بسم الله الرحمن الرحيم
1. Penghapusan dosa
Ingatlah segala ujian atau tekanan hidup yang berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud " Dan apa jua yg menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yg kamu lakukan (drpd perbuatan - perbuatan salah dan dosa) ; dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." (Surah As-Syura 42:30)
2. Meningkatkan darjat
Ingatkan hati bahawa musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
3. Mengingati Allah
Menjadi kelaziman manusia lebih kerap mengingati Allah semasa ditimpa kesusahan berbanding semasa sewaktu senang.
4. Mensyukuri nikmat
Bayangkan nikmat-nikmat yg telah diberikan Allah s.w.t sebelum ini daripada terus meratapi musibah yg dihadapi.
5. Berasa ujian kita lebih ringan.
Mengingatkan diri bahawa ujian yg diterima oleh kita terlalu kecil berbanding apa yg menimpa org lain, malah penderitaan orang itu jauh lebih berat daripada apa yg sedang dideritai itu.
6. Allah menyayangi kita.
Ujian yg berlaku merupakan tanda Allah cinta kepada hambaNya. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud " Barang siapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya." ( Riwayat Al-Bukhari)
والسلام
3 luahan hati:
Belajarlah ikhlas dan sabar...keep smiling
nice sharing..muhasabah diri sebelum tido
betul 2...sabar yg utama.
Post a Comment