Apa pendapat anda tentang Nuffnang..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Dulu, saya pernah menjadi nuffnanger sekejap. Tapi, bila saya terbaca satu artikel di laman web Ustaz Zaharuddin, saya ambil keputusan untuk remove Nuffnang dari blog saya. Kalau kawan-kawan nak baca, klik sini.  Tap, bila saya terbaca artikel di laman web Ustaz Nor Amin tentang Nuffnang, saya jadi agak keliru. Klik sini.

Saya jadi bertambah konfius tentang hukumnya. Timbul persoalan saya sama seperti orang yang bertanya ni. Kalau nak bukti, klik pada laman web Ustaz Nor Amin (bahagian komen)

Nuffnang, Hukum Nuffnang, Nuffnang Haram, Cara nak Daftar Nuffnang, Iklan Nuffnang, Hasil Nuffnang, Duit, Pengiklanan

Nuffnang, Hukum Nuffnang, Nuffnang Haram, Cara nak Daftar Nuffnang, Iklan Nuffnang, Hasil Nuffnang, Duit, Pengiklanan

Persoalan saya ialah sama seperti anonymous tersebut. 

P/s : Kawan-kawan blogger yang mendaftar bawah nuffnang, boleh tak berkongsi pendapat, hujah/ dalil dengan saya. Kalau boleh, saya nak tau hujah apa yang kawan-kawan gunakan. Semua ni untuk menghilangkan kesamaran saya :)

Sekian

 والسلام

8 comments:

  1. slm..sy pun da remove nuffnang tu..pas bca yg awk tls..sy pn ad doubt..so sy remove..klu kita ad doubt dgn sesuatu tu..lbh baik kita tgglkn..huhu

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, situasi ini penuh dihurungi kesamaran dan syubhah.

    Bagi mengelakkan langsung dari sebarang yang tak diingini, seperti wang haram atau sebagainya, saya mengambil solusi untuk keluar terus dari situasi syubhah tersebut dan remove semua nuffnang ads.

    Sebenarnya, saya juga agak terkesan dengan entri anda tentang nuffnang tempoh hari. Walaubagaimanapun, syukran diucapkan buat anda ye.

    Selamat Tinggal Nuffnang...."_"

    ReplyDelete
  3. Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

    "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
    dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
    dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
    Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
    sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
    Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
    mengembala di sekeliling kawasan larangan,
    dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
    Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
    Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
    apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
    Ketahuilah ia adalah hati."

    (Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)

    ReplyDelete
  4. @Atia Qistina
    ye..kalau kita ragu2, lebih baik tinggalkan sahaja :)

    ReplyDelete
  5. @Muhammad Iqbal
    syukran~
    kini saya rasa lebih yakin. sbb perkara syubhah perlu dielakkan. ditakuti menjadi hukum haram. semoga tindakan yg saya ambil ini betul :)

    ReplyDelete
  6. br 5 bulan daftar ngan nuff, ht mula rasa syubhah...
    lebih baik tinggalkan sajer

    ReplyDelete
  7. cuba tengok nih :)

    http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-hukum-pendapatan-hasil-nuffnang/

    ReplyDelete
  8. @zaradgreat
    sy dah pernah bca artikel ni..sy dah minta ustaz tu komen dan bg respons soalan sy. tp dia still x jwb lg~
    sy lbih yakin dgn ustaz zaharuddin.

    ReplyDelete

Jom komen..Syukran (✿◠‿◠)