Home » » Tip Meringankan Tekanan Apabila ditimpa Ujian / Musibah

Tip Meringankan Tekanan Apabila ditimpa Ujian / Musibah


بسم الله الرحمن الرحيم


Tips Meringankan Tekanan, Hilangkan Stress, Ujian dan Musibah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam

1. Penghapusan dosa

Ingatlah segala ujian atau tekanan hidup yang berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud " Dan apa jua yg menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yg kamu lakukan (drpd perbuatan - perbuatan salah dan dosa) ; dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." (Surah As-Syura 42:30)

2. Meningkatkan darjat

Ingatkan hati bahawa musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

3. Mengingati Allah

Menjadi kelaziman manusia lebih kerap mengingati Allah semasa ditimpa kesusahan berbanding semasa sewaktu senang.

4. Mensyukuri nikmat

Bayangkan nikmat-nikmat yg telah diberikan Allah s.w.t sebelum ini daripada terus meratapi musibah yg dihadapi.

5. Berasa ujian kita lebih ringan.

Mengingatkan diri bahawa ujian yg diterima oleh kita terlalu kecil berbanding apa yg menimpa org lain, malah penderitaan orang itu jauh lebih berat daripada apa yg sedang dideritai itu.

6. Allah menyayangi kita.

Ujian yg berlaku merupakan tanda Allah cinta kepada hambaNya. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud " Barang siapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya." ( Riwayat Al-Bukhari)


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

3 luahan hati:

azhar said...

Belajarlah ikhlas dan sabar...keep smiling

Nur Hawa Mohd Zin said...

nice sharing..muhasabah diri sebelum tido

Atika Aula said...

betul 2...sabar yg utama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula