Home » » Best sangat ke kritik orang?

Best sangat ke kritik orang?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita ni senang je bercakap kan..cakap macam tu, cakap macam ni. Macam-macam kita cakap..macam-macam kita komen, komplen, kritik, kutuk. Itu ini dan bla bla bla. Best sangat ye perbuatan mengkritik tu? 

Bukan apa la..kritik, komen atau yang sama maksudnya memang bagus tapi biar lah kritikan yang membina bukan sebaliknya. Orang lain mudah je memberi kritikan, tu la bagus ini tak bagus. Kena buat macam ni, jangan buat macam tu. Cakap memang mudah..kadang-kadang cakap je banyak, tapi habuk pun takde. Betul kan? Orang yang macam ni nak dikategorikan dalam jenis apa ye? Mereka ni suka menilai dan memberi komen serta kritikan kepada apa yang orang lain lakukan..

Bagi saya kan, kalau nak kritik biarlah dengan cara yang baik..cara yang berhikmah. Sama juga macam kita nak berdakwah..barulah macam perumpamaan "tarik rambut dalam tepung" rambut tak putus, tepung tak berselerak. Lebih kurang la kan. Kadang-kadang juga ada manusia yang bila lebih sikit, mula la nak kritik orang lain. Tak kira la lebih ilmu, lebih harta atau lebih cantik.

Yang paling tak elok ialah bila dia seorang yang berpenampilan baik..maaf saya cakap ye. Ada juga sebahagian mereka yang hanya kelihatan baik pada luaran sahaja tetapi dalaman kurang baik. Hipokrit. Nampak je orang yang penampilan biasa-biasa ni terus je komplen..itu la ini la. Bagi saya, kita tak boleh nak melabelkan seseorang itu masuk neraka or masuk syurga. Mana tau satu hari dia berubah dan jadi baik daripada yang mengkritik tu. 

Orang yang selalu mengkritik tu walaupun penampilan yang baik sama la jugak dengan orang yang tak pakai tudung tapi hati baik. Bahkan mereka yang berpenampilan baik tu lagi teruk sebab seolah-olah berpura-pura. Jangan selalu nak kritik orang lain je..yang penting, selalu muhasabah diri sendiri dulu. Kalau nak kritik, biarlah yang membina. Nak mengkritik pun perlu beradab jugak tau ~


Mind Set, Kritik, Kritikan, Komen, Kutukan, Kritikan Membina, Mengumpat, Ubah Persepsi


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

6 luahan hati:

olinolina said...

manusia memanag suka mengkritik kelemahan org

fiQ'Ra said...

mana yg baik, kite ambil~ mana yg kurang baik, kite tapis bg cantik ;)

♥ MRS ZACKS ♥ said...

stuju sangat :) jgn ikut sdp mulut, nti binasa. hehehe

olinolina said...

http://molinolina.blogspot.com/2011/09/hantu-di-padang-pasir-lagi-baik.html..

jom baca entri ni..

Budak_taWadhuk - najwa - said...

komen untuk tambah baik prestasi org, bkn untuk menjatuhkan prestasi org.

Twilleries said...

apa yg bleh ambik tu, kita muhasabah la. Apa yang diorang cakap tu ada sebabnya. Mesti ada salah kita d mana2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula