Home » » Bittaufiq Wannajah

Bittaufiq Wannajah


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum semua

Apa khabar kawan-kawan? Mood datang nak update blog time macam ni plak..tulis je la ye. hehe. Pejam celik pejam celik, dah nak abis sem ni rupa nye..cepat betul la 14 minggu. Minggu depan dah minggu last study..minggu depannya study week satu minggu. Buka cuti je terus exam..start dari 13/4 sampai la 28/4..


Exam, Peperiksaan, Semoga Berjaya, Bittaufiq Wannajah, Periksa Besar, Good Luck


Sekejap je dah nak masuk tahun 3 kat UKM ni ye...maknanya tinggal lagi 2 tahun la. Dalam masa 2 tahun ni, macam-macam pengalaman yang saya dapat sepanjang saya jadi pelajar di IPT. Pelajar IPT tak sama situasinya dengan pelajar sekolah...kalau nak tahu, masuk la u. hehe..

Gembira ada, sedih ada, n macam-macam lagi la...susah nak di gambarkan. Ok la, jom tengok jadual exam saya..print screen time wat pengesahan jadul masuk peperiksaan  ni. 


Klik untuk lebih jelas 

Yang paling penting, bila kita exam..bukan hanya untuk dapat straight A je or 4 flat. Tapi yang paling penting, sejauh mana kita mengamalkan ilmu yang kita pelajari..mudah-mudahan ilmu yang kita ada walaupun sedikit, kita dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Tak guna dapat result gempak tapi tak mengamalkan ilmu, terutamanya ilmu agama..semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan mengajar orang lain pula :)

Walaupun post ni agak awal..tapi saya rasa tak salah untuk saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada sahabat-sahabat saya dan juga kepada semua yang akan ambil peperiksaan tak terkecuali adik-adik di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah.


I Luv Islam, Testi I Luv Islam

P/s: Tak amik short sem..cuti 4 bulan. Nak buat apa je ye? Ada cadangan tak?? 
http://www.emocutez.com




والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula