Home » » Teknologi dalam Pendidikan Islam

Teknologi dalam Pendidikan Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

Teknologi dalam Pendidikan Islam, Pendidikan Islam dan Teknologi, Teknologi Terkini, Hubungan Teknologi dengan Islam, Islam Maju Teknologi

Kali ini saya akan membicarakan tentang topik Teknologi dalam Pendidikan Islam. Pada abad ke 21, teknologi maklumat menjadi salah satu agenda utama bagi negara kita yang sedang membangun. Penggunaan komputer adalah salah satu elemen terpenting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Penggunaan komputer dalam aktiviti P&P adalah satu kenyataan dan harus kita terima dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Selaras dengan perkembangan pesat teknologi pendidikan, para pendidik terutamanya guru-guru Pendidikan Islam turut tidak ketinggalan untuk menggunakan komputer sewaktu proses P&P. Maka, perkara ini dapat menjadikan subjek Pendidikan Islam lebih menarik, berkesan dan juga bermakna dalam diri para pelajar.

Berikan 5 pendapat/pandangan anda tentang kelebihan-kelebihan pengaplikasian teknologi (komputer) sewaktu proses P&P khususnya dalam subjek Pendidikan Islam ...


Sekian


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

10 luahan hati:

nur_iman said...

assalamualaikum & salam ramadhan al-karim.

saya sangat bersetuju jika dikatakan bahawa penggunaannya Media Pengajaran kepada guru-guru pendidikan Islam sebagai bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang lebih kepada pelajar-pelajar ketika proses P&P.
bagi pendapat saya, banyak kelebihan yang terhasil jika pengaplikasian teknologi dalam proses P&P dalam kalangan guru PI.
antara kelebihannya ialah:
1)pelajar akan lebih memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
2)kefahaman dalam sesuatu topik lebih mendalam dalam diri pelajar.
3)menjimat masa guru dan pelajar.
4)penggunaan contoh drp video dan gambar yg diambil daripada internet dapat mengurangkan beban guru kerana guru tidak perlu membuat/memberi contoh secara langsung setiap kali masuk kelas.
5)memberi semangat dan keyakinan kepada guru untuk mengajar.

sekian, wassalam.

NORASHIBAH BT IBRAHIM (A129710)

asiah ukm said...

ASSALAMUALAIKUM....

Sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan media sebagai BBM seperti komputer perlu diberi perhatian serius pada masa kini, antara kelebihannya adalah:

1) guru dapat memberi pengajaran sepanjang masa, tidak hanya terhad sewaktu didalam kelas sahaja.

2) ia dapat menjadikan P&P lebih menarik dan pelajar lebih menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran.

3) P&P akan menjadi lebih menarik sekiranya disusuli dengan tayangan video dan gambar - gambar berkaitan dengan matapelajarn dan ia sekaligus dapat menrik perhatian pelajar.

4) pembelajaran menjadi lebih mudah sekiranya pelajar ketingglan dalam matapelajan yang diajar pada hari tersebut kerana ia dapat diambil terus daripada guru untuk dijadikan rujukan.

5) media seperti laman web membantu pelajar untuk mencari maklumat tambahan sebagai rujukan peribadi dan pelajar -pelajar dapat menjimatkan masa dan tidak perlu berulang alik ke tempat tuisyen dan sebagainya.

nor asiah abdullah ( a129695)

Humaira' said...

5 pendapat/pandangan anda tentang kelebihan-kelebihan pengaplikasian teknologi (komputer) sewaktu proses P&P khususnya dalam subjek Pendidikan Islam:

1. murid akan mudah fahama apa yang ingin disampaikan guru

2. guru tidak akan ketinggalan zaman walaupun hanya mengajar pendidikan islam

3. masa akan dapat dijimatkan jika guru menggunakan teknologi

4. murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan mereka akan mudah faham

5. guru dapat mempelbagaikan metod pengajaran melalui teknologi

SYAZA MOHD SABRI (A127226)

Cik Cahaya said...

Assalamualaikum...

Antara kelebihan penggunaan teknologi dalam subjek pendidikan Islam ialah:

1)Dapat menarik minat pelajar mengenai sesuatu topik.

2)Memudahkan proses p&p guru dan pelajar.

3)Pelajar akan mudah faham dan menambahkan pengetahuan pelajar tentang sesuatu topik.

4)Guru dan pelajar boleh berbincang walaupun bukan di dalam proses p&p.contohnya penggunaan blog,yahoo group dan emel.

5) Dapat menjimatkan masa guru dan pelajar.

Sekian,terima kasih.

NUR FARIDHA ADRINE AZIZ A127301

orkid ungu said...

Assalamualaikum..

1) Dapat menjimatkan masa guru dalam proses penyediaan ABM

2) Dapat memberi banyak masa untuk pelajar dan guru berbincang

3) dapat mengurangkn beban tugas guru

4) Dapat menarik minat pelajar

5) proses P&P akan menjai lebih menarik.

Sekian..

Mazawani Murad A130022

YaNie FaUzi said...

ASSALAMUALAIKUM
Antara kelebihan guru pendidikan Islam menggunakan teknologi dalam p&p adalah
1.guru dapat menjimatkan masa dan tenaga

2.dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu subjek dengan cepat

3.mengurang pelajar yang mengantuk dan boring semasa proses p&p

4.pelajar akan semangat untuk belajar

5. guru dapat mengajar dengan lebih berkesan dan yakin

sekian,

TUAN SITI NOORYANI BT TUAN FAUZI
(A129699)

syahirah said...

Antara kelebihan guru Pendidikan Islam menggunakan teknologi dalam p&p ialah:

1) dapat menarik perhatian pelajar.
2) dapat menjimatkan masa kerana dapat digunakan berulang kali.
3) guru dan pelajar akan lebih bersemangat
4) pelajar akan mudah faham
5) guru lebih yakin untuk mengajar

Nurul Syahirah Bt Che Ahmad A128053

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD said...

Assalamualaikum w.b.t...

5 pandangan saya tentang kelebihan pengaplikasian teknologi sewaktu proses P&P dalam PI adalah:

1.dapat memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar, sekiranya guru menyelitkan P&P dengan tayangan video atau gambar yang berkaitan subjek yang diajar.Dengan ini,dapat membentuk ingatan jangka panjang kepada pelajar kerana maklumat disampaikan oleh guru dapat diserap dan dihadam dengan baik.

2.dapat menjimatkan masa dan tenaga guru.

3.guru dapat mengawal disiplin para pelajar di dalam bilik darjah kerana pelajar fokus kepada apa yang diajar dan ditunjukkan oleh guru
dihadapan.

4.menarik perhatian pelajar terhadap P&P yang berlangsung.

5.guru dapat mengaplikasikan kemahirannya dalam bidang ICT dengan baik serta dapta memberi input yang berguna kepada pelajar.

sekian...

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD (A129665)

SITI SOLEHAH said...

Asalamualaikum.

Antara kelebihan pengaplikasian teknologi dalam proses P&P ialah:
1. Persembahan P&P menjadi lebih menarik dan mampu merangsang minda pelajar.
2. Kandungan P&P boleh disimpan untuk tempoh yang lama dan boleh dicapai kembali dalam masa yang pantas.
3. proses pemindahan ilmu berlaku dengan lebih berkesan
4. Memudahkan dan mempercepatkan proses P&P
5. Meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Sekian.
Siti Solehah Bt Awang Ngah(A130040)

asmat89 said...

Assalamualaikum..
Mengenai 5 pendapat tentang kelebihan penggunaan teknologi dalam pendidikan khususnya pengajaran pendidikan islam ialah:
1) Pengajaran guru akan lebih sistematik dimana guru dapat merancang pengajaran yang berkualiti dalam masa yang telah ditetapkan.
2) Melahirkan guru pendidikan islam yang serba boleh, seperti kreatif,inovatif dan berdaya saing.
3) Dapat menolak persepsi negatif sesetengah pihak yang berpandangan bahawa guru pendidikan islam kurang maju dalam teknologi ict atau kurang melibatkan teknologi dalam pengajaran.
4) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.
5) Penggunaan teknologi membantu meningkatkan kefahaman pelajar dengan cara yang mudah contohnya dengan mendemonstrasikan video berkaitan topik pengajaran tertentu seperti tayammum, solat ketika sakit,dan sebagainya.
Sekian wassalm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula