Home » » Bersalin #throwback#

Bersalin #throwback#


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum

Nak flashback kisah enam bulan yang lalu..nampak tak, lambat betul nak sambung kisahnya.hehe. Biasa la, ada anak kecik..nak buat kerja rumah lagi. Nak membiasakan diri dengan rutin yang baru..

Ok, boleh la mula cerita. Saje nak share. 



Kisahnya..

Bila dah mula masuk trimester ketiga, 7 bulan dan ke atas. Saya dah tak berapa larat nak buat kerja rumah, nak berjalan jauh. Miss v dah rasa sakit. Orang kata, kepala baby menekan bukaan rahim tu. Bila baring, susah nak bangun. Bila baring satu sisi, nak bergerak ke sisi lain..berbunyi tulang kite. Allah saje yang tahu. Memang dah tak lena tido..siang ke malam, sama je. Baby pulak dah makin aktif. 

Setiap hari berdoa mohon dapat deliver dengan mudah, dua-dua selamat. Waktu mengandung lagi dah agak akan deliver awal dari due. Rupanya betul..sebab bila masuk 30 weeks je rasa macam dah tak larat sangat.

Ha..tapi waktu tu la tiap-tiap minggu encik suami bawak kite berjalan. Paling jauh ke pantai timur tu..hehe. 


Orang kata, kalau rajin berjalan, bersenam, buat kerja rumah..senang deliver. Memang waktu mengandung, jadi surirumah sepenuh masa..itu je la kerja saya siang dan malam. Yang tak boleh tahannya, rajin pulak mengemop satu rumah waktu perut dah besar.. :)


38 weeks.. (4.4.2014)


Kebetulan encik suami ada operasi, keje malam. Ikut encik suami dan suruh hantar rumah mak..sebelum tu, sempat pulak mengidam abc.hihi. Dapat la jugak makan, tapi yang peliknya..perut asyik je mengeras. Biasa tak lama, ni dalam jangka masa lama la jugak..orang takde pengalaman, buat tak tau je la kan. 


Tido malam lepas tu terjaga sebab rasa berpeluh-peluh dan rasa nak buang air besar. Pergi bilik air dan tengok pada panties ada darah. Dalam hati punya la berdebar-debar. Masuk bilik, tengok jam nak dekat pukul 1 pagi. Nak masuk 5.4.2014. 

Terus kejut mak dan cakap ada darah kat panties lepas tu sakit perut. Mak terus kejut akak dan abang ipar, akak tak bagi masuk toilet sebab takut sakit nak bersalin. So, saya pun menahan la sakit tu. Terus call husband, nasib baik encik suami belum lagi pergi operasi. Cepat-cepat la encik suami dapat amik saya dan mak bawak ke hospital sungai buloh.


5.4.2014


Sampai kat hospital nak dekat pukul 3 pagi..waktu kat dalam kete, encik suami suruh saya baca ayat nabi yunus. "Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzalimin". Dalam kete, sakitnya datang-datang tapi sikit-sikit je. So, saya pun selamba je la. 

Sampai kat hospital, check in..mak dan suami tunggu kat luar. Menunggu sebab ramai jugak yang nak bersalin macam saya, bila kat dalam..nurse buat cek up. Cek bukaan. Sakit la jugak.huhu. Baru bukak 3 cm waktu tu, nurse cakap dalam pukul 9 pagi, nak cek bukaan lagi. 

Dalam hati, doa banyak-banyak..perasaan bercampur baur. Suka, sedih, risau, gementar. Semua la ada. Waktu terus berjalan..sakita makin la makin kerap dan kuat. Sampai nak berjalan sendiri pun tak berapa nak larat. 

Pukul 9 pagi, cek bukaan baru 4 cm. Memang lambat. Sedih la jugak rasanya. Tapi biasa la, anak pertama memang lambat sikit sebab tak ada "jalan" lagi. Orang kata, masih mencari jalan lagi nak keluar.hehe. Sepanjang masa tu, baca buku zikir waktu mengandung..tapi dalam hati dah tak tentu arah dah rasanya. Sarapan roti je yang mak bagi dari rumah. Dah tak ada selera dah.

Tengahari tak lalu makan, memang tak makan..lepas asar, tepon encik suami mengadu lapar. Waktu tu dah buka 6 cm. Gagahkan diri berjalan keluar nak makan. Tapi, bila datang sakit..Allah je yang tahu. Rasa sakit senggugut, tapi berganda lagi sakitnya. Waktu tu memang dah keluar tanda lagi, lendir bercampur darah. 


Lepas maghrib, dah tak larat langsung nak berjalan. Baring tak sedap, duduk tak sedap, berdiri tak sedap. Tak tentu arah dah rasanya. Sakit yang amat sangat. Selang 5 minit datang sakit..bila difikirkan balik, Tak tau nak cakap macam mana.hehe.Terlantar atas katil, dah tak larat nak keluar jumpa encik suami. 

Encik suami bagi makanan kat nurse supaya bagikan kat saya, tapi langsung tak buka. Bergerak sikit je sakit. Makin lama, makin kerap. Lapar tapi disebabkan sakit, tertutup selera nak makan. Nak bercakap pun tak berdaya dah. Dahsyat betul.hihi. 

Lepas isyak, makin bertambah sakit..asyik la panggil nurse je sebab dah tak tahan. Rasa macam nak terkeluar dah baby nye. Bila nurse cek, masih la 7 cm..tak boleh masuk labour room lagi. Kena tahan lagi sakit. Ada lebih 5 kali jugak la panggil nurse. Last-last nak dekat pukul 12 malam, dah memang dah berdaya betul dah. Nurse datang dan cek..rupanya dah buka 10cm. Terus dia sorong katil, bawak ke labour room.

Dr yang pecahkan air ketuban, lepas tu..serta merta rasa nak push. Tunggu encik suami tak datang-datang, rupanya ada miscommunication sikit.hihi. Push beberapa kali, baby tak keluar jugak. Akhirnya bila nurse "tolong".hehe. Berjaya juga baby keluar. Mungkin sebab tak ada tenaga sebab tak makan kan. 



6.4.2014.


Jam 12.48 pagi, lahirnya permata hati ummi dan abi ke dunia selepas hampir 24 ummi bertarung dengan kesakitan dan sejam kat labour room. Ini la dia Ainul Adwaa'. Kesayangan ummi dan abi. Pengerat kasih sayang dan cinta kami berdua. 



Bermula la episod baru dalam hidup kami..kami dah jadi ummi dan abi !!  
Sekarang, adwaa' dah enam bulan pun usianya. 



Ini la dia anak manje abi dan ummi :)

Kalau nak tau kisah penyusuan saya, tunggu lagi sambungannya ye.hihi. 
Doakan adwaa' membesar dengan sihat, bijak dan jadi anak yang solehah ye auntie dan uncle semua. 

Bye !




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

1 luahan hati:

Shakirah Rosli said...

Comel sgt ainul adhwa ni..Semoga membesar dengan iman dan menjdai anak yg solehah penyejuk mata ibu ayah, mutiara agama. Amiiin :) *lama csinggah blog akak ^^*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula