beza nya. Kedua-duanya membawa erti yang sama. Kalau kawan-kawan belajar Bahasa Arab, tentu kawan-kawan tau. Kalau kita sebut SALAM, kita tak bunyi kan alif dan lam. Kalau sebut AS-SALAM, kita bunyi kan alif dan lam..ok, sekarang saya tulis dalam jawi eh. Ikut huruf asal..baru nampak.

سلام ، السلام

Itu je bezanya..makna sama kalau nak ikut kan. Cuma ada beza sikit je. Beza nya ialah SALAM nakirah (tidak ada alif dan lam)  dan AS-SALAM makrifah (ada alif dan lam). Saya bagi contoh perkataan lain ye..jom blaja Bahasa Arab sekejap. Kita tengok apa perbezaan maksudnya...

Contoh :

بيت = Rumah (membawa makna umum)
البيت = Rumah itu (membawa makna khusus)

Makna asal : sama je..rumah jugak!!

3. Kenapa pula perlu menggabungkan makna "A'KUM" dan perkataan yang lain-lain kemudian diterjemahkan dalam bahasa lain. Kan Assalamualaikum tu dalam bahasa Arab, SALAM tu dalam bahasa Arab. Kenapa mesti ikut makna dalam bahasa lain???

Perkara-perkara ni la yang saya agak pelik..tapi, saya kurang nak percaya, sebab artikel tu umpama artikel berantai. Saya tak tau siapa yang tulis, latar belakang penulis tu. Cuma artikel tu di share dari seorang ke seorang yang lain...pensyarah saya selalu cakap, kalau nak cari sesuatu sumber untuk di jadikan rujukan kajian, sumber primer adalah buku, jurnal, artikel yang disertakan dengan nama pengarang dan diterbitkan dimana.UKM ke..UM ke and so on.  Sebab sumber-sumber ni merupakan sumber yang sahih dan dah ditapis sebelum di cetak dan diedarkan kepada orang ramai. 

Kalau internet pula, jadi sumber sekunder. Sumber kedua untuk dijadikan rujukan..sebab bahan yang ada di dalam internet, tidak ditapis dan semua orang dan tidak kira latar belakang boleh mencurahkan idea serta sebarkan fahaman mereka. Macam blog juga la..semua orang boleh menulis, tidak kira umur, latar belakang pendidikan, agama, budaya dan lain-lain. Jadi, jangan lah terlalu mudah percaya kepada sumber yang datang dari internet. Kena kaji dulu, buat analisis, baru kita boleh ikut dan pegang. Jangan taqlid ( ikut membuta tuli tanpa hujah dan dalil). 

Kemudian, dalam artikel tu ada menyebut tentang Hadith Nabi kan. Tentang salam, dan dikaitkan dengan Ustaz Zawawi. Hadith tu betul dan benar. Betul la apa yang ustaz Zawawi cakapkan tu, ulasan daripada Hadith Nabi s.a.w. Mafhumnya : Perkataan yang paling baik ialah mengucapkan salam dengan lafaz Assalamualaikum.( salam sejahtera ke atas kamu). Yang menjawab pula, seelok-eloknya jawab dengan jawapan yang lebih baik. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

Tentang teguran kirim salam tu saya setuju..sebab ustaz saya pernah ajar macam tu. Kalau kita nak kirim salam kat orang lain..kena cakap. Kirim salam "Assalamualaikum" dekat Ani. Contohnye la..jangan cakap Kirim salam kat Ani. Salah tu..


Yang mana belum baca artikel tersebut, ni saya copy paste..tentang tak boleh cakap SALAM.




Assalamualaikum..petikan ni sy amik dr email..moga beroleh manfaat dan jadikan sebagai peringatan bersama..harap sebarkan..

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?. Apakah maksud disebaliknya ?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah :"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Drpd: hamba Allah


Ini pula artikel tentang menjawab semula artikel di atas..artikel ni ada sumber dan tahu siapa penulisnya dan logik.



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. 

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Komen daripada Mohd Fadli Yusof: Silakan share untuk kebaikan, perkataan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" itu bukan perkataan Ustaz Zawawi. Penulis note hanya pinjam kata-kata Ustaz Zawawi berkenaan cara-cara yang betul memberi salam. Perkara ini dah tersebar di blog-blog juga.

