بسم الله الرحمن الرحيم
Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun dihabiskan untuk tidur. Oleh itu, amatlah rugi andai tidur itu berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas, yang mampu meningkat darjat tidur daripada:
Niat : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.
Subjek : Tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud, " Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)." (Surah Al- Naba' 78:10)
Pelaksanaan : Pelaksanaannya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta, atau mendengar khutbah.
Optimum : Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman, dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulallah perlulah dipatuhi.
Tidak meninggalkan ibadah yang asas : Jangan tidur sehingga tertinggal waktu solat.
Natijah : Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya, melakukan kemaksiatan.
Kesudahannya, adat kebiasaan bernilakan ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, masak dan sebagainya...
والسلام
1 luahan hati:
Tidur sebagai Ibadah
Post a Comment