بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
FEWWIT tu bukan saya nak mengorat sesiapa tau..hehe. Tapi FEWWIT tu ringkasan daripada Fun and Exciting Weekend With ILuvIslam Team (FEWWIT). Memandangkan saya like page iluvIslam di fb, saya dapat updates dari iluvIslam. Kebetulan program ni bakal berlangsung di UKM,Bangi..
Sinopsis sikit tentang forum yang akan berlangsung ~
Semasa Rasulullah SAW. dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW. menenangkannya dengan berkata, "jangan takut, Allah bersama kita."
Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya. Lalu kita, bagaimana?
Apa yang kita perlukan melebihi keperluan kepada Allah?
Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya kita hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.
Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.
Di Mana Dia Di Hatiku?
Itulah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya.
Untuk maklumat lanjut, klik sini >TEKAN<
Tajuk inilah yang akan dikupas di dalam forum 'FEWWIT : Di Mana Dia Di Hatiku?' yang akan dikemudikan oleh Wardina Safiyyah, dan menampilkan Ustaz Pahrol Md Juoi, Suffian Amrin (Pyan Saujana), dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree sebagai panelis.
Location:Panggung Seni, DECTAR, UKM Bangi
Time:Sunday, 20 March 2011 08:30
"Bila Allah ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan, dan kebahagiaan yang hakiki" -Di Mana Dia Di Hatiku, Ust. Pahrol Mohd Juoi
Kalau sesiapa yang free, jom datang UKM. Dengar forum sambil muhasabah diri..
P/s : Kalau tak ada halangan, boleh je pergi. Tak sampai 5 minit jalan kaki. Sebelah kolej je DECTAR ni ;) Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).
والسلام
4 luahan hati:
wah nk pegi...dekat je UKM..tq.
sy ex student ukm..wajib dtg ni..tlg remind nnti k...
yer..sy yg kluar tv3 haritu...
@Syukri Kamaruddin
sile la dtg :)
@Mohd Sukur Ibrahim
2 la..rase mcm pnh je nmpk kt tv3. btol rupenye :D
Post a Comment