Officially posted by Ustaz Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55
 Click: [Share]

p/s: len kali klau dah dpt satu2 artikel tu,.cek dulu kesahihannya..jgn men redah je



Semoga kita sentiasa berhati-hati ..jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan mesej serta email berantai. Siasat dan selidik dulu, dari mana, siapa tulis dan sebagainya.

Segala yang buruk datang dari kelemahan saya, dan yang baik datang dari Maha Pencipta

Sekian


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

49 luahan hati:

HAJAR hasan said...

thanks for the info. tu yg pelik jgk. knp x bole gne perkataan salam. perkataan assalamualaikum bermaksud selamat sejahtera @ salam sejahtera. bahkan perkataan islam berasal dr salam. terima kasih ya. ;)

HAJAR hasan said...

ouh. minta kbnrn nk share bole x? nnt sye bg backlink. tq.

Atika Aula said...

@HAJAR hasan
ok..boleh. ilmu untuk dikongsi, semoga bermanfaat~

laoshi' asraf isa said...

em, betul juga.. saya sendiri pun keliru.. syukran !

Iera Afzu said...

best entri akak... sangat-sangat setuju!

KAMIHIDUP said...

islam itu mudah, terima kasih tuk ilmu yang dikongsikan, salam.

..::Srikandi Asytari::.. said...

salam. pernah bce gak note tu. lucu pun ada mase baca tu. sdgkan dlm quran pun ada gtau;

"(Kepada mereka dikatakan)"Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang.")-surah yaasin:58

hm,ad jgk org y pndai2 nk buat hukum sdri. sptutnya lau ad bnda2 camni,kita xleh nk rujuk 1pndpt je. camne pun kna back to quran n sunnah jgk. wallahu'alam.

tq kak ats infonya =)

Salhah Suhot said...

akhirnya...saya nak share ye...kat fb saya

..::Srikandi Asytari::.. said...

ops,tmbhn cket lg. hehe
based on the ayat, Allah bg salam kpd "mereka"=penghuni syurga. Allah seru mereka dgn ayt ni masa nk msuk syurga. so, how blh jd slmt tggl plk?. bhya btul. slhguna teknologi.

NuSaNa NoSa 91 said...

owhhh~ tatau plak ttg kekecohan tu.. tp, spnjg keen bljr bhs arab sejk drjh 1, xde plak perkataan salam tu bwk mksud buruk.. bleh je guna.. salam = selamat~ ^_^

p/s: islam itu mudah.. knp manusia suka membebankannya?? =.="

Atika Aula said...

sy cuma berkongsi apa yg sy tau je..klu slh, sila tgur n btul kn ye :)

Jun Ma'mun said...

btul jgk . . jun pn pnh bce gk psl artikel pkataan salam xbole gne . tp ase plik plk kalo nk bmsg xgne SALAM instead of pktaan pjg assalmualaikum tuh :)xcye laa pkataan salam tuh xley guna . .bdw nice info ! ^^ thx yee ~

adieque alizah said...

thanks 4 sharing...
i like...

nurul ainul farhain said...

salam kak.good info.sy dari dulu dah was2 pasal org ckp2 ni.at last ad gak penjelasan.sy minta kebenaran untuk share dlm entry sy:)

Atika Aula said...

sesiapa nk share boleh~ semoga bermanfaat :)

bee2312 said...

saya nk mintak share yer..nnt sy link kan dr blog saya yer..thanks 4 d info...

ummisofea... said...

setuju sangat2...dah lama saya teringin nk ulas perkara ni..tapi saya xpandai nk buat ulasan.. :)

sekadar tambahan...bg saya kalau kita nk ucap salam indirect such as in msg ke..xsalah tulis salam ke..akum ke...asalkan yg baca tu faham apa yg kita maksudkan means assalamualaikum...tapi kalau kita ucap direct pd org tu..memang xbolehlah ucapkan salam..memang kena ucap assalamualaikum...itu fahaman saya dr apa yg ust zawawi nk sampaikan.. wallahu'alam

dila~ said...

thx utk info ni..

aLieF si Muncung ManiS said...

syukran..alief nak minta izin share boleh tak..??alief nak copy paste masuk fb alief..k..thanx awak..halalkan k..huhu

Atika Aula said...

@aLieF si Muncung ManiS
ye..boleh,ini merupakan pendapat sy. mgkin kalau ada mklumat tmbahan, boleh la kongsikan dgn yg lain~ :)

batu baiduri said...

sye pon nk mintak izin share kt fb.....sori, dh share bru gtau....

