بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..nak tau ke kenapa saya "remove" nuffnang dari blog? Tunggu kejap ye. hehe. Bagi blogger tegar, saya rasa..semua dah tau apa itu nuffnang. Bagi yang tak tahu lagi..jom saya bagi tahu. Kalau kita mendaftar sebagai ahli nuffnang (nuffnanger) dan letak unit iklan di blog. Lepas tu, kita akan di bayar berdasarkan jumlah klik iklan yang ada di blog kita. Yang ni..secara umum je..kalau nak tahu dengan lebih lanjut, google sendiri la. Tak p0n klik je http://www.nuffnang.com.my.
Sebenarnya saya ada terbaca satu artikel di sebuah blog..kredit dari laman web Ustaz Zaharuddin berkaitan dengan iklan berbayar ni. Tajuknya ialah Upah dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah? Ok, artikel ni saya dah copy n paste..kalau nak juga baca daripada laman web asal, klik je link tadi. Jom baca~
Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
Ok..dah habis baca? Bila baca artikel ni..Ustaz Zaharuddin tak cakap ianya halal atau haram. Tetapi artikel ini merupakan satu " guideline" kepada pihak pengiklanan untuk memastikan ianya tidak jatuh kepada hukum haram. Berdasarkan kepada artikel ni juga kite perlu berfikir sendiri sejauhmana ke"halalan" duit tersebut.
Baru-baru ni saya dah dapat BE (Buffered Earning) dapat 4 sekaligus..tapi, yang saya kurang senang tu bila saya dapat BE tentang satu set pelangsingan badan yang mengiklankan gambar perempuan yang terdedah auratnya..dan BE yang lagi satu tentang filem yang ada di panggung wayang. Sejak dulu lagi saya dah was was dengan unit pengiklanan ni..tak kira syarikat apa pon. Walaupun kita boleh pilih untuk tidak mengiklankan iklan alkohol atau rokok di blog kita, tapi ada juga iklan yang di luar kawalan kita. Contohnya macam BE yang saya dapat baru-baru ni. Kalau yang selalu datang ke blog saya, mesti dah biasa nampak iklan perempuan yang tidak berpakaian dengan sempurna tu ada di sidebar kan..betol tak???
Walaupun saya dah mendaftar baru beberapa bulan sebagai nuffnanger, dapat lah juga saya kutip hampir 30 ringgit..BE empat dan Kempen hampir 100. Saya pon penah belajar tentang Fiqh Muamalat semester lepas, jika sesuatu urusan yang mengandungi unsur syubhah, maka ia juga termasuk dalam hukum haram. Bukan di dalam muamalat (urusan perniagaan) je..bahkan dalam urusan yang lain, contohnya makanan. Syubhah tu bermaksud sesuatu perkara yang dikhuatiri antara halal dan haram.
Seperti dalam artikel yang Ustaz Zaharuddin nyatakan di atas, tentang iklan-iklan yang tidak menepati syariat..akan jatuh hukum haram. Kalau iklan itu jatuh hukum haram..maka duit itu pon haram juga.Kalau duit tu haram..maka kita tak boleh guna sebab ia nya haram apatah lagi untuk dijadikan darah daging. Na'uzubillahhi min zalik..saya bukan nak mereka-reka cerita yang tidak benar. Saya cuma ingin mengajak kawan-kawan berfikir..soal halal dan haram jangan di pandang mudah. Bukan soal remeh temeh.
~Segala kesilapan dan kekurangan amatlah disesali~
Ini merupakan pendapat dan tindakan saya.Itu pon setelah berfikir dan timbang berdasarkan pembacaan dan akal yang waras serta logik. Anda bagaimana =.=
والسلام
42 luahan hati:
ouhhh.. kalau camtu elok saya remove juga. thanks sis! :)
betul la tue~~~tetapkan matlamat berblogging,,kalau merasakan was-was,remove jer la iklan,,merasakan perlu,,xpa la kekalkan...jarang plak dpat iklan pelik2,,selalu dri nokia n digi :D
terima kasih sbb berkongsi ilmu... :)
emm.. dah berapa bulan daftar nuffnang, rm5 pun tak cecah lg. sy pun tak pernah mengharapkan ape2 dr nuffnang. sbb tu saya tak pernah tulis kat iklan nuffnang cth sperti sila klik, klik kalo cantik, klik kalo nk pahala. sy perasan ramai je yg tulis mcm tu. kalo ade yg nk click, biarlah dia mmg nak tau pasal iklan tu. emm. kita sama2 belajar utk jd lebih baik... :)
menarik ni.. boleh buat panduan untuk tindakan selanjutnya.. Thanks yer berkongsi di sini..
wallahu'alam.. baik kita buat sebelum trlmbat :(
Menarik entri ni..thanks kongsi
sy plak memang xde nuffnang pon.. cmne nak buat niffnang tu pon sy xreti.. muehehee tp sy rasa sy mmg xde intention pon utk buat siar iklan ke apa, tapi..thank u byk2 jugak la sbb share info berguna mcm ni.. nampaknya, sy tetap xkan siar iklan lah lepas ni.. heeee
sy pun dari dulu lagi sangsi.. was was.. nasib baik xde BE ke ape lagi. mmg tak faham pun camner dorg kite.. nk mintak share ni boleh tak? & sy pun dah submit soalan psl nuffnang ni kt sorg ustaz.. tgh tgg dier reply.. nnt sy share dgn sist jugak ye.. ^_^
**kire not kite
sy x memaksa atau suruh kawan-kawan untuk remove..dan sy jugak x sruh kawan-kawan untuk mendftr sbgai ahli. berdasarkan daripada artikel ustaz zaharuddin tu..kawan-kawan boleh menilai dengan baik..terserah la ye. :)
terima kasih...emm saya memang xminat pon pasal nuffnag nie...
salam
perkongsian yang bermakna
alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi iklan yang pelik pelik menapak kat blog syira, tapi mmg syira nampak ada yang kat blog lain gambar perempuan mendedahkan aurat.. jika ada juga diblog syira, dan syira terlepas pandang syira harap ada teguran utk syira, tapi syira sebolehnya nak jaga sebaiknya..tak nak terlibat dengan shubhah ni..
nuffnang dah bagi 1 k lebih dah =)
yg 4 syarat tu, setelah tengok memang nuffnang ok. silap syarikat camni sebab tiada panel syariah. nak buat panel syariah camne sebab mmg bukan org islam yg punya
hmm.. padanla ak nyer BE sket jer.. xde iklan2 "panas" yg membolehkan orang "klik" (笑)
hehe, ape2 pon info yg berguna..
arigato!
terima kaseh sangat2 ya..tak pernah terfikir pasal ni..nak remove jugak :)
terima kasih berkongsi info ye..
kalau hantar ticket dekat nuffnang cakap taknak iklan-iklan macam ni boleh tak
@HAZWAN17
yang tu sy kurang pasti la..try la tanya orang yg lebih pakar ye. sori..;)
betul la kate2 awk Atika Aula..
sy rasa ad baik nya sy remove jugak..
walaupon rasa syng nak remove..
mungkin inilh jalan yg terbaik.
syukran for the info teman..
(^^,)
wah. info baru bg saya. thanx! :)
salam singgah! ^^
thanks info ni..
baru ingat nak join Nuffnang gk
tapi lepas baca entry ni rasa2 xpayah la sbb dah jd ragu2..huhu
sy mtk share entry ni k~
bguna utk same2 sebarkan..thank :))
@Puteri Ketenangan^^
ok boleh..sile kan. :)
terima kasih kerana info ni menyebabkan saya sedar balik tujuan saya berblog adalah untuk menyebarkan hasil penulisan saya dan memperkasa lagi penulisan disamping untuk memberi ilmu atau info berguna..
thanks... hampir terleka pula...
ya, apa2 kita berbalik kepada niat kita kan?
thanks..
salam atika aula, dasyat mende ni ..
raudhah gak penah tgk iklan pelangsingan badan tu kat blog ana, mmg terdedah, aurat terbuka ..
haihhh, malu juga walaupun bukan pic kita..huhu
dlu pn da trgerak aty da nak wat nuffnang nie .. tp pki2 pnjg2 .. tkod kang kne bayo ke ap ke .. tros tk jd .. pas bcer post nie bwu la twu .. hee ..
Baru buat strategi nak dapat duit dari iklan nie.. nak teruskan tidak nie.. haish!!
masya-Allah,,, saya kian bingung sekarang,,, teringin jugak nak buat duit dgn blog ni sebenarnya, tapi bila baca entri ni, buat saya fikir dgn lebih mendalam~ hmm, semoga Allah beri petunjuk kpd saya hendaknya..
salam..
sy pnah letak iklan tu..tp just 2 hari ja..pastu sy remove balik sbb serabut bkn sbb halal & haram..la ni sy dah tau apa statusnya...
sy nk copy leh x??nk share kat sahabat2 blogger yg lain....^^
p/s:entri yg bmanfaat...syukran..
truskan btinta ya ukhti..smg Allah redha..
terima kasih atika untuk info ini...
Salam..
Ustaz Love pernah buat entry pasal hukum iklan nuffnang ni :
http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-hukum-pendapatan-hasil-nuffnang
Berkenaan dengan iklan yg mendedahkan aurat, memang takde cara nak selesaikan memandangkan iklan tu rotate.. cuma buat masa ni, Ustaz Love cuma meletakkan iklan leaderboard, sbb iklan tu lebih selamat dan tak memaparkan gambar2 tak senonoh..
kebanyakan iklan yg membuka aurat tu kat skycraper dan sidebar.. iklan milkadeal la biasa keluar mcm tu..
WA
@HAZWAN17 rasanya masa create account nuffng tu kita ada diberi pilihan utk iklan jenis apayg kita nak..
info terbaik...tq...salam
terima kasih sudi kongsi. tapi ada cara tak nak delete account nuffy tu terus? :)
saya prnah terfikir hal ini sndirian..kdg2 iklannya di luar kawalannya sya..mohon tinggalkn jejak di blog sya, macam mana saudari hapus iklan nuffnang..adakah dengan cara meremovenya di bahagian gadget atau perlu maklumkn pada pihak nuffnang..
sya sgt mengharpkan kebenaran saudari utk share entri saudari ini di blog sya...utk kebaikan umat bersama :)
salam kak, cmne na remove nuffnang account tu ?
salam. macam mana nak delete akaun nuffnang tu.
terima kasih..dgn ilmu
salam saudari.. terima kasih utk perkongsian ini.. mmg tak pernah terfikir pun pasal ni, bila baca post ni fikir betul jugak apa yg dikatakan ustaz ;)
salam sis.. boley gtaw x cara tuk remove nuffnang tu?? pliss..
mintak share entry nie ye ;)
Ada juga fikir pasal ni.. Rasanya nak remove semula lah iklan nuffnang ni.. thanks for the info.. =)
Post a Comment