بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Sekarang ni kan ramai yang dah ada blog kan. Tapi, apa sebenarnya tujuan anda wujudkan blog? Apa tujuan anda miliki sebuah blog? Mesti setiap orang ada sebab dan alasan masing-masing kan. Yang penting, bila kita dah ada blog..kita mesti ada matlamat kan..tetapkan matlamat yang sebenar.
Bila kita dah ada matlamat, barulah penulisan kita akan jadi konsisten. Ada sesuatu yang kita nak sampaikan kepada pembaca..yang menyebabkan orang yang membaca rasa tak bosan dan nak datang blog kita selalu. Jangan pula kita tulis perkara yang tak sepatutnya di blog..boleh fikir sendiri kan.
Terdapat beberapa sebab kenapa seseorang itu ber"blogging". Antaranya ialah :
- Suka-suka atau minat untuk ada blog/laman web sendiri.
- Pendapatan sampingan. Yang pasti, saya tidak termasuk dalam kategori ni. Nak tau kenapa? Sila >TEKAN<
- Berkongsi aktiviti harian / Diary Online
- Popular dan dikenali ramai
- Join Contest
- Cari lebih ramai kenalan maya plus realiti (gathering blogger)
- Berdakwah
Itu antara tujuan yang saya dapat simpulkan selepas lawat blog-blog yang ada..terpulang niat masing-masing kerana ianya hak individu. Agak sukar nak jumpa blog yang digunakan untuk berdakwah..kalau ada pon, jarang dikunjungi oleh ramai orang. Memang itu la hakikatnya...yang penting, manfaatkan blog yang ada dengan sebaiknya. Mungkin saya akan ulas lebih lanjut tajuk tujuan ber"blogging" : untuk berdakwah dalam entri yang lain..
Sekian
والسلام
6 luahan hati:
saya rasa popular itu lebih banyak berbanding yg lainnya..Gila glamour..macam2 sanggup buat..
blogg tuk kongsi ilmu bermanfaat. :)
1st dlu sy buat sbb suka baca blog orang then sbb minat and nak slalu dpt update sy buat account..then ble dh buat account tpikir why not sy m'naip gak..harap ada mnfaat tuk diri n orng laen..even pnulisan very4 truk.. :)
Serius saya buat blog saya nak kutuk membina kepada wanita2 akal pendek nie yang tidak habis2 mendatangakan masalah..hehe
Berblog dengan matlamat membawa kepada konsisten. Tetapi berblog dengan matlamat yang sebenarnya, lebih nikmat dan yang penting kita melabur saham akhirat dan juga meningkatkan nilai umat.
alhamdulillah,,eya,,memang agak sedikit blog yg berunsurkan dakwah,.dah lama cari,,akhirnya jumpa alhamdulillah..
Post a Comment