Imam Muda Hassan Juara Imam Muda Musim Kedua..Tahniah!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Imam Muda Hassan, Imam Muda, Juara Imam Muda, Juara Imam Muda Musim Kedua, IM Hassan, Imam Muda Kedua Hassan
Pinjam sekejap gambar ni :)

Assalamualaikum

Tadi pukul 10.30 baru je lepas tengok kemuncak Imam Muda musim kedua..alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hassan atas kejayaan beliau bergelar Imam Muda unggul 2011. Tapi, betul la cakap beliau..itu hanya nombor sahaja, semua imam muda sebenarnya sama. Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sama. 

Bahkan, bukan imam muda je..kita semua umat Islam merupakan khalifah Allah di muka bumi. Kita tak boleh lari daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita sebagai manusia. Tak boleh tuding jari ke arah orang lain supaya menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita sendiri kena mulakan sebab setiap orang itu adalah pemimpin. Betul kan? Kalau tak mampu untuk memimpin orang lain, pimpinlah diri sendiri dulu supaya tidak tersasar daripada jalan Allah.

Akhir kata, tahniah dan teruskan berdakwah. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Doa ni bukan sahaja kepada 10 imam muda, tetapi kepada seluruh umat Islam. Amin..


P/s : Boleh like fan page Imam Muda Hassan, kalau berminat..


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Contest : Saya Blogger Kreatif


بسم الله الرحمن الرحيم

Klik gambar untuk copy

Assalamualaikum

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya rasa nak buat contest la. Ni contest saya yang kedua..ok, tak nak cakap banyak-banyak. Jom tengok syarat-syaratnya eh..

  • Follow blog saya
  • Like Fb page saya
  • Buat entri yang bertajuk " Contest : Saya Blogger Kreatif"
  • Ambil gambar diatas dan letakkan di dalam entri tersebut
  • Ceritakan tentang blog saya (tak lebih daripada 50 patah perkataan)
  • Komen entri ni dengan letakkan link entri kawan-kawan
  • Tag 5 orang dan pastikan mereka tau

Ok, sekarang ni kita tengok hadiah :

  • 10 blog yang menang akan direview selama 10 hari (sticky post)

Aspek yang akan diadili pula :

  • Kekemasan blog
  • Kecomelan blog
  • Kecantikan blog
  • Keringanan blog
  • Kekreatifan buat ayat ( untuk menerangkan tentang blog saya )

Tarikh contest :
  • 1 Julai - sebelum hari raya puasa (tunggu update daripada saya)


Contest ni akan terbatal sekiranya kurang daripada 10 penyertaan. Kebarangkalian blog kawan-kawan untuk menang adalah sangat tinggi sebab saya akan pilih 10 pemenang berdasarkan syarat-syarat di atas tadi. Apa lagi, jom join contest ni sekarang!!

UPDATE : Saya akan follow blog yang join contest ni..contest pertama dulu pun saya buat mcam tu jugak :)
UPDATE 2 : Tarikh tutup = 30/7/2011


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula