Home » » Hukum Tengok Wayang

Hukum Tengok Wayang


بسم الله الرحمن الرحيم 

Wayang, Wayang Gambar, Hukum Tengok Wayang, Pawagam, Wayang dalam Islam

Assalamualaikum semua

Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini memang ramai sangat yang suka pergi  ke panggung wayang kan. Bila ada filem baru je, semua serbu panggung wayang yang berdekatan dengan rumah. Sekarang ni pun, dah mula ramai pengarah dan penerbit filem yang menerbitkan kisah-kisah yang berunsurkan keagamaan. (hmmm..saya pun tak pasti..susah nak jelaskan) mungkin sebagai contoh filem Nur Kasih the Movie. 

Tapi, apa hukum tengok wayang eh?? 

Jom kita baca artikel ni sekejap 

Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang bersama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kadar yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam.

Tapi, persoalannya sejauhmana filem yang ditayangkan itu menepati syarat-syarat tersebut? Adakah wujudnya panggung wayang yang mengasingkan lelaki dan wanita di dalam kawasan yang gelap (cinema)? (dengar2 ada di Kelantan) habis tu kat tempat lain macam mana pulak ye? Tepuk dada, tanya lah iman masing-masing. Kawan-kawan sendiri boleh menilai hukumnya :)


P/s : Alhamdulillah, selama 22 tahun saya hidup di dunia ni tak pernah lagi saya menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang~

والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

13 luahan hati:

ezzah said...

sama la .saya pun tak pernah even kawan sendiri ajak pun tak jejak lagi . so , tak taulah macam mana rupa dalam panggung tu .

shiema sufian said...

baguslah kalau begitu. kekalkan :)

Zahra Ameerah said...

sekadar pendapat,
dlm wayang, kite blh pilih seat, kirenye takde mslh pn utk elak dr bergaul dgn yg bkn ajnabi.

kalau nk dilihat dr konteks zmn sekarang, ramai mad'u2 kite yg sgt berminat utk ke wayang, jika wayang adalah salah satu uslub dakwah yg blh kite gunakan, sy rase tak slh.

dgn cara ni, kite sbnrnye mmbawa satu imej bru kpd mad'u kite, bhwa Islam itu mudah, dalam Islam juga ada hiburan, lengkap dgn syarat-syaratnye.

sbb pndgn mereka (setelah di survey)terhadap org yg berdakwah ni, katanya, para daie ni fikiran mereka kdg2 disempitkan dgn hukum2 dan pemikiran2 yg agk menyusahkan.

wallahu'alam.

cik putih said...

entry yang sangat bagus untuk umum ! ;)

suha said...

perkongsian yg bagus (^_^)

Atika Aula said...

@Zahra Ameerah
Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah,
tetapi jika kita salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.
terima kasih kepada saudari yang sudi memberikan pendapat. jika kita teliti, berdasarkan kepada syarat2 yg kita baca di ats, jelas2 bahawa ia nya adalah bertentangan dengan apa yg di boleh kan.
Islam itu memang mudah, tetapi jgn pula kita mempermudahkannya dengan cara mengambil jalan yg mudah.
perkara yg tak boleh, tetap juga tidak boleh.
banyak lagi hiburan yg boleh kita pilih. memang betul, kita disarankan untuk menggunakan uslub dakwah bil hal. Mengikut keadaan semasa, tetapi dalam keghairahan kita untuk berdakwah, pastikan kita mengikuti garis panduan yang betul.Jangan sampai kita juga yang terjebak dengan perkara yg kurang baik.
Wallahu a'lam

Azree said...

Like these words..

"Alhamdulillah, selama 22 tahun saya hidup di dunia ni tak pernah lagi saya menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang"

Apapun, if pergi dengan teman serumah beramai-ramai untuk eratkan ukhuwah, mesti best.

Tengok yang kartun macam kungfu panda 2, bersih daripada yang tidak baik ;)

Azma said...

info yg bagus..nak share tp x jmpa button share.. :)

fatten said...

saye dah termasuk sekali.. tu pun sbb terpakse.. takut nak jalan sorg2.. sume nak tgk wayang.. terpakse juga join dorg...=( xnak masuk lg lps ni..

Mr AnOnymOUs said...

As salam..bgus entry nie..:)
sape2 yg xpenah pegi jgn pegi ek n yg dah pegi, stop ri ni:) wlopun tgk bnda bek tp pk smula msa dan duit kita:)

Nurul syahirah (-_-) said...

sama lah kita akak... tak pernah masuk panggung wayang.....

farah liana said...

ana pon xpnah g msok...membazir duet je an...tgk muvi download dri tenet ag bgos...^^

miss_anniesya said...

as salam..saya minta copy ye..coz na sebarkan dakwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula