بسم الله الرحمن الرحيم
Arnab dan Kambing bersahabat baik. Mereka makan di padang rumput yang sama dan minum di sungai yang sama juga. Satu hari, mereka bergaduh. Hal yang terlalu kecil, tetapi akhirnya bertukar menjadi besar apabila mereka saling mencaci antara satu sama lain. "Aku akan hancurkan kambing. Apa dia ingat aku takut dengan tanduknya?" getus arnab seorang diri. Dia ligat memikirkan bagaimanakah caranya hendak memusnahkan kambing. Tiba-tiba dia mendapat idea yang baik. "Ya, aku akan berjumpa harimau dan memberitahunya tempat kambing selalu berehat," kata arnab di dalam hati. Dia yakin harimau akan bersetuju. Siapa yang hendak menolak rezeki?
Arnab pun menemui harimau dan memberitahu di mana kambing bersembunyi. Harimau dengan pantas bersetuju dan mengajak arnab pergi bersama-samanya ke tempat yang dimaksudkan. Bila tiba sahaja di situ, harimau terus menerkam kambing dan membunuhnya. Dan sebaik saja kambing mati, harimau terus menerkam arnab dan membunuhnya sekali. Dua bekas sahabat baik itu menjadi mangsa harimau yang menjadi musuh mereka sekian lama..
Pengajaran : Kebencian acap kali menghilangkan kerasionalan dalam berfikir. Berdepan dengan 2 mudharat serentak, kita gagal menilai mana satu mudharat yang lebih besar impaknya pada kita.
والسلام
4 luahan hati:
cerita yg menarik
Cerita yang penuh dengan pengajaran.
angkara busuk hati..hurmm..
betul2..jgn lah kita dengki mendengki sesama saudara seIslam..
Post a Comment