Home » » Karikatur yang menghina Islam

Karikatur yang menghina Islam


بسم الله الرحمن الرحيم 

Lukisan, Karikatur, Kartunis, Surat Khabar, Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, Karikatur yang Menghina Islam, Rogol, Kes Rogol, Islam, Undang-Undang Islam, Hudud, Liwat, Kes Liwat, Zina

Satu karikatur yang telah dikeluarkan oleh salah satu akbar Malaysia baru-baru ini telah mencetuskan satu kontroversi terhadap umat Islam  khususnya di Malaysia ini. Karikatur tersebut yang dihasilkan rentetan daripada isu  video seks yang membabitkan pemimpin utama Pakatan Rakyat. Karikatur tersebut jelas dilihat cuba untuk mengelirukan masyarakat Islam di samping cuba menghina hukum yang digariskan oleh Allah S.W.T.

Karikatur yang bertajuk "kekeliruan kes rogol" terpapar gambar seorang wanita yang ingin membuat pembelaan akibat dirogol. Karikatur tersebut cuba menggambarkan dua keadaan dimana satunya dibuat kepada tok penghulu yang akhirnya ditolak kerana tidak mendatangkan empat saksi melainkan dengan rakaman telefon bimbit sahaja. Manakala yang satu lagi menggambarkan pembelaan yang dibuat di balai polis diterima oleh kerana telefon bimbit tersebut dinilai sebagai bukti kes. Karikatur ini jelas cuba menghina Islam seolah-olah syariat yang digariskan Allah telah ketinggalan zaman

Saudara Muhammad Hafizan selaku Presiden Ikatan Studi Islam menyatakan rasa kekecewaan beliau berhubung dengan isu ini serta mendesak agar pihak yang terbabit memohon maaf terhadap umat Islam seluruhnya

" Saya kecewa dengan tindakan sebuah akbar tempatan kita hari ini. Dahulunya akhbar Dernmark telah mengeluarkan karikatur menghina Rasulullah yang menjadi ikon utama umat Islam, kini Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam pula turut sama menghina Islam seolah Islam ini satu agama yang jumud dan kuno. Saya terasa amat malu dan hina sebagai rakyat Malaysia ekoran tindakan yang dilakukan oleh akhbar tempatan tersebut" - Ujar beliau

Syariat Islam Sebagai Undang-undang Paling Utama

Syariat Islam sangat berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang mana memberi perhatian terhadap sebahagian daripada perkarazahir dan serta tidak menyeluruh mencakupi aspek rohiyah yang menjadi naluri manusia.  Syariat Islam secara jelasnya  memberi penekanan terhadap dua aspek penting yakni hubungan manusia dengan Sang Pencipta serta hubungan sesama manusia. Ini termasuk masalah yang berkaitan duniawi dan juga masalah yang berkaitan akhirat.

Mungkin ada sesetengah manusia yang mengatakan bahawasanya hukum hudud dan qisas ini merupakan hukum unta ataupun hukum yang ketinggalan zaman. Namun begitu, kini kita dapat lihat sendiri akibat mengabaikan hukum Allah. Lihat sajalah Malaysia kini yang tidak henti dengan kes zina, rogol dan bunuh. Ini jelas membuktikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia itu sendiri.

Setiap hukum yang Allah tetapkan pasti akan mengandungi satu hikmah yang amat besar. Contohnya pengharaman umat Islam memakan daging babi. Saintis telahpun membuktikan bahawasanya babi ini merupakan penternak kepada pelbagai jenis virus influenza yang mampu mengancam manusia. Hikmah yang Allah turunkan jelas ingin mengelakkan manusia daripada kebinasaan walaupun 1400 tahun yang lalu masih belum tercipta mikroskop yang mampu melihat zarah-zarah.

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Maha Suci Allah yang menurunkah syariat yang jelas kepada hambaNya sebagai panduan  untuk hidup aman dan makmur di dunia. Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Engkaulah yang Maha Adil, setiap syariat yang telah Engkau turunkan menyelamatkan hambaMu daripada jalan kesesatan dan kembalikannya pada jalanMu yang hakiki. Bimbinglah kami ini diatas jalan yang Engkau redhai. Lindungilah kami daripda musuh-musuh kami yang senantiasa cuba untuk menyesatkan kami dan Engkau jauhkanlah kami daripada jalan maksiat yang Engkau Murkai ini.

Islam, Islam The Way of Life, I Luv Islam ,Testi I Luv Islam, Islam Solution, Islam the Best Solution, Islamic Law




P/s : Saya copy paste bulat2 daripada blog IsiUKM. Semoga bermanfaat

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

2 luahan hati:

Syukri Kamaruddin said...

karikatur macam ni boleh lepas keluar kat surat khbar Malaysia?? bagus betol...dah macam kat Barat.. kebebasan bersuara.

Syukri Kamaruddin said...

teruk betol.. bila orang x faham hukum islam..mcm tu la.. aisshh geram nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula