بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..kali ni saya nak ucapakan Selamat Menyambut Hari Lahir Kekasih Allah!! ataupun lebih dikenali dalam Bahasa Arab sebagai Maulidur Rasul atau Maulud Nabi. Kalau kita sayangkan seseorang, kita mesti selalu teringat kat dia kan. Macam tu la jugak kalau kita sayangkan Nabi Muhammad s.a.w. Kita mesti kena selalu mengingati dirinya dan kalau teringatkan dirinya, kita mesti lah berselawat tanda cinta kita kepadanya sebagai seorang Nabi kita. Kemudian, kalau betul kita ni cinta dan sayang kepada Nabi, apa buktinya..kita juga mesti kena tau latar belakang Nabi, sejarah hidupnya, pengorbanannya dalam menyebarkan Islam. Bukan hanya sekadar mengucapkan kata-kata Salam Maulidur Rasul. Bak kata orang " Tak kenal, maka tak cinta..
Kebetulan pula pada tahun ini Maulidur Rasul jatuh pada tarikh 15.2.2011..dan pada 14.2 kebiasaannya ada pasangan kekasih yang masih lagi menyambut Hari Valentine's. Say NO To Valentine's Day!! Katakan TIDAK kepada Hari Kekasih..katakan YA pada Hari Lahir Kekasih Allah. Jom sama-sama kita menyambut Hari Maulidur Rasul dengan penuh kesyukuran dan mengimbau kembali pengorbanan Nabi s.a.w serta kecintaannya kepada kita sebagai umatnya.
Cara yang paling mudah untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada baginda ialah dengan cara berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarga baginda dengan lafaz
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم
Ada hadith mengatakan mafhumnya bahawa :
"Sesiapa dari kalangan umatku yang berselawat ke atasku, akan di tulis oleh Allah s.w.t 10 kebaikan dan akan di padam 10 kejahatan dan ditingkatkan darjatnya 10 darjat serta dikembalikan keatasnya seumpama dengannya"
( Riwayat Ahmad, Nasa'i, Ibnu Hibban, dan Tabarani )
Tanpa kita sedari, betapa besarnya pahala dan kelebihan selawat ke atas Nabi s.a.w. Mudah-mudahan apabila kita sering berselawat ke ats baginda, di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat agung daripada baginda s.a.w. Amin~
Begitu besar dan dalamnya cinta Nabi kepada kita sebagai umatnya..sedarkah kita?? Nabi amat sayang kepada kita sehingga baginda sanggup berkorban segala-galanya dan sehingga nyawa ingin di angkat oleh Allah pun Nabi masih menyebut "Ummati, Ummati, Ummati" yang bermaksud Umatku, Umatku, Umatku. Betapa risau nya Nabi untuk meninggalkan kita sebagai umatnya. Namun, kita pada hari ini..betapa besar kah pengorbanan yang kita telah berikan untuk agama? Berapa banyak kah sunnah Nabi yang telah kita amalkan untuk menunjukkan kecintaan kita kepadanya? Tepuk dada, tanyalah iman~
Jika kita benar-benar sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w..maka perbanyakkanlah berselawat ke atas baginda dan ahli keluarga baginda!!
..Sekian...
Lagu In-Team ( Pemergianmu)
Dengar dan hayati lirik lagu ni ye..
والسلام
6 luahan hati:
Salam maulidur Rasul sahabat..
kalau dengar betul2 lagu ni..tak tergambar betapa Rasulullah menyayangi kita tp kita, terkadang lupa mengingatinya..masyaAllah....
salam...
entri yang cukup menarik..moga ia memberikan ilmiah pada diri ini..
salam~~ kina datang! :)
salam maulidurrasul :)
Wah,... perayaan Selamat Menyambut Hari Lahir Kekasih Allah,..
Cuma dirumah tapi setelah membaca tulisan anda serasa merayakannya meskipun dirumah he,... :-)
Selawat dan mengingati Kekasih Allah bukan pada harinya saja..Ingat dan Selawatlah setiap hari :)
Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?www.rosemujahid.blogspot.com
Post a Comment