Mila Ahmad said...

tq for share de inFo
atlest dpt tau bole ke x guna wORd 2 ;)

nard.z said...

mau share. terima kasih. :)

___Mrs Suhaidi___ said...

thanx for ur info...fyi,saye dh siap publish yg xbg ckp salam tu kt blog saye...mohon share & salam perkenalan...:)

Sekamar Rindu said...

terima kasih..saya membaca etrikel ini dengan berulang2 kali..

Amierah Nabillah said...

terima kasih kak atika! saya pun tertanya2 juga, kenapa tak boleh pakai salam sbb saya pun guna salam shj bila bertegur dgn kawan. info berguna! :)

Sekamar Rindu said...

assalamualikum..wbt

ternyata anda bukan calang2 orang...membaca entri ni banyak input yg saya terima

Atika Aula said...

@Sekamar Rindu
waalaikumussalam~
sy hanya manusia biasa..sy hanya ingin berkongsi ilmu dengan semua, berkongsi apa yg saya tahu hasil daripada pembelajaran..kajian dan pemerhatian. Masih lagi seorang yang kurang ilmu di dada..:)

Solihin Zubir said...

sy share kat blog ye... =)

ieda said...

salam dik
thanx dgn info menarik ini ..
sgt bermakna ..

sib baik selama ini akak tahu bagi tulis SALAM itu x salah .. bila timbul pertikaian mcm nie .. tu yg buat akak pelik ...

alhamdulillah segala dah terjawab ;)

shahjiehan said...

tq for sharing this information!! i like!!

Novelgurl said...

Salam..tu la psl..sy pun sme men percaye je..hee~
terima kasih utk pnjlesn tu ^^ mohon share ye =)

ezzaty harith said...

sye pon slalu konpius sal bnda nie..thanx :)

farhana jainal said...

terima kaseh ..info yg sgt2 la bagos...minx izin nk share kt blog yer...

Misz Eisya said...

info yg baik... ^^

Sharienz Sz said...

erm..nice info..
sha selalu guna perkataan salam ni :)

minta izin share nanti sha backlink ok :)

.: rOzirOx :. said...

urm betul la cik Atika Aula..
tq atas informasinya..
moga kita semua mendapat keberkatan da Allah :)
"Inna 'amalu bil niat"
:))

amirahyusoff said...

alhamdulillah,hilang juga kekusutan saya mengenai perkara ini :D

terima kasih byk2 ya kak tentang info ni :)

Si Pengembara said...

Baru saya tahu.. saya yang jahil ni pun terikut2 juga.. macam mana plak dengan Salammualaikk??

Atika Aula said...

@Si Pengembara
boleh je :)

roses_aidah said...

mohon share ye...thx 4da info....

Atika Aula said...

@roses_aidah
sila2..u r welcome~

karimi said...

dlu pernah jugak terdengar,terbaca... salam, assalam, boleh je... yg xbolehnye, just askum, akum, mekom, n so on lah...

HanqtuaH said...

salam alaikumm..hehe..nice talk..btul laa..xda masalah pun..just time solat jaa..kalau tahiyat akhir tu nak beri salam mesti sebut alif lam tu cause memberi salam tu salah satu rukun solat..so xsah salam kita kalau sekadar ucap "salamekom"..kena ucap full..السلام عليكم ..just wanna share..

Fatin Hanini said...

jazakillah khairan kathira.. best sgt2!! info yg mmbntu

daurah islam said...

@Atika Aula

terima kasih akak atas peringatan ni

Cik Puan Izan✿ said...

terima kasih atikah atas pencerahan ini. semoga saya lebih berhati2 selepas ini. banyak yg saya belajar kat sini. itulah gunanya kawan kan. sentiasa menegur salah silap kawan. saya suka cara awak ni. semoga ilmu yg bermanafaat dapat kita kongsikan bersama-sama. awak tak kisah kan saya share entry ni... ^__^

NadiaYusof~~ said...

pencerahan yg bagus...saya pun x setuju dengan larangan penggunaan SALAM tu..ntah ape2 main sebar je tanpa selidik.

Thanks for the good entry =)

---------------------------
http://azzahrahealth.blospot.com/

Mariam Awang said...

Terima kasih atas pejelasan. Lega rasanya sbb akak selalu guna perkataan dlm sms ...Mdh2an kita sama mendpt ampunan dan Redha serta Rahmat dari Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula