Home » » Bertemu dengan Si dia

Bertemu dengan Si dia


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum

Saya bukanlah sesiapa, tak glamour, rupa juga tiada, tiada nama. Jadi, apa tujuannya saya mencoretkan kisah peribadi di blog ni. Ada ke sesiapa nak baca? 

Menulis kisah yang terindah dalam hidup, boleh dijadikan satu kenangan dan warisan buat anak cucu nanti (tu pun kalau blog ni masih ada la..hehe). Bertemu dengan suami tercinta memang moment yang tak disangka-sangka pun. 





Tahun 2007, Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin (nama dulu). Tingkatan 6 bawah STPM.

Waktu tu saya student paling lewat daftar lower six STPM, ingat lagi bulan 7. Kitorang semua yang amik STPM waktu tu hanya 5 orang je. 4 perempuan sorang lelaki. Jadi, kemana-mana bersama-sama kecuali si lelaki tu la. hehe. 

Belajar macam biasa, tak ada apa-apa pun yang luar biasa. Form six waktu tu dekat bangunan asrama lelaki sama dengan kelas STAM 1 dan 2. Pergi dan balik sekolah macam biasa, cuma yang bestnya waktu belajar. Senang nak faham, belajar pun macam buat perbincangan je sebab student tak ramai. Paling best waktu form 6 !


1.11.2007 (Jamuan Akhir Tahun)

Kawan yang lelaki ni bagitau ada budak STAM nak no, tapi saya tak bagi sebab langsung tak kenal bila sebut nama dia. Tak kenal dia sebab dulu dia sekolah agama Jeram, then ambik STAM kat sekolah saya. Tapi, lepas habis jamuan. Si dia dan kawan-kawan dia datang ke kelas saya. Datang nak makan dan nak mintak no rupanya (kawan dia tolong mintakkan). 

Waktu tu memang saya tak layan sebab tak kenal, tapi kawan saya pula yang bagi. Then, biarkan je. Mula daripada tu, kami kenal. 



Gambar curik..tak ingat kat mana.hehe. Waktu ni la jamuan tu, muka form 6. Lain dari sekarang :p

"Cik abang ni, memang seorang lelaki yang lain dari yang lain. 
Daripada semua kawan lelaki yang saya kenal, saya rasa agak selesa dan mudah je bila berkawan dengan dia. Tak pasti kenapa..hihi."


Alhamdulillah..mungkin dia ditakdirkan untuk saya. 


8.12.2012 (Bertunang)

Dari awal lagi, kami tak ada perancangan langsung nak bertunang. Dia bagi tau kat saya, terus nikah je. 7.12. besday saya. Minggu tu memang plan nak balik rumah. Rupanya mak dia bagi cadangan supaya bertunang je terus sebab ada beli dua cincin. Alang-alang dah nak datang rumah jumpa family, terus je sarung cincin pertunangan. 

Memang tak ada persediaan langsung, malam tu tau. Esok malam keluarga belah sana datang dalam 4 kereta kalau tak silap saya. Si dia memang suka buat suprise kat saya ^_^


2.2.2013 (Nikah dan kenduri)

Merancang nak buat pertengahan bulan dua, rupanya tarikh tu saya dah nak start praktikal. Bincang balik semula, buat 2.2. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. 




"Terima kasih sebab sudi berkongsi suka dan duka dengan saya selama ni, 
terima kasih sebab sudi menerima saya sebagai isteri abg, terima kasih juga sebab terima diri saya yang serba kekurangan ini seadanya. Terima kasih sangat-sangat. Semoga cinta kita kekal hingga ke syurga.."


"Saya ingat lagi, lepas suami lafazkan akad nikah..encik suami menangis :')" 

Keluarga besar encik suami  ^_^


Alhamdulillah.."mahligai impian" kami hampir siap. InsyaAllah lepas praktikal nanti boleh la kami duduk sama. Jadi orang Jeram la saya lepas ni. hehe.




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

12 luahan hati:

Mrs. NA said...

Alhamdulillah. Tahniah dan selamat pengantin baru buat kak dan suami !
Semoga berbahagia hingga ke Jannah, InshaAllah amin :)

NurAlja said...

ALLAH , Indahnya :D .. Selamat pengantin Baru Akak Comel :) Saya doakan semoga Akak berbahagia dengan Encik suami hingga ke Syurga . Aamiin :)

#warna Biru Pink memang Lawa :D

aisyah humaira' said...

tahniah kak :) wah ! bestnya nak ada mahligai sendiri.. kami masih menanti. sorang malaysia, sorang mesir. jauhnya dimata. insyaAllah tunggu sampai habis belajar.. yg penting, HALAL :)

Wonderful Life with Mary Kay said...

Alhamdulillah.... ba

Wonderful Life with Mary Kay said...

alhamdulillah

Zahratunnur said...

mabruk adik...moga mahligai impian yang dibina akan kekal hingga ke syurga..doakan akak jugak ye..akak kenal adik melalui najmi UKM..dia yang bagi url blog adik pada akak..terima kasih ye..=)

Unknown said...

wahh tahniah. dah kawin daa akak. Moga bahagia selalu =)

aindzaya said...

sWEETNYA STORY! betullah, jodoh tak dirancang tanpa kita sedari kann...cepat2 dapat baby tau!

Shakirah said...

Alhamdulillah comel je. Moga kekal hingga syurga dengan reda Allah . Amiin ^^

Bunda_nora said...

Alhamdulillah,

dah selamat dahh..

Aisyah said...

Datang dari Giveaway Salam Ukhuwah . Done follow blog nie .
Hope akak sudi singgah and follow Isyah back ^^
#5648


Btw , Tahniah ya akak . Semoga kekal bahgia hingga ke syurga ;)

cahaya said...

Alhamdulillah.. Barakallahulakuma :)
Ukhti, kalau ana nak gunakan gambar yang kartun pasangan diatas boleh?
Atau ada copyright? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula