Home » » Seorang daripada 10 Peserta Akademi Al-Quran-5 merupakan ex-SAMTiSH

Seorang daripada 10 Peserta Akademi Al-Quran-5 merupakan ex-SAMTiSH


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum..selamat malam semua.

Waktu mula-mula program Akademi Al-Quran ada kan..saya tak pernah "missed" tengok, tapi sekarang dah sampai musim ke 5 rupanya. Sejak masuk ukm ni, bila masa plak nak tengok tv kan. Tv ada kat paras ni, tapi tak la seronok mana bila tengok tv kat cni..takde "feel" la.hehe. 

Kalau musim pertama dulu, juaranya Ahmad Fahmi kan. Yang musim kedua pulak, Anwar. Yang musim ketiga Fakhrul Radhi kan. Yang musim keempat siapa eh..saya rasa saya dah start tak "follow up" program AQ ni..seronok jugak bila tengok orang lain yang hebat-hebat baca Al-Quran kan, sedap bila kita dengar dan hayati. Itu lah indahnya bahasa Al-Quran. Miliki mukjizat yang tinggi dan besar..balaghah dan uslub yang hebat yang tiada siapa-siapa yang boleh menghasilkan sama seperti Al-Quran.

Kalau kita belajar bahasa Al-Quran, baru kita sedar bahawa Bahasa Arab ni sangat indah. Memang indah. Lagi-lagi bila kita kaji tentang Al-Quran, sama ada dari aspek bahasa ke..makna ke. Merangkumi semuanya lah..subhanallah. Saya sayang bahasa Arab..(betul ni, tak tipu). Sebab tu lah bila habis form 5, saya sambung dalam bidang agama dan bukan sains tulen. Sebab saya sayang nak tingglakan bahasa Arab..dan sampai sekarang ni pon alhamdulillah masih lagi dalam pengajian bahasa Arab. 

Eh..cerita pasal kisah saya plak. Sori ye.hehe. Sebenarnnya saya tulis entri kali sebab nak beritahu bahawa peserta Akademi Al-Quran musim yang kelima ni salah seorang daripada mereka merupakan bekas budak sekolah saya iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang. Saya pun terperasan bila baca post dekat wall page SAMTiSH tadi..dia merupakan 10 peserta dalam AQ sekarang ni. Tapi tak terkejut sangat pun, sebab time kat sekolah dulu dia selalu jadi wakil baca Al-Quran bila ada majlis besar-besar dan selalu masuk pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan serta dapat Johan. 

Dia jugak merupakan peserta nasyid sekolah..atas nama Soul Al-Ghamidi, diorang selalu mengharumkan nama sekolah sebab bila bertanding di peringkat negeri atau kebangsaan mesti dapat Johan jugak. Biasa kan bila suara sedap baca Quran, menyanyi pun sedap jugak kan..sebab lenggok suara yang dia ada tu. ( Rasanye la..). Setakat ni tak berkesempatan lagi nak tengok AQ..ok la, ni orang nya yang saya cakap tadi.

Akademi Al-Quran, AQ, Akademi Al-Quran Musim 5, Nasir Akademi Al-Quran, Peserta Akademi Al-Quran, Finalis Akademi Al-Quran, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Mintak-mintak takde sesiapa yang marah letak gambar dia kat entri ni ;)

Pinjam gambar kejap ye Nasir..hehe. Kalau nak cari dia kat fb..cari nama Anas Al-Ghamidi. Dah bagi link pun. Klik je. Apa-apa pun, tahniah la ye. Semoga dapat Johan AQ..doakan yang terbaik. 


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

1 luahan hati:

acik nuyai said...

assalamualaikum kak atika...^^ x sangke sye akk pun bekas samtish jